lukisan digital

Bukan nak terangkan definisi lukisan digital, cuma nak kongsi hasil lukisan digital yang saya hasilkan je… saya suka melukis, tapi jarang melukis, sebab masa lapang dah makin jarang ada…

kemahiran(mahir ke? macam tak berapa je) saya lebih kepada potret, tapi saya teringin nak buat karikatur, tapi buat karikatur memang sangat susah pada saya…

sebab ada sorang mamat yang mahir dalam banyak jenis lukisan cakap, orang yang pandai melukis potret ni teliti… mungkin sebab tu saya tak reti nak buat karikatur, sebab saya terlalu teliti/mementingkan kesempurnaan.

ok, nila lukisan yang saya lukis secara digital sepenuhnya.

lukisan digital

lukisan digital ni bukanlah lukisan digital sepenuhnya yang pertama yang saya buat, sebelum ni saya berjaya hasilkan satu, muka sendiri

karikaturcuma gambar yang ni(yang pakai baju pink) ni, saya lukis dengan bantuan pelbagai jenis brush(tools dalam photoshop) berbanding dengan lukisan digital yang atas tu, mamat tengah spray kereta tu saya hasilkan dengan menggunakan drawing tablet ni.

drawing tablet

Tak pernah dengar brand ni kan? made in china ke taiwan tak pastila hehehe… tak kisahla tu, yang penting nak melukis, nak membulatkan sesuatu dalam gambar dah tak susah macam guna mouse dah.

benda ni saya beli kat superbuy.my, siap ngan kos penghantaran jadi RM93. ada macam-macam brand dah benda ni, kalau dulu wacom jela. harga 4ratus ke atas, beribu pon ada…

ada yang cakap, alah, lukis je atas kertas, pastu scan, senang… bunyi macam senang, tapi hakikatnya saya dah pernah dah buat, hasilnya tak macam yang saya harapkan, hasilnya tak jelas,

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,383)

lagipun kalau orang biasa melukis, mesti nak kena ada banyak pen, macam-macam saiz mata pen digunakan. Pen tu taklah susah sangat pon nak cari, kedai alat tulis ada, pasaraya ada. tapi saya memang jenis letak merata, tak sampai seminggu, semua pen tu dah hilang

pen melukistu kalau nak melakar atau buat lukisan hitam putih, kalau nak warna? nak kena beli set warna plak.

mewarna melukispakai pastel ke, water colour ke, cat minyak ke crayon ke… nak kena beli lagi, pastu sepah lagi, ilang lagi, beli lagi. tu yang tak larat tu.

antara sebab saya pilih membuat lukisan digital, sebab tak perlu nak bawak peralatan, saya lukis, lepastu save dalam folder dropbox, bila free sambung, kalau hilang pon, benda tu dah tersimpan dalam dropbox. kat mana-mana pon saya boleh sambung balik. bila buat lukisan digital(saya guna adobe photoshop), mudah nak tukar saiz mata pen, tukar warna.

boleh lukis layer by layer, silap boleh padam kat layer tu je… tak menjejaskan, boleh tekan undo banyak kali. lagipon dah jiwa saya ngan IT. melukis pon nak guna komputer

mula-mula pakai drawing tablet tu memang macam susah… tapi lepas guna 2-3 kali, dah dapat tune nya… dah senang dah. tengoklah, kalau tergerak hati, saya kongsikanlah kot cara saya buat lukisan tu

(Visited 6,998 times, 4,600,383)

Hasil carian :

(Visited 401 times, 4,600,383)