Blogwalking kaw-kaw

Apa benda blogwalking tu? blogwalking adalah satu perbuatan yang biasanya dilakukan oleh blogger iaitu, berjalan-jalan ke blog-blog blogger lain. Dan biasanya blogger yang berblogwalking ke blog blogger lain akan meninggalkan jejak dengan meninggalkan komen atau jerit kat shoutbox.

Cara saya blogwalking biasanya melalui komenlah.mm saya akan balas kunjungan mereka yang pernah komen di blog saya. Sebab tu kalau tengok kat atas kotak komen saya cakap saya akan gembira kalau korang komen, antara sebabnye tulah… supaya saya ada peluang nak balas budi orang yang dah singgah blog saya. Jadi sila tinggalkan komen bila baca entri kat blog saya ye.

blog walking

Perlu ke blogwalking? Tak perlu sangat pon kalau anda  ni kaya. Jika anda tak nak atau tak mampu nak bayar servis seo atau apa-apa servis untuk menaikkan trafik ke blog anda, maka anda perlu blogwalking, selain dari mengundang owner blog yg diblogwalking dan pembaca blognya untuk ke blog kita, blogwalking sambil meninggalkan link blog kita juga akan membantu supaya blog kita di indeks di laman enjin carian macam google ke yahoo ke bing dan sebagainya. Dalam erti kata lain, menjadikan blog lebih mesra SEO. Dan ini juga sekaligus membantu meningkatkan ranking di alexa. Dan antara kriteria yang diambil kira apabila blog kita hendak dinilai ialah brapa banyak web/blog yang link ke blog kita

Adalah satu bonus bila blog yang kita blogwalking tu ada pasang commentluv, entri kita pon terpampang sekali.. Tapi motivasi saya down bila nak tinggalkan komen, tapi tiada ruang untuk masukkan nama dan url, lebih teruk lagi bila pilihan yang ada cuma komen menggunakan akaun google atau blogspot. Rugi 1 backlink kat situ.

blogwalking

Selain dari meningkatkan link, blogwalking juga adalah cara untuk menambah ilmu dan menambah idea. macam mana tu?bila anda berblogwalking, anda akan jumpa macam-macam jenis blog, jadi anda boleh belajar, macam mana dia menyusun ayat, macam mana dia nak menarik minat pengunjung untuk membaca, sedut tips-tips blogging dan macam-macam lagi. anda mungkin akan dapat idea untuk tulis entri di blog anda bila terjumpa blog atau entri yang mungkin berkaitan dengan anda dan anda mungkin boleh buat ulasan mengikut pandangan tersendiri di blog, letak sekali link ke entri blog yang anda baca tadi. link building tu, ada outbound link

Banyak lagi tips-tips blogging yang saya nak kongsikan, tapi adalah lebih mudah kalau korang baca kat kategori blogging dalam blog ni

Hasil carian :

(Visited 68 times, 4,595,150)

broken link detected!!! mana korg pegi?

oleh kerana aku pakai WordPress. So aku telah memasang plugin broken link checker, dan baru2 ni, die detect 46 link yg broken… antara yang broken adalah yg ada dlm gamba nih…

(klik utk tumbesaran)

aku tak puas hati,aku try gak bukak, tapi xde gak ar… diorg da tuka url ke? da bersara ke? ade sape2 tau mana mereka2 ni pergi?

Hasil carian :

(Visited 11 times, 4,595,150)

cerita psl blogging lagi

ok,sebelum ni aku post cerita pasal teknik blogging yang baru(taklah baru sangat pon hahaha) yang mana buat kite sebagai blogger, tak perlu work hard tapi work smart.

Yang mana kalau korang tetiba ada idea yang mencanak-canak, korang taip tajuk dan buat point-point dalam draft dan bila siap, kita set autopublish, setkan setiap hari akan publish satu entri.

Jadi… kalau esok lusa korang tak ada idea, blog korang masih lagi terupdate di mata orang dan mungkin google.

