naikkan kadar kompaun saman trafik

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Semalam saya kongsi pasal berhati-hati bila guna lpt2, hari ni saya nk kongsi pandangan pasal cadangan PDRM nak naikkan kadar kompaun saman trafik pulak.

naikkan kadar kompaun saman trafik

Saya dengar berita pasal PDRM cadang nak naikkan kadar kompaun saman trafik ni melalui berita di tv. opkos tv dihatiku haha.

Lepas tu dengar pulak komen dari pihak PPIM pasal cadangan naikkan kadar kompaun saman trafik ni.

Lebih kurang macam ni la ayat dia

“kalau naikkan sampai seratus ribu pun, mungkin tak ada beza, paling teruk pun, tak boleh bayar, masuk penjara je, yang perlu diubah adalah sikap pengguna, macam mana nak jadikan pengguna jadi pemandu yang lebih prihatin”

Ada rasionalnya juga komen mereka pasal cadangan naikkan kadar kompuan saman trafik tu dan sikap pengguna.

Pada saya pun, sikap la… masalah kemalangan ni kebanyakkannya berpunca dari sikap pemandu, kurang prihatin, kurang peka, pekak, samseng, tak fikir panjang, fikirkan diri sendiri.

Sebab kebanyakkan masalah pengguna, bila dah dapat lesen, dah lupa dah apa yang mereka belajar dulu.

Keluar simpang, siapa keluar dulu, siapa keluar kemudian, beri laluan kepada kenderaan dari kanan.

Kegunaan cermin sisi

Kegunaan tali pinggang keledar

Paling saya tak puas hati, yang jenis menggunakan telefon semasa memandu dengan yang memandu perlahan di lorong kanan.

Mana tak sesak jalan? yang kiri dah tentu la slow, yang kanan pun slow, ape kejadahnya? Itu yang buat orang jadi hilang sabar dan jadi nak memandu secara meluru, lepastu masuk lorong kecemasan.

Yang makcik, pakcik, dah tua sangat, memandu di tahun 2016 tapi memandu macam masa tahun 70an. Yang tu macam mana?

Yang makcik-makcik sambil bawak kereta, dah la memandu di lorong kanan, slow, berborak dengan rakan sebelah, sambil selfie pulak tu, sakit pulak hati mak nak. haha

naikkan kadar kompaun saman trafik

Bila kata nak naikkan kadar kompaun saman tu, kebanyakkan yang memandu laju ni kenderaan mewah, bila dah kenderaan mewah, mestilah pendapatan tinggi, bila pendapatan tinggi, setakat saman tu, cincai kira je pada dia.+

COntohnya video ni, nampak sangat diorang tak kisah pun kena saman, tapi bila suruh pergi balai, mula panjang cerita

kasi saman

video penuh

Saya rasa denda yang paling sesuai adalah dikenakan kena kaunseling dalam bentuk kelas memandu.hahahaha

Banyak lagi sebenarnya pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan statistik kadar kemalangan berbanding pendekatan naikkan kadar kompaun saman trafik

Macam melarang sesetengah golongan untuk memandu di lorong kanan ke.

Mengantung perkhidmatan pengangkutan awam yang melanggar peraturan ke. Itu lebih memberi kesan kepada mereka berbading mengenakan saman. Contoh bas, saya tak tahulah kalau ke arah utara dan pantai timur, tapi kalau ke arah selatan, bas-bas yang dipandu… mak aih… menakutkan, siap dicucuknya kita.

Contohnya dalam video ni

pemandu bas laju

Lepas tu dengan lajunya, kalau memotong motorsikal, bergoyang motor tu… tu antara punca kemalangan la tu.

Kenakan tindakan denda kepada yang bersalah ni contohnya kena pakai stiker LP haha…

maksud LP ni, dia boleh memandu di jalan raya, tapi tak boleh bawa penumpang, tak boleh masuk ke lorong kanan, tak boleh memotong di sesetengah kawasan dan lain-lain? hahahaha.

Kadar kemalangan jalan raya ni, bukan lah salah pemandu semata-mata, tak kurang juga masalah keadaan jalan, faktor cuaca dan juga binatang macam kes lpt2

So itu lah pandangan saya.

Cerita sini habis sini jela ye… sekadar pandangan, tak mengharap pun pandangan diterima

Terima kasih

(Visited 133 times, 4,593,160)