Personaliti penghias diri

Personaliti penghias diri

Saya dapat idea nak tulis entri personaliti penghias diri ni masa tengah sarapan kat kedai lepas balik dari beli hos air yang bersambung ke throttle body.

Saya sarapan kat kedai sebab temperature kereta saya dah naik tinggi, jadi saya biar dia sejuk sikit, saya ambil keputusan untuk sarapan kat kedai makan yang dekat dengan rumah.

Temperature kereta tinggi Sambil menyiat roti canai, tiba-tiba teringat kat seorang budak perempuan ni, dia cantik, kulit kuning langsat, kulit bersih, muka tak ada jerawat, bibir seksi, body mantap, kalau dia pakai apa pun lawa, kalau tak pakai apa-apa tu saya belum dapat tengok lagi hehehe. Senang cerita secara fizikalnya, dari pandangan mata kasar, dia memang seorang awek cun.

Tapi bila cerita balik pasal budak perempuan ni dengan kawan-kawan saya yang sama-sama kenal dia, seorang kawan saya kata dia tak tahu budak tu lawa ke tak.

Padahal, hakikatnya, budak perempuan tu memang jauh lagi lawa dari bini kawan saya ni.

Tapi kenapa kawan saya ni kata tak tahu budak perempuan ni lawa ke tak?

Saya kata kat dia “sebab kau dah kenal personaliti kot”, dan kawan saya jawab “mungkinlah”. Itulah yang dikatakan sebagai personaliti penghias diri.

Maksud saya dengan persolati penghias diri ni, personaliti tu ibarat make up, make up yang betul akan membuatkan seseorang yang tak cantik tu menjadi nampak cantik. Dan make up yang tak kena gayanya akan membuatkan yang cantik jadi nampak macam ahli sihir jahat.

personaliti penghias diri

Atau personaliti penghias diri ni ibarat macam pakaian, aksesori atau apa-apalah.

Macam yang saya cakap tadilah, kalau muka tak lawa, kulit gelap macam saya ke, kalau personaliti, perangai baik, sopan santun, beradab, berbudi bahasa, pandai bawa diri, pandai jaga maruah, tak lawa pun boleh dipandang manis.

Tapi kalau muka cun,  tapi mulut macam longkang kata orang, tak perlu lah saya gambarkan mulut longkang tu macam mana punya perangai kan? Lepas tu tak hormat orang tua, pemalas, pengotor, tak beradab, muka yang lawa tu orang dah tak pandang dah beb.

So, tak perlu la korang pelik kalau perempuan cantik tapi kalau tengok boyfriend dia atau suami dia gemuk, hitam, korang ingat mamat tu guna ubat guna-guna pulak.

Mungkin ada perhiasan pada diri beliau yang buat gadis tu tak pandang lelaki lain sebagai imam sepanjang hidup dia.

Atau abang sado yang tinggi, handsome, dapat awek yang…… pendek kata, kalau bagi 100 orang buat penilaian sama ada mereka sepadan atau tak, mesti 100% akan cakap mereka tak sepadan secara fizikal dan visualnya.

Tapi mungkin dari pandangan lelaki tu, gadis tu sangat sempurna, sebab ada hiasan yang sepadan, dan buat abang sado tu terpikat.

 

Hasil carian :

(Visited 114 times, 4,595,034)