Andai kata, dalam hari tu korang ada idea lain atau berita menarik yang nak dikongsikan pada hari itu juga, adjust semula yang dah di set auto publish tadi ke beberapa jam lepas korang update yang terbaru tadi.

Jadi, kita dah ada 2-3 entri yang di post pada hari itu. Gunakan social media seperti pinterest, tumblr, facebook dan twitter dan yang paling penting sekali, gunakan google plus.

Tak banyak, tapi cukup untuk menghebahkan pasal blog korang. Percayalah, saya berpengalaman dalam dalam dunia blogging ni

 

ok,dalam post tu adalah sorang reader tu bg komen,dan dalam komen die berbunyi camni

p/s: along,taknak sebarkan kasih sayang ke (commentluv)?

then aku tanye la die,ape benda commentluv tu? so reader tu iaitu misseja bgtau la…

” along, nak citer kat sini ke…ok.

commentluv tu, kalau sesiapa comment kat blog along, secara automatik pengomen tu punya latest blog post akan terpapar sekali…tajuknya je la…kalau along comment kat blog orang lain yang pasang commentluv pun sama jugak…diorang leh tahu latest entry along…

secara tak langsung, sesiapa yang comment kat sini akan dapat promote entry terbaru diorang…cuba tengok comment along kat blog saya…

inilah dinamakan menyebarkan kasih sayang :) u lap me, i lap u :)

tu yang kalau korang komen kat blog aku ni, pastikan korang isi ruangan  web/url tu, commetluv tu akan baca entri korang yang terbaru dan memaparkan tajuk post dan linknya sekali di bawah komen korang.

Apa perlunya benda ni? supaya web korang lebih mesra enjin carian atau yang digelar SEO, sebab dengan adanya link masuk dan link keluar dengan blog korang.

atas 2 sebab utama, 1 untuk rujukan,contonya ayat SEO tu, klu aku nk explain kat sini,letihla aku nk taip,korg pon naek pening, kan? so,letak link,klu orang nak tau,die klik,klu die dah tau,die tak klik. sebab ke 2,cam aku ckp td la…supaya ada keluar masuknya, klu web org tu pkai visitor detector cam feedjit tu, die akan tau la web die dibukak dari mana,n aku selalunya akan jengah blog org yg ada link pegi ke blog aku,contohnya.

Kuala Lumpur arrived from “yulsahaja.blogspot.com” on “Ni La BlOg Aku….” so aku akan jengah blog yul tu,sbb kadang,bile aku tgh malas atau aku blur blog mana aku nk start blog walking,aku akan mula ngan blog yg ada link ke blog aku.

ada banyak cara supaya web/blog korg  jd lebih mesra ngan search engine, antaranya keyword, images, dan site map, insyaAllah di laen waktu, aku akan cerita psl bnd2 tu,skang ni aku nk tutup lampu untuk Earth Hour.

ok, ni link pegi ke commentluv tu–> comluv.

n kalau rajin baca Nak tau camne korg leh muncul kat muke dpan srt kaba?haha.. ni lah caranya… dengan camne nk buat suft internet melalui tpon jd seronok

p/s: follow la org seramai yg mgkn kat twitter,mana tau diorg follow balik, add reramai kwn kat fb.huhu…

(Visited 21 times, 4,595,150)

Comment / komen.

bukan la nk kate org laen slh n sy betul…juz luahan hati sy… psl komen… cam dlm gamba ni…

 

klu camni,korg yg pkai blogspot,ok la klu komen kat situ,bg org cam aku ni? yg xpkai blogspot? nk watpe? camne aku nk tinggalkan jejak?ke korg nk bg org yg pkai blogspot je komen? klu org yg ade blogspot…die komen,bile kite klik nick die, nmpk la blog die camni…

pe slhnye klu korg wat camni? pastu setingla comment approval klu takut spam..

 

just pandangan peribadi sy,korg nk terima Alhamudilillah, terima kasih, klu korg xnk terima, xpela… nk wat camne kan?

sekian mekasih…

{prtm}

Hasil carian :

(Visited 13 times, 4,595,150)