Kes buli, junior, senior

Kes buli, junior, senior

Hari ni aku blogwalking, kerana hasil kajian aku… dua sumber yang membantu menaikkan trafik adalah SEO dan blogwalking, yang lain-lain tu ada juga, tapi dua tu yang utama lah… salah satu yang menarik dalam perjalanan blogwalking aku adalah, aku bila terserempak dengan blogger lelaki yang membawa cerita pasal Senior, Junior dan buli yang menarik minat aku nak share pengalaman pasal kes buli, junior dan senior.

Ok, sekarang ni umur aku dah 30 walaupun muka nampak macam baru 19, tapi hakikatnya aku dah berumur 30, dah berkahwin dan beranak tiga(sila percaya). Sepanjang umur aku ni, memang banyak kalilah merasa jadi senior, dari darjah 1 sampai darjah 5, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4, dari semester 1 sampai 3 kat poli (tahap pelajaran aku tak tinggi, takat sijil teknologi maklumat politeknik muadzam shah, pahang darul makmur). Dan merasa jadi senior dari darjah 2 sampai darjah 6, dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5, dari semester 2 sampai semester 4 (tahap pelajaran aku tak tinggi, takat sijil teknologi maklumat politeknik muadzam shah, pahang darul makmur).

Kalau baca kat page about aku, pengalaman aku bersekolah memang belambaklah… sebab aku sekolah rendah kat empat sekolah rasanya, sekolah menengah tiga sekolah, ipt dua, sepanjang aku sekolah tu, memang kes buli ni ada kat mana-mana tempat aku pergi, aku jarang kena buli dengan senior, selalunya yang membuli aku adalah kawan-kawan sebaya aku… hahahahaha Continue reading

Hasil carian :

(Visited 475 times, 4,599,139)