kerajaan sedang mempertimbangkan mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta

kerajaan sedang mempertimbangkan mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta
Peningkatan kes kemalangan maut berpunca dari kecederaan parah dikepala telah menyebabkan kerajaan sedang mengkaji dan mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta.

pemakaian helmet dalam keretaKajian di sebuah pusat kesihatan di U.S pada 2010 mendapati, pemakaian helmet boleh mengurangkan jumlah kecederaan kepala dan otak yang menyebabkan maut sehingga 80% setiap tahun.

pemakaian helmet kepada pemanduKajian penuh bagi mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta ini sudah sampai ke peringkat akhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat, demikian kata menteri dari kementerian mengarut.

pemakaian helmet pemandu
suspen tak? well… itulah yang aku terbayang tadi bile terdengar berita pasal satu kemalangan kat berita tadi, mangsa yang tercampak keluar mati ditempat kejadian akibat cedera dikepala…

parah di kepala

gambar carian google sekadar hiasan

pastu aku terfikir, kalau die pakai helmet takdelah sampai parah kepala dia kot, sekali tiba2 kat berita keluar pulak kenayataan macam kat atas tu, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta. macam mana aku tak terfikir camtu? abestu dah banyak sangat benda mengarut yang terjadi ataupun timbul dengan alasan yang sangat tak logik…
malasla nak cakap lelebih, kang kena hack lak blog aku ni… kang xpasal-pasal kata aku ni menghasut la hape la… kalau nak ikutkan banyak je benda nak aku luahkan, tapi aku taknak blog aku ni berbau politik, sebab dari dulu sampai sekarang aku adalah orang yang  tak suka politik.
Banyak alasan kenapa aku tak suka politik… banyak sangat…
tapi.. cube korang bayangkan kalau tetibe betulla kat berita ada pulak pengumuman yang macam tu, kerajaan mewajibkan pemakaian helmet kepada pemandu dan penumpang kereta.

design pemakaian helmetentah helmet cammana la yang orang akan pakai, sedangkan budak motor pon pakai helmet buat syarat je, sedangkan tali pinggang keledar yg nipis tu pon orang selalu terlupa atau buat-buat lupa nak pakai, inikan pulak dok dalam kereta, pakai helmet. pergh…

tak pakai helmet

mau ramai yang mencarut, tambah2 yang pakai kereta mewah, mat2 kaya yang buat rambut, gerenti mengaruk, bila kena pakai helmet dalam kereta. ROSAK LA RAMBUT!!! tu kata mereka…  awek-awek, puan-puan, makcik-makcik yang rambut dah buat kat saloon, dah buat rambut tinggi-tinggi, kembang cam singa, tetiba terpaksa memenyekkan rambut sebab diwajibkan memakai helmet dalam kereta.

awek pakai helmet
haish… nasib la dapat orang yang memahami korang…

helmet racing

Bukan blog tutorial – sekadar berkongsi pengalaman

Hasil carian :

(Visited 160 times, 4,598,699)

kakitangan kerajaan ye? huh

Ternampak sorang membe saya like post ni… saya pon apa lagi… printscreen la… sebelum anda semua baca komen saya tentang post ni dan anda semua pulak komen atau marah saya atas apa yang saya nak karangkan dalam ni… saya nak bgtau awal2 yang saya pon KAKITANGAN KERAJAAN juga.

oh kakitangan kerajaan

Bak kata beberapa orang dalam komen dia ni… tak semua macam tu… memang betul ada yang macam ni.. tapi kebanyakkanya memang cam yang dia cakap ni la… dan kebanyakkan yang macam ni pulak orang yang berpangkat, saya sendiri pernah call sorang pegawai ni… sebabnya dia bagi surat mengarahkan pihak kami buat sesuatu, jadi saya nakkan penerangan lanjut, saya pon call la nombor ofis die, die tak bagi nombo henset. situasinya…

pukul 8.30 pagi

saya : hello… boleh saya bercakap dengan encik sipolan?

wanita : die belum masuk lagi.

saya : ok,terima kasih.

9.30 pagi.

saya : hello.. boleh saya cakap dengan encik sipolan?

wanita : die dah keluar minum.

habis tu pukul berapa dia ada kat ofis? kalau die selalu kena keluar, kenapa tak bagi nombor henset untuk orang hubungi? kalau taknak orang hubungi, kenapa bagi nombor ofis, suruh orang call kalau ada permasalahan?

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,699)

Istilah buat-buat buat kerja tula yang banyak digunapakai… kalau kita duduk je opis, depan pegawai2, buat-buat buat kerja, insyaAllah tak kena la komen, walaupun kerja kita tu tertangguh sampai 7 bulan, walhal kerja tu dia boleh siap tak sampai setengah jam pon. Kenapa tak kena marah? sebab ada progres, yang penting nampak macam kerja TENGAH berjalan, output atau hasilnya tak penting pon.

teringat pada masa saya kerja swasta dulu, disebuah kedai komputer, masa saya nak berhenti, bos saya cakap “thanks.. u bagi company banyak business”, sedangkan dia bukanla tahu sangat pon pasal teknikal komputer, keje