Pencipta email meninggal dunia

Pencipta email dan orang yang memilih simbol @ untuk alamat email telah meninggal dunia sabtu yang lalu.

Pencipta email meninggal dunia

Ray Tomlinson, pencipta email moden dan orang yang memilih simbol “@” untuk digunakan untuk pada alamat email telah meninggal dunia pada umur 74.

pencipta email

Simbol “@” teleh menjadi standard untuk alamat email dan semua alamat email mengandungi simbol @.

Ray Tomlinson, pengaturcara Amerika yang telah menyumbang secara global kerana mencipta email telah meninggal dunia pada umur 74 kerana serangan jantung. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 141 times, 5,301,382)

Betul ke kucing ada 9 nyawa ?

kucing 9 nyawa

betul ke kucing ada 9 nyawa? topik atau entri ni terbit dalam fikiran saya bila saya asyik ambil gamba kucing saya, cici, then saya cakap kat isteri saya, kalau orang macam makcik saya, mesti dia marah kalau ambil gambar kucing, sebab akan mengurangkan nyawa kucing tu… then wife saya cakap, betulla.. hahaha… saya dan kebanyakkan ahli keluarga saya tak percaya sangat benda2 ni… sebab kalau korang pernah baca dalam entri2 personal saya sebelum ni, saya pernah cakap, yang family saya ni bukan jenis “typical malay”, banyak kepercayaan orang melayu yang kami tak percaya. kalau ambik gambar tu boleh potong jumlah nyawa kucing tu, mau dia dah mati 2 ke 3 kali dah agaknya… ntah dah berapa puluh kali saya ambil gambar kucing tu. especially time dia tidur, dia sangat jarang tidur macam kucing biasa, dia selalu menongkat dagu time tidur, tidur dengan tangan terangkat, tidur tengkangkang… sungguh tidak sopan kucing itu… hahaha…

kucing saya tidur tutup muka

kucing tidur terkangkang

tidur dengan tangan terangkat

kucing blackberry user

letih study nk jadi blogger pro

persoalannya betul ke kucing ada 9 nyawa? kenapa orang boleh cakap kucing ada 9 nyawa? sebab… kadang kita tengok, kucing jatuh dari tempat yang tinggi yang kita sangka kucing tu mesti mati, tapi dia boleh bangun dan pergi ke tong sampah dan menyelongkar tong sampah.

Kadang kita tengok kucing tu selamat lepas kena langgar dengan kereta, die boleh terus pegi ke meja makan orang dah buat muka comel macam puss in boots buat.

buat muka comel macam puss in boots

sebenarnya… kalau kita belek kaki2 kucing tu, struktur kaki dia memang dicipta untuk mendarat dengan selamat, kucing ada ingatan yang kuat, pandangan mata yang tajam, deria bau dan pendengaran yang kuat. dengan gabungan kelajuan dan ketangkasan ini yang buat mereka selalunya selamat dari keadaan yang bahaya, kite tengok dia dah kena langgar, sebenarnya dia dapat elak, sipi2 je nak kena…

kucing bergaya

hakikatnya… kucing pun macam makhluk Allah yang lain, ada 1 nyawa je… macam manusia jugak, ada yang terselamat walaupun terlibat dalam kemalangan sampai kereta putus dua, walaupun kena tendang dengan kaki belakang kuda, tapi dia terselamat jugak, macam mat motor dan mat rempit, kalau tengok diorang eksiden, moto tu sampai dah tak boleh kenal dah tu moto apa, tapi ridernya hidup lagi, yang koyak dagu, yang koyak kaki, patah gigi, yang retak tempurung kepala, patah kaki, hilang jari, tapi tak mati2 jugak. semua tu kuasa Allah, kalau belum sampai ajalnya, tak mati gak kan?

domain murah

(Visited 141,065 times, 5,301,382)

Teringat saya kepada sorang kawan saya ni, satu hari, bila saya balik kampung, sampai kat rumah parent saya, saya pon bukak la fb, then saya tengok status kawan saya, dia mention yang jenazah bapa mertua dia selamat disemadikan. terkejut gak saya, sebab 2-3 bulan sebelum tu saya jumpa sihat je pakcik tu, kawan saya lagi terkejut, dia kata baru semalam berbuka sama2, tghari hari tu tiba2 bapak mertua dia tu sakit dada, rebah dan meninggal dunia, arwah sendiri (mungkin) tak tahu yang dia ada sakit jantung, keluarga dia pun tak tahu yang dia sakit jantung.

berbalik kepada topik tadi, betul ke kucing ada 9 nyawa ? ianya hanyalah mitos semata2… purata jangka hayat kucing adalah 14 tahun, walaupun ada yang yang mencecah 30 tahun atau lebih.

(Visited 7,052 times, 5,301,382)

Hasil carian :

(Visited 681 times, 5,301,382)

Budak 2 tahun yang dilanggar akhirnya… pergi…

Baru kejap aku tgk berita, budak yang kena langgar ngan van hari tu, akhirnya meninggal dunia…

driver van yang langgar die tu mesti happy ngan berita ni… sebab ape? korg baca la kat sini kenapa tak ada org tolong budak tu

(Visited 86 times, 5,301,382)

ni bukan makan gula batu,tapi makan batu bata

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

(Visited 17 times, 5,301,382)