Lawak Sains

Lawak Sains

kartun sains

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Bedah marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

9. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

10. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-‘dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

Hasil carian :

(Visited 291 times, 4,598,700)

lawak bodoh tak kena masa…

sekali lagi blog ni dijadikan tempat meluahkan emosi. sori bro… hari ni lawak bodoh ko tak kena masa… dari pagi lagi mood aku dah spoil… sepanjang hari ni ade je yg buat mood aku jadi tak stabil… ngan badan yang sakit2 dpd ari sabtu, ngan keliling mata yg sakit rasa cam bengkak, ngan batuk, tak pasti demam ke tak… tapi  pasal boleh lagi bangun, aku pegi gak keje… pepagi lagi aku sampai, aku tengok pc yang aku selalu guna, hang, keluar error, bila klik kat dialog box tu, dia hang lagi, kena tunggu… keluar dialog box lagi, klik, hang lagi, kena tunggu lagi… keluar dialog box lagi, klik, hang lagi, kena tunggu lagi…keluar dialog box lagi, klik, hang lagi, kena tunggu lagi… keluar dialog box lagi, klik, hang lagi, kena tunggu lagi… bila dah lebih 15 kali dok ulang step yang sama, aku dah naik bosan, ctrl+alt+delete, tak jadi ape2 task manager tak keluar, tekan butang power skali, tak shutdown gak… try lagi, tak jadi ape2… dah la sape yg design casing ni punya pandai akal, tak buat button reset… dah naik fed up punya pasal, aku cabut wayar belakang tu terus… mati pon…

ok, cool jap… kasi on laptop personal aku lak.. ok dah on… ni apsal lak dok hang2 gak ni… winamp hang, browser hang… siap kena force close lak ni… ok, cool.. try on balik pc tadi… tggu lebih kurang seminit, jengah monitor, itam je… apsal dok reboot je ni?

aku tak fikir panjang, sbb andai kata windows yg  problem, sllnye dia akan keluar gak page windows boot, ni tak, tgh POST, die restart, so aku suspek ada componen(port ethernet) pada mobo mungkin problem, try tukar mobo… same gak… aku dah totally stress…

nasib baik aku ada clone hdd pc tu… tapi masa die fresh ar… takde ape yg costumize lagi… so aku gunakan hdd clone tu untuk bukak hdd tadi… damn…. windows kat hdd tu dah crash… file pon ada separuh je… abes… sume software yg aku dh install, setting sume ilang…

dikala tengah hangin2 tu… nak tak nak kena la download,install balik ape sume… datang lak hamba Allah ni mintak gamba die… wei… ko ingat aku ni kedai gamba? ko ingat aku ni fotografer sepenuh masa kat sini? aku dah berhenti mengambil gamba kat organisasi ni dah lama dah… bosan… spesis2 ko la yg buat aku jadi camni, buat cam hamba… buat aku ni cam multipurpose, pui…

kena balik umah tengahhari, sbb nk bwk bini aku g inject ubat kat klinik, ada la sorg makcik yg budget bawak keta rally, dok kanan pastu lembab, bila aku potong, reti lak kejar, main cilok sana cilok sini, pastu dok kanan lembab balik… bawak kancil tapi perasan cam bawak evo10, ko nak bwk ape sekali pon, kalau dah bawak setakat 40km/j tu, dok la belah kiri, org dah cucuk2 pon xreti bahasa..

gua baru nak cool, baru teringat pasal baju yg katanya siap jumaat lepas, apsal xde berita lagi… xkan la dpd jumaat tu ko amek baju tu ko xon fb? xkan ckit pon ko xleh taip “baju dah siap” boleh gak deal camne nk amek, aku tau, ko nak g anta kat kawan2 tu jauh… nk soh aku p amek buleh… bgtau la… ni senyap sepi… kalau aku tak tanya tadi, memang xde la ko nak bgtau kan? kalau tahun depan aku baru nak tanya, tahun depan la br ko nak bgtau? pastu ko boleh balas balek ngan belagaknye… “mmg la..jumaat mgu lepas la..arini baru ari selasa mggu ni..bkn jumaat mgu depan nak dpt..”

paling panas sekali ayat ko “aku pun ade kje aku gak bkn aku ni PENJUAL BAJU..BUKAN AMBIK UNTUNG PUN..buat tlg kwn2 ja..duit baki pun ada lg ni..nti ambik baju ambik la baki balik..” lain kali… kalau tak mampu nak jalankan kerja, jangan offer, jangan gatal2 cadang nak buat baju, jangan nak gatal2 kata nak g tempah, nak g ambik. dipendekkan cerita jangan buat lagsung kalau benda kecik camtu pon xleh nak handle.

ok bro? kalau ko nak mengungkit, aku ada banyak nak ungkit kat ko pasal bisnes kite… tapi nasib baik aku tak ungkit, sbb benda kecik, pasal bgtau amek baju pon ko dah mengungkit, kalau aku ungkit pasal business kite ni kang ko bunuh diri lak. ko bernasib baik kenal aku lepas tahun 2010, kalau sebelum tu, mau berdarah mata ko baca komen2 aku… mau jadi perang..

 

sori bro… lawak bodoh ko ari ni tak menjadi…

Hasil carian :

(Visited 45 times, 4,598,700)