camne nak amik gambar air terjun yg cun?

beberapa minggu yang lepas,ada la sorang kawan ni tanya aku, cam mana nak amik gambar air terjun yang cun? pada aku, kalau nak cun tu maksudnya air yang deras mengalir tu jadi macam kapas lah…

aku bukan lah pandai sangat pon dalam photography ni.. kamera pon nikon D40 je.. budak2 skarang tengok kamera aku pon diorg gelakkan je.

kamera beginner je nih… masa aku beli ni dulu, aku zero dalam photograhy, masa tu aku tak tau pon apa kelebihan dslr ni, nama pon tak tahu, aku tau masa tu aku nak beli satu kamera gemuk yang warna hitam… hahaha… berbulan gak la aku guna mode2 cam auto n mode2 yang ada gambar tu, masa tu tak tau apa tu aperture, apa tu shutter speed, apa tu iso sume aku tak tau, senang cerita apa pon aku tak tau… tu belum sebut bokeh, DOF, RO3 dan macam2 lagi lah.tapi lepas dah muntah2,migrain dok belajar sana sini. aku dah faham dah ckit2.

ok, berbalik kepada cerita pasal air terjun tadi, so aku cakap dengan dia, kalau dalam cuaca yang cerah, guna iso paling rendah yang ada, cam kamera d40 aku tu,iso paling rendah yang ada 200. pastu pakai apature yang kecil, santaklah sampai 18 ke hehehe… contoh gambar kat bawah ni..

ok, masa gambar ni diambil atau masa aku shoot, masa ni dah pukul 6 lebih, sebab pegi pon tak plan sebenarnya, tiba2 datang idea gila membe2 nak pegi tekala ni lpas balik kerja, so masa ni kiranya dah gelap lah.. so aku pakai iso-400, shutter speed 0.8 saat, aperture 11. ni yang aku faham lah, kalau salah tolong betulkan, aperture… bila disebut sebagai aperture besar,nilainya kecil contohnya f1.4, f 1.8, f 3.5,bila sebut aperture kecil, nilai nya besar, contohnya f 11,f 18,f 22 camtu lah…

ok… tengok gamba kat bawah ni pulak.

aku shoot yang ni dulu sebenarnya, sbb nak try n error… yang ni aku shoot guna shutter yang agak laju, 1/20 second, aperture 3.5, iso 800… korang boleh tengok beza buih2 air dengan kocakkan air tu.. lain kan? ada rasa cam nk cuba?jom kita shoot, ajak kawan2 yang ada dslr,kite pegi tekala ke gabai ke(sakit peha panjat gabai beb haha) kita try nak? hehe

Hasil carian :

(Visited 132 times, 4,595,034)

Macam mana nak cebok kalau macam ni?

Asalnya aku nak letak gamba sape ntah pelakun yang belakon dalam cerita kongsi tu,kan ada part yang jari dia putus masa dia nak tarik pedang tu kan? yang lepas tu dia ada cakap camne dia nak cebok kalau jari dia tak cukup 1, so aku pon google la kat images, so ini lah hasilnya (klik kalau tak takut)

sebenarnya aku nak tunjuk gamba ni ha…

pergh… ni mesti tak boleh main boling ni,dulu aku rajin simpan kuku ibu bari, senang nak kopek apa2… tapi tiap2 kali aku main boleh,kuku tu mesti patah. stress wooo…

Hasil carian :

(Visited 139 times, 4,595,034)

Masjid dan gereja : mana lebih mesra kanak2?

sumber :
Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas:

فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ
“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas:
فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا
“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.
Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!

Hasil carian :

(Visited 35 times, 4,595,034)