Gasket head terbakar, hari raya dah dekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca alongxp.com. Yup, itulah yang terjadi, gasket head terbakar dikala hari raya dah dekat.

Kali terakhir saya rasa nak menangis sangat bila mengenangkan raya dah dekat adalah pada tahun 2009. Siapa yang kenal saya dengan sangat rapat, dia tahu lah kenapa.

Tapi selepas 7 tahun, sekali lagi saya nak menangis bila mengenangkan gasket head terbakar.

Ok, ni cerita pasal enjin kereta la, kot sape yang tak faham hujung pangkal amende gasket head tu kan? Gasket head ni kira macam pelapik yang sangat penting antara head dan block macam ditunjukkan dalam rajah kat bawah ni.

gasket headSebagai seorang juruteknik komputer, saya tak tahu fungsi gasket head ni yang sebenar-benarnya. Saya cuma tahu, antara simptom gasket head terbakar adalah termperature akan rajin naik.

Tapi hasil bacaan saya dan lepas berbual dengan sorang jiran yang pernah kerja sebagai foreman atau mekanik, ada beberapa akibat yang akan berlaku. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 207 times, 4,597,464)

Pengalaman timing belt putus

Assalamualaikum(untuk yang beragama islam). Hai selamat pagi, selamat tenghari, selamat petang, atau selamat malam kepada semua pembaca,kali ni saya nak cerita pengalaman timing belt putus.

Sebelum ni saya pernah cerita pasal pengalaman saya kena chicken pox, pengalaman berbloging saya, pengalaman jumpa hantu, pengalaman selipar hilang dan pengalaman kad pengenalan hilang.

Cerita pasal pengalaman timing belt putus ni ada kena mengena sikit la dengan cerita pasal isu vape meletup yang saya tulis hari tu.

timing belt putus

sumber gambar: enjin carian

Kena mengena antara pengalaman timing belt putus dengan isu vape meletup tu adalah benda kalau nak jadi. hehehehe

Sebelum saya cerita pasal pengalaman timing belt putus, biar saya terangkan apa itu timing belt. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 1,850 times, 4,597,464)

kerajaan sedang mempertimbangkan mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta

kerajaan sedang mempertimbangkan mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta
Peningkatan kes kemalangan maut berpunca dari kecederaan parah dikepala telah menyebabkan kerajaan sedang mengkaji dan mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta.

pemakaian helmet dalam keretaKajian di sebuah pusat kesihatan di U.S pada 2010 mendapati, pemakaian helmet boleh mengurangkan jumlah kecederaan kepala dan otak yang menyebabkan maut sehingga 80% setiap tahun.

pemakaian helmet kepada pemanduKajian penuh bagi mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta ini sudah sampai ke peringkat akhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat, demikian kata menteri dari kementerian mengarut.

pemakaian helmet pemandu
suspen tak? well… itulah yang aku terbayang tadi bile terdengar berita pasal satu kemalangan kat berita tadi, mangsa yang tercampak keluar mati ditempat kejadian akibat cedera dikepala…

parah di kepala

gambar carian google sekadar hiasan

pastu aku terfikir, kalau die pakai helmet takdelah sampai parah kepala dia kot, sekali tiba2 kat berita keluar pulak kenayataan macam kat atas tu, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta. macam mana aku tak terfikir camtu? abestu dah banyak sangat benda mengarut yang terjadi ataupun timbul dengan alasan yang sangat tak logik…
malasla nak cakap lelebih, kang kena hack lak blog aku ni… kang xpasal-pasal kata aku ni menghasut la hape la… kalau nak ikutkan banyak je benda nak aku luahkan, tapi aku taknak blog aku ni berbau politik, sebab dari dulu sampai sekarang aku adalah orang yang  tak suka politik.
Banyak alasan kenapa aku tak suka politik… banyak sangat…
tapi.. cube korang bayangkan kalau tetibe betulla kat berita ada pulak pengumuman yang macam tu, kerajaan mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta.

design pemakaian helmetentah helmet cammana la yang orang akan pakai, sedangkan budak motor pon pakai helmet buat syarat je, sedangkan tali pinggang keledar yg nipis tu pon orang selalu terlupa atau buat-buat lupa nak pakai, inikan pulak dok dalam kereta, pakai helmet. pergh…

tak pakai helmet

mau ramai yang mencarut, tambah2 yang pakai kereta mewah, mat2 kaya yang buat rambut, gerenti mengaruk, bila kena pakai helmet dalam kereta. ROSAK LA RAMBUT!!! tu kata mereka…  awek-awek, puan-puan, makcik-makcik yang rambut dah buat kat saloon, dah buat rambut tinggi-tinggi, kembang cam singa, tetiba terpaksa memenyekkan rambut sebab diwajibkan memakai helmet dalam kereta.

awek pakai helmet
haish… nasib la dapat orang yang memahami korang…

helmet racing

Bukan blog tutorial – sekadar berkongsi pengalaman

Hasil carian :

(Visited 160 times, 4,597,464)

App android yang mengubah bunyi kereta

Korang ada angan-angan nak pakai kereta-kereta sport yang mahal macam kereta cam mustang, BMW, Ferarri, Lamboghini dan sebagainya? Tapi tak mampu kan? sama macam saya… nak beli sport rim dia aje pon belum tentu mampu… Nak buat bunyi pakai mulut? dah naik bosan, stering tu pon dah penuh dengan air liur sebab dok buat macam-macam bunyi.. Bila terpandang henset tu terfikir lak… kalaulah ada app android atau iphone yang boleh tukar bunyi kereta korang tu kepada bunyi ferarri ke mustang ke kan? ada… jangan risau… Memperkenalkan XLR8, satu app untuk android dan iphone atau ipad yang mampu membuat korang perasan cam korang bawak muscle car, atau sport car. app android yang tukar bunyi kereta

Canggih tak? tapi apa yang tak bestnye.. app ni kena bayar… tapi takla mahal sangat, 0.99 USD JE… hehehe..

Hasil carian :

(Visited 276 times, 4,597,464)