Kenapa orang dulu boleh tahan lama?

ni nak cerita la kan… tadi saya nak g kedai, lalu depan satu rumah, kiranya rakan sekerja la. Pastu teringat yang dia apply nak pindah tempat kerja. Dia cerita ngan kawan-kawan yang lain, sebenarnya dia taknak pindah, tapi laki dia suruh, haaa… masa tu la saya terfikir yang kenapa orang dulu boleh tahan lama.

Kenapa orang dulu boleh tahan lama?

Jap… korang fikir apa bila baca tajuk kenapa orang dulu boleh tahan lama? Mesti fikir tahan lama yang tu kan? yang bab malam jumaat tu kan?

tahan lama

Memang la betul orang dulu anak ramai… macam adik beradik mak saya, 13 orang… tapi saya tak sempat tanya arwah nenek saya sama ada atuk saya tu tahan lama ke tak. hahahaha.

Tapi untuk tidak mengecewakan korang, saya bagi ni… Rahsia menambat nafsu isteri

Jangan kata abang long tak payung ok?

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 362 times, 4,591,267)

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Saya pun tak faham kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Sebab saya pun tak faham. Hahaha…

Hari tu saya dah cerita kenapa lelaki susah nak minta maaf, hari ni saya nak cerita kenapa lelaki susah nak faham perempuan.

lelaki susah nak faham perempuan

Well… Pada fitrahnya, memang lelaki tak akan faham akan perempuan. Macam saya cakap haritu la… Lelaki dan perempuan tak akan sama.

Lelaki tak akan faham kenapa perempuan sama perempuan mesti nak peluk-peluk… Laga-laga pipi, cium-cium pipi, cium-cium mulut (eh ada ke?).

Lelaki tak akan faham kenapa bila lelaki sama lelaki bila pegang tangan nak melintas jalan, orang akan kata gay. Tapi bila perempuan sama perempuan pegang tangan nak lintas jalan, tak ada pula orang kata lesbian.

Korang(perempuan) pernah terfikir tak kenapa? kalau korang dapat huraikan kenapa lelaki tak boleh buat macam tu, bagus. Korang dah tak perlu baca lagi dah entri ni. Korang pergi tengok link-link menarik kat bawah ni pulak.

Dan kalau korang (perempuan) tak boleh nak huraikan sebab kenapa lelaki tak buat benda macam tu. Korang yang sebenarnya tak faham lelaki. Isu kenapa lelaki tak faham perempuan adalah kerana perempuan tak faham lelaki.

Sebenarnya korang yang tak faham lelaki tu dan korang sebenarnya nak lelaki tu yang ikut kehendak korang. Korang nak lelaki tu mengucapkan ayat-ayat cinta padahal lelaki sebenar tak ucap ayat-ayat cinta, diorg luahkan melalui perbuatan, diorg ambil berat pasal korang, diorg jaga korang. Bagi apa yang korang perlu mengikut keperluan korang dan kemampuan diorg.

Lelaki yang mudah luahkan ayat-ayat cinta ni yang korang kena elakkan. Sebab apa? Sebab diorg ni bak kata orang “menanam tebu dipinggir bibir” ayat dia manis je. Entah ikhlas dan jujur entah tidak.

Instead korang merungut kenapa lelaki susah nak faham korang, baik korang fahami perangai lelaki tu sendiri. Dan benda tu akan patah balik kat korang, lelaki tu akan cuba belajar untuk faham korang pulak.

Hasil carian :

(Visited 973 times, 4,591,267)

kenapa lelaki susah nak minta maaf ?

kenapa lelaki susah nak minta maaf ?

Aku tau, gerenti ada orang tanya kenapa lelaki susah nak minta maaf, walaupun dah buat salah. Biasanya soalan ni ditanya oleh awek-awek yang baru dapat tengok cerita 18 tahun ke atas sahaja. hehehehe… tapi tu zaman aku muda. Zaman sekarang ni, budak baru nak ambil upsr pon dah pandai dah nak buat status macam tu.

Tambah-tambah zaman sekarang ni, media sosial dah belambak, tempat nak tepek status dah merata, kat facebook lah, kat wechat la, kat twitter la, kat linkedin la, waimah(amende tu? aku pon tak tahu) kat instagram pun diorang dah boleh buat dah.

kenapa lelaki susah nak minta maaf

Ok, kenapa lelaki susah sangat nak minta maaf? sebenarnya… korang tak tahu ke kenapa lelaki susah nak minta maaf? sebabnya… sebenarnya… Continue reading

Hasil carian :

(Visited 289 times, 4,591,267)

Tanda korang(awex) dah jatuh cinta kat si dia

ok,entri pertama, cara pikat perempuan nampaknya ramai yang setuju, entri kedua, tanda-tanda awek tu dah sangkut pulak, boleh dikatakan memberikan banyak gak traffik… wlaupun ada yang membidas, siap buat entri lagi, tapi saya tak marah atau kecik hati, sebab apa yang saya paparkan dalam ni adalah secara umum, bukannya detail, so tak semestinya 100% betul pada setiap perempuan, lebih kurang 70% dari perempuan yang saya kaji, ada semua ciri dalam entri tu. 30% lagi tak banyak ada ciri dalam entri tu. termasuklah isteri saya.. hehehe… dia lain banyak dari perempuan lain..

so harus di ingatkan apa yang dinyatakan dalam ni adalah secara umum… tak semestinya tepat 100% ok?

ok, jom tengok tanda- tanda korang dah jatuh cinta pada lelaki tu.

