Kisah April Fool

Rumusan kisah April Fool : April Fool yang jatuh pada 1 April adalah sempena meraikan kemenangan pembunuhan Umat Islam di sepanyol pada 1487 M, atau 892 H.

Cerita panjang kisah April Fool : Sejak penyebaran Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan penyebaran di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.

poster_april_fool

Perancis Selatan dengan mudah ditawan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa pegunungan. Islam telah menerangi Sepanyol.

Kerana sikap para pemimpin Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam pada nama, malah sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan sebagai umat islam sejati.

Bukan saja membaca Al-Qur’an, malah bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah sejumlah perisik untuk mencari kelemahan umat Islam Sepanyol.

Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan pertamanya melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol.

Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan cara mereka itu membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan mula dikuasai pasukan tentera salib. Penyerangan oleh pasukan tentera salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal  ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentara salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera salib itu membuat pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan boleh berlayar keluar Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Spanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakari rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, mereka kaku melihat tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam.

Twitter_no_april_fools

Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedangkan para tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang .

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera memukul umat Islam Spanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini berlaku pada 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The April’s Fool Day). Pada  1 April, orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.

Bagi umat kristiani, April Mop merupakan hari kemenangan atas dibunuhnya ribuan umat Islam Spanyol oleh tentara salib melalui cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Mop dengan cara melakukan penipuan dan kebohongan walaupun dengan alasan sekadar hiburan belaka.

Sumber asal : sumber 1, sumber 2, sumber 3

Betul ke tak sumber cerita ni saya pon tak pasti… tapi best ke mengenakan dan dikenakan orang dengan cara menipu? ada pulak yang menipu secara kasar, kata suami kemalangan la… mak jatuh la… lepas tu “april fool”.

Tapi saya ada 1 pengalaman yang agak best la pada saya mengenai april fool ni, masa tu saya belajar di politeknik, saya sem 2. Masa tu, saya satu dorm dengan senior2 yang hardcore… diorang ni buas semacam. Memang ramai budak yang takut dengan diorg, tapi tak tahula… ngan saya diorg ni ngam pulak.. takpela… 31 mac malam 1 april, tu kitorang yang junior ni ada yang tak tidur sebab takut di april foolkan geng2 hardcore ni… tunggu punya tunggu, diorg ni tak balik2 dorm… lebih kurang pukul 3 pagi baru diorg balik, lepas tu tidur. Kitorang tunggu lebih kurang sejam lepas diorg tidur baru kitorang tidur… esoknya (1 april) kitorg dengan cerita sorg budak junior (sem 1) kena pukul, dah habis diorg pukul, diorg cakap kat budak tu… “april fool”.

Rupenye budak yang kena pukul tu pun hampir kena tumbuk dengan saya(biasa la… darah muda.. panas… hehehe), mau taknye… masa tu saya dengan kawan2 saya tengok dok buat tugasan, yang nak dihantar beberapa minit lagi, tetiba budak junior yang tak reti nak menghormati org yang lebih tua dari dia apetah lagi orang yang bergelar senior ni, datang sambil gelak2, dia off kan monitor… mau saya tak hangin… nasib baikla kawan2 dah tahan.. Budak junior ni yang saya selalu tengok, dia memang belagak semacam.. mentang2 la die teror ckit dpd sy bab programming web. Ngan pensyarah pon die buat gaya bercakap macam cakap dengan kawan2… so.. mendapatla cop peringatan dari senior hardcore ni kan? :p

Jom-Tak-Nak-1

Hasil carian :

(Visited 112 times, 4,591,171)