Macam mana nak jimat minyak

Terfikir nk kongsi cara macam mana nak jimat minyak ni bila bangun tido tadi.. yelah… harga minyak tetap naik walaupun negara kite pengeluar minyak,tapi kite kena ikut harga pasaran negara yang tak keluarkan minyak… nk buat cammana kan? Tunggulah kot sampai bile dah boleh pindah marikh ke pluto ke nanti kan? Hahaha…

pelantar minyak
Ok… balik kepada cerita macam mana nak jimat minyak ni kan… masa balik ke kampung baru-baru ni saya isi la 30 ringgit, masa tu minyak dah tinggal dekat-dekat dengan E… so saya isi 30, die naik atas sikit dari bar 2nd last tu… saya tunjuk kat wife saya,saya cakap tengok isi 30 banyak mana je die naik… dulu isi 30,dia naik sampai atas sikit dari setengah… masa awal tahun, harga minyak masih sama…. tapi bila isi 30, tak sampai setengah… bwh sikit dari setengah…

jimat minyak - meter minyak

Ni lepas harga minyak dh naik… 1 bar kurang dari kali terakhir…

Ok… balik kepada tajuk kita… macam mana nak jimat minyak…

jimat minyak auto vs manual

Antara tips yang saya boleh kongsingkan… kepada pengguna kereta manual, pertukaran gear tu kena kemas la… bila rasa macam dh meneran ckit tuka la gear,kalau tukar gear awal, kite akan memberi beban kepada enjin unyuk menarik beban kereta… kalau kite masuk lambat kite dah meeeee… tak tau la nk cakap mcm mn… tp senang cerita memang akan meningkatkan penggunaan minyak la…

gear manual

Kepada pengguna kenderaan auto pulak… bila berhenti tu, letakkan gear dalam mode N atau P… bila lampu dah nak hijau baru masuk ke D,bila lampu dah hijau baru lepas brek… bia kereta bergerak ckit,tekan minyak berperingkat-peringkat secara perlahan-lahan.

gear auto

Ada la org kata kerap tukar gear akan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih. Memang betul kalau penukaran gear kita tak cantik… maksudnya macam yang saya bagitahu tadila… sampai enjin meneran… kalau kita tukar gear pada masa yang sesuai,boleh je menjimatkan minyak…

jimat minyak meter rpm

Lagi 1… ni hasil kajian saya sendiri yang tak bertauliah ni la… bawak slow tak menjamin ianya boleh menjimatkan minyak… kalau pemggunaan gear yang tak betul pon boleh jadi tak jimat minyak… kita bagi beban pada enjin… pakai gear 5, bawak slow… minyak nak kena tekan lebih baru bergerak… tak jimat gak beb.

kereta lembab

Antara cara lain macam mana nak menjimatkan minyak… guna aircond bila perlu… sebab… mengikut teori saya… kenapa pakai aircond boleh menyebabkan minyak cepat jadi kurang… sebab… biasanya bila aircond mengeluarkan angin yang sejuk tu… rpm akan rendah…

aircond kereta

Satu lagi benda yang perlu diambil kira untuk menjimatkan minyak adalah tekanan tayar, pastikan mencukupi, kalau tak cukup, keta jadi berat(tak tau nak cakap macam mana tapi die jadi cam berat lah). Ia jugak boleh mengelakkan dari kemalangan.

angin tayar

Keluarkan barang yang tak penting dari kenderaan anda macam durian, tayar motor jiran sebelah, almari baju, printer lama pejabat, compressor air cond yang dikutip ditepi jalan, dan apa-apa benda yang tak begitu penting, kalau perlu tinggalkan isteri, tinggalkan… yelah, kata orang, sayang isteri, tinggal-tinggalkan hehehehe… senang cerita, kalau boleh bia bonet tu kosong, kalau ada benda pon, benda2 macam tayar spare dan benda-benda untuk tukar tayar jelah.

Satu benda ni mungkin bercanggah pendapat dan mungkin berbeza mengikut model kereta, tapi kalau ada yang nak bagi pendapat, silakan komen… dulu memula pakai kereta, bila nak balik kampung, saya selalunya akan isi RM50 atau penuh (kadang sampai RM70) sampailah beberapa ketika, saya tergerak hati nak buat eksperimen, saya isi RM30 je.. saya buat beberapa kali, dengan speed yang lebih kurang sama, pada waktu yang lebih kurang sama, hasilnya pon lebih kurang sama… sama ada saya isi RM50 ke RM30, bila saya sampai kat kampung, baki minyak lebih kurang sama je… apa yang saya dapat simpulkan dari eksperimen saya tu, bila minyak diisi banyak, kereta akan jadi lebih berat, jadi… untuk mencapai kelajuan yang selalu saya guna bila balik kampung, saya perlu tekan lebih banyak minyak.. sebab tu hasilnya lebih kurang sama…

lagi 1 tips untuk menjimatkan minyak… yang ni saya bagi kat membe saya, gatal nak pakai kereta cc besa tapi nak minyak macam kereta cc kecik, so saya cakap ngan dia.. cara untuk dia jimat minyak… gantung je kunci kereta dia hehehehe

gantung kunci

Bukan blog tutorial – sekadar berkongsi pengalaman

Hasil carian :

(Visited 424 times, 4,597,465)