1. Korang jalan slow bila bersama dengan dia

gambar hiasan

Walaupun secara hakikatnya, sejak korang dah pndai masa umo 3 bulan, korang memang bukan jenis jalan slow, baik jalan sorg, atau jalan ngan kawan2. Tapi entah macam mana ntah, bila TERserempak ngan die, tibe-tibeeeee je langkah korang jadi slow. Kadang-kadang…. korang bukannya terserempak secara tak sengaja…. sama ada dia, atau korang, memang sengaja buat macam terserempak..

2. Kerap jengah profile facebook dia

tengok facebook

Haaa… walaupun aktiviti utama korang bila bukak facebook adalah menanam jagung, bagi lembu makan, memasak kat kafe, tapi semenjak, dua menjak, tiga menjak ni korang terasa cam nak tahu aktiviti si dia kat facebook,  kat mana dia check-in, dengan sape, status terbaru, gambar terbaru, walaupun korang tak komen. So pada jejaka2 disana… berhati2 lah ngan kata2 korang kat fb tu ye… hehehe

3. Dia lagi hensem dari Aaron Aziz.

lagi handsome

Korang rasa lagi best tengok gamba2 die kat Facebook tu lagi sweet dari gambar Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, mamat PTD, atau sepupu korang yang kat kuala selangor tu. Walaupun kalau nak compare ngan Alongxp, Alongxp lagi hensem pada hakikatnya, tapi muka si dia yang berdahi jendul tu gak yang korang rasa paling hensem.

4. Rasa cemburu bila tengok dia dengan perempuan lain.

awek jeles

Kalau tak tengok die dengan perempuan lain pon, bila tibe2 ada kawan die dtg dan berkata “din, si jelita kirim salam”, tiba2 korang rasa cam panah menyambar tepat ke belah kiri dada korang. Rasa cam nak je blah dari situ laju2… Balik rumah, tiba2 korang rs cam nak nangis.. then korang pelik. apsal jd camtu…

domain murah

(Visited 140,844 times, 4,591,267)

5. Ambil berat pasal dia.

ambil berat

ambil berat jugak kan?

Sebelum ni korang tak pernah pon fikir pasal dia, tapi ntah macam mana ntah… semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, korang mula nak tau semua pasal dia, tak cukup korang stalk dia kat fb, korang follow dia kat twitter, korang mula sms dia, die dah makan ke belum. Bila dia tak update fb sehari, atau bila korang tak nampak tanda hijau(online) kat sebelah nama dia sehari, korang mula rasa tak senang hati, mula nak tau die ok ke x.

Korang mula lah nak buat die tenang, happy… tak stress… sihat…

6. Baca SMS dia lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi…

SMS dari dia tu ibarat surat cinta, ibarat bunga, ibarat KFC, sampai kalau boleh korang nak bia kat inbox tu, berderet nama dia je… Korang pon tak tahu kenapa, tapi korang asik nak baca je sms dari die, walaupun xde pon die kata I LUV U, I MISS U, dan kata2 manis yang lain, tapi bila korang baca sms dari dia, korang terbayang muka dia, korang boleh pulak bayangkan intonasi suara die…. perghhhh… gilek ah.

7. Meluangkan masa untuk si dia.

Lebih kurang macam yang 1st tadi… Korang lebih selesa bersama dengan dia.. Kalau sebelum ni korang lebih sayangkan laptop, tilam dan malas keluar korang tu… Sekarang korang sanggup bangun pukul 7 pagi, semata2 nak mandi sebersih2nya… nak cari baju yang paling menarik, nk hiaskan kulit muka dan lain2 walaupun date korang pukul 12 tengahari kat restoran yg xsmp 1km dari rumah. Kalau korang dah berubah… maknanya…?

8. Lupa pada kekasih lama.

Masa korang putus dengan ex-bf korang 2 tahun lepas, korang macam zombie, mata macam panda, pakai mengalahkan YB(dalam raja lawak 6),  korang dah tak nampak masa depan dah… Tapi semenjak dua menjak, tiga menjak empat menjak ni korg lupa azam korang untuk tak nak bercinta lagi, korang lupa kenangan manis ngan ex-bf korang tu. Sebab korang dah jumpa buah hati baru…

9. Sentiasa terbayangkan dia.

Kalau sebelum ni korang dah tak nampak masa depan korang, sekarang korang dah mula terbayang2 korang dan si dia duduk depan tv dalam satu rumah, berdua kat sofa, sandarkan kepala, makan sama2… sooooo sweet… hehehe…

10. Dia yang utama.

Benda pertama korang buat bila bangun tdo, tanya dia dah bangun lom, dah mandi? dah sarapan? Pegi holiday kat tempat yang jarang atau 1st time pegi, korang teringat nak belikan dia cenderahati. Nak beli yang special untuk die, berbeza ngan orang lain. Awas gadis-gadis… korang mungkin dah jatuh cintan dengan si dia

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,537 times, 4,591,267)

Hasil carian :

(Visited 305 times, 4,591,267)