Hari ini dalam sejarah – 29 Disember 1971

Tarikh peristiwa : 29.12.1971(sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1971, Kelab Golf Negara Subang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Sejak penubuhannya, Kelab tersebut telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan seperti kemudahan padang golf, rumah kelab, kolam renang, tempat permainan bowling, pejabat, restoran, makmal, dapur, bilik rehat dan kedai untuk membeli alatan permainan golf. Ahli-ahli Kehormat Kelab tersebut terdiri daripada DYMM Yang di-Pertuan Agung, Sultan-sultan Negeri, putera-putera serta kerabat terdekat kepada baginda-baginda sultan, Yang Di Pertua Agung, Sultan-sultan Negeri, putera-putera serta kerabat terdekat. Objektif utama penubuhan Kelab tersebut adalah untuk meningkatkan lagi mutu permainan golf dan menarik minat orang ramai untuk bermain golf di dalam membantu meningkatkan aktiviti-aktiviti sukan di Negara ini. Kelab tersebut juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti  kebajikan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dan  menjual alatan yang berkaitan dengan permainan golf. Sesungguhnya, penubuhan kelab tersebut telah mengwujudkan industri pembangunan kelab sukan golf secara lebih sistematik, saintifik menerusi pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkesan.

(Visited 34 times, 4,593,912)

#CelakaParty #TwtupDarahCP amende tu?

Memasing dok sibuk ngan hashtag #TwtupDarahCP kat twitter tadi… pelik gak aku, so aku tanye ngan beberapa user tu,bila n event tu,diorang kata sabtu ni, tempatnya diorg xingat,n soh aku search hashtag tu… so aku search lah, jumpa link yang membawa ke blog celakaparty, so aku bukak la entri yang ada hashtag tu… so ini lah dia…

so aku pon check buku derma darah aku, kot2 boleh join ke. Sayangnye… aku baru je derma darah bulan lepas, baru sebulan. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 35 times, 4,593,912)