Belajar Photoshop cepat dan mudah v1

Apa saya maksudkan dengan belajar photoshop cepat dan mudah ni adalah sebab kita belajar apa yang penting dan digunakan secara umum. Maksudnya yang tak berapa penting tu saya tak cover.

Kita belajar photoshop cepat dan mudah supaya kia boleh gunakan photoshop untuk banyak kegunaan. Apa guna belajar banyak benda yang kita belum tentu nak gunakan kan?, sudahnya kita blur dan rasa malas plak nak guna.

Baiklah, kita mula dengan menu bar dulu. Dalam ni saya guna adobe photohop cs 5

photoshop cs 5 menu bar

menu bar photoshop cs 5

Nilah menu bar adobe photoshop, tapi untuk entri ni, saya nak cerita kegunaan 2 menu je daripada yang ada kat situ, iaitu File dan Edit. Itu yang paling penting, sehebat mana pon ilmu photoshop anda, 2 menu ni atau yang paling penting yang File tu pasti sangat berguna kepada anda.

Ok, kita mula dengan menu file dulu. Dalam menu file ni pon, kita akan guna 5 butang je. Yang lain tu, tak perlu rasanya sekarang ni. sebab kita nak belajar photoshop cepat dan mudah kan? Jom tengok 5 butang tu

belajar photoshop cepat dan mudah menu file

Saya dah guna photohop sejak tahun 2003, kiranya dah 11 tahun saya bermain dengan photoshop, sejak photoshop 7.0

belajar photoshopsampailah photoshop cs 5

photoshop cs 5menu file ni menu yang pasti saya akan guna. Ok jom kita mula belajar photoshop cepat dan mudah v1 ni ok? Nombor 1 – New, shortcut keyboardnya adalah ctrl dan n.

belajar photoshop cepat dan mudah new

Bila kita tekan butang new pada photoshop ni, tak kitalah sama ada melalui butang file->new atau tekan ctrl dan new pada keyboard ke. Ianya akan keluar macam ni

photoshop new

pening? jangan risau, saya tak akan peningkan kepala anda, buat masa ni, kita hanya perlu belajar 4 benda je iaitu.

new photoshop filePenerangan :

No.1: Name : Nama fail atau projek yang akan anda buat, boleh diisi terus atau abaikan aje.

No.2: Width dan Height : Biasanya digunakan dalam ukuran pixels, tapi tetap ada ukuran inci cm, mm dan entah ape ntah yang lain tu. Biasanya kalau saya tak tau nak letak ukuran yang sesuai, saya buat je ukuran ikut suka saya, contohnya saya buat 1024 untuk width dan 1024 untuk height. sebabnya bila dah siap projek kita, kita boleh cropkan dia

No.3: Resolution : Saya tak pernah ambil berat benda ni, tapi seeloknya kita letak nilai yang tinggilah, bila kita letak nilai kecik, gambar atau graphic yang kita buat akan nampak kotak-kotaknya. elok letak nilai minimum 100. senang.

No.4: Background Contents: Yang ni biasanya orang tentukan awal-awal nak yang mana 1, tapi saya tak, saya biasanya akan pilih Transparent, sebabnya kalau kita nak jadikan background dia warna apa sekalipun. Kita boleh “tuang” warna apa yang kita nak nanti. Kita kan nak belajar photoshop cepat dan mudah, jadi jangan peningkan kepala anda.

Ok, bila dah pilih semua di atas, tekan ok, dan paparan yang macam ni yang akan terhasil

transparent background belajar photoshop cepat dan mudahJangan risau, ni bukan background kotak-kotak, ini sebenarnya background transparent ye…

Seterusnya nombor 2 dalam menu file. Open

menu photoshop file - openSama je macam dalam aplikasi komputer yang lain macam word ke excell ke ape. Tujuannya untuk bukak fail, sama ada fail photoshop(.psd) atau fail-fail gambar yang lain(.jpg, .png, .gif atau lain-lain).

No.3, Open Recent.

menu photoshop file - open recentSama jugak macam aplikasi komputer yang lain, untuk kita bukak projek kita yang terbaru.

No.4 : Save

menu photoshop file - saveOk, same gak macam aplikasi komputer yang lain, pertama kali kita tekan save, dia akan mintak kita masukkan nama fail, kali ke dua dan seterusnya dia akan save projek kita tanpa keluar kotak mintak kita nama fail lagi dah. ingat shortcutnye (ctrl+s) sebab kita akan perlu kerap tekan save, supaya kerja kita tak hilang kalau tiba2 blackout ke TERclose ke.

Yang last sekali No5. Save as

menu photoshop file - save asOk, ni yang paling penting tapi tak kritikal, jangan baca dengan intinasi yang sangat serius, ok? ingat… kina nak belajar photoshop cepat dan mudah bukan susah dan stress.OK?

file type photoshop

kat situ memang banyak jenis fail yang kita boleh pilih bile kita save as, tapi saya biasanya guna 3 jenis jela. dalam entri akan datang pon saya akan tunjuk 3 jenis fail ni je. sebab kita nak guna ni bukan untuk advance, setakat nak ubah gamba ke, nak edit sikit-sikit, nak buat watermark ke.

Ok, penjelasan jenis fail mengikut nombor yang saya tunjukkan tu:

No.1: Photoshop(*.psd,*.pdd): fail ni akan menyimpan fail kita dalam bentuk yang kita boleh edit, segala layer-layer, belum dicompresskan… contohnya macam ni

contoh file psdni contoh fail .psd milik saya, nama fail wednesday.psd, tengok berapa banyak layer ada kat situ, hehe… sebab rambut hitam 1 layer, pantulan rambut tu 1 layer, spek 1 layer, mask 1 layer, warna kulit je dh berapa layer.ok, beralih ke jenis fail seterusnya.

no.2. JPEG(*.JP, *.JPEG, *.JPE): yang ni saya save gambar yang backgroundnya bukan transparent. file ni kalau kite bukak kat photoshop, die 1 layer je… dah tak berlapis-lapis macam .psd. fail jpg, kalau bukak dalam photoshop, gambar tu akan menutup layer yang dibawah die.

nombo 3. PNG (*.PNG): yang ni saya gunakan untuk gambar yang ada latar transparent, jadi bila saya lapiskan, kawasan yang tak diwarnakan tidak akan menutup layer dibawahnya.

OK.. selesai bahagian menubar – file, sekarang kita beralih ke sebelah dia, edit. kalau tengok kat bawah ni, menubar photoshop editbanyak benda kan? tapi yang penting tapi tak berapa penting 6 benda je yang kita nak belajar. tengok gambar kat bawah ni

menubar edit photoshopberbeza sikit dengan aplikasi komputer yang lain, undo dalam photoshop(1) cuma melangkah ke belakang sekali je, kalau kita tekan undo 2 kali, dia akan melangkah ke belakang sekali, lepastu ke depan semula.kalau kita nak undo banyak kali, kita guna step backward(3), selain dari tu(4,5,6), kegunaannya sama je cam yang aplikasi komputer yang lain.

Rasanya sampai sini je dulu, dah 900 lebih perkataan dah, page pon dah sangat panjang, entri akan datang nanti kita sambung mengenali tools yang akan digunakan dalam photoshop plak ye… kita sambung nanilah. ok? kalau takut lupa,  (REGISTER) emel anda kat sini ok?

notakaki: patutnya part 2 dipublish esok, tapi video cara nak guna tools tu ada masalah masa editing, terpaksa tangguhkan. harap maaf

Hasil carian :

(Visited 231 times, 4,593,163)