Hari ini dalam sejarah : 2 Januari 1973 – PENGAMBILAN PERTAMA WANITA UNTUK MENUBUHKAN KOR WANITA DALAM ANGKATAN TENTERA

Tarikh peristiwa : 2.1.1973(sumber)

malcom

gambar hiasan oleh google :p

Wanita di negara ini memainkan peranan di dalam pelbagai lapangan. Kegiatan ini sudah pasti akan mempercepatkan lagi guna tenaga penuh di dalam pelbagai bidang di negara ini. Salah satu bidang yang agak mencabar yang diceburi oleh kaum wanita ialah bidang ketenteraan. Pada hari ini 2 Januari 1973, seramai 33 orang wanita telah diambil berkhidmat dalam pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia. Pengambilan anggota wanita yang pertama ini telah dijalankan di Pulau Pinang. Para anggota pasukan wanita ini menjalani kurikulum latihan yang sama dengan anggota lelaki dan telah berjaya menunjukkan kemampuan melaksanakan latihan yang telah diberi. Kejayaan yang ditunjukkan anggota-anggota di peringkat awal ini telah mendorong pihak Tentera Laut Diraja Malaysia menambah pengambilan anggota wanita yang mana pengambilan kedua di KD SRI KLANG pada 11 Januari 1973 seramai 50 orang anggota wanita telah diambil. Di atas kebolehan yang ditunjukkan pada 1 Januari 1974, seramai 20 orang anggota wanita simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia telah diserap untuk berkhidmat sepenuh masa di dalam TLDM selama tempoh tiga tahun. Kesemua mereka bertugas di Cawangan Komunikasi sebagai Radio Operator dan Teleprinter Operator. Jelas kepada kita peranan wanita di negara ini telah lama melibatkan diri dalam pelbagai bidang, sesuai dengan usaha-usaha Kerajaan menggalakkan guna tenaga penuh rakyat negara ini dalam pelbagai lapangan pekerjaan.

Hasil carian :

(Visited 234 times, 4,595,404)