Cara install wordpress melalui Softaculous

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan Cara install wordpress melalui Softaculous.

Softaculous adalah salah satu skrip pemasangan-auto atau auto-installer script. Ia membolehkan anda untuk install aplikasi web popular seperti WordPress dengan mudah, dengan beberapa klik dan tanpa pengetahuan teknikal yang tinggi.

cara install wordpress

Syarikat penyedia webhosting seperti ServerFreak dan Gempakbox menggunakan Softaculous dalam control panel yang disediakan mereka.

Cara install wordpress melalui Softaculous

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 171 times, 4,598,697)

bayar tol melalui sistem elektronik la

2011/08/27

KAMI merujuk kepada surat bertajuk ‘Waktu Diskaun Kadar Tol Tak Seiring Kempen PLUS’ yang disiarkan di ruangan Surat Pembaca Berita Harian semalam.

PLUS Expressways Berhad (PLUS) ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan kekeliruan pengadu mengenai tawaran PLUS kepada orang ramai pada musim perayaan ini. Sebagai makluman, PLUS tidak menawarkan diskaun tol kepada orang ramai yang menggunakan lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan ini. Sebaliknya, PLUS menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus pada hari-hari tertentu kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya kendaliannya.

Untuk makluman, rebat tol itu juga tidak tertakluk pada masa tertentu, tetapi boleh dinikmati secara berterusan sepanjang hari pada tarikh berkenaan:

25 dan 26 Ogos rebat 20 peratus

30 dan 31 Ogos rebat 10 peratus

1 dan 2 September rebat 20 peratus

Pemberian rebat tol ini adalah strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.
Ia juga adalah langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai untuk bergerak pada luar waktu puncak.
Justeru itu, kami menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sama ada menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza-plaza tol dengan lebih selesa dan lebih cepat.

KHALILAH MOHD TALHA,
Pengurus Besar,
Komunikasi Korporat,
PLUS Expressways Berhad (PLUS

p/s : nmpk gayenye aku tak merasa la rebat nih… huhu

 

 

 

 

(Visited 26 times, 4,598,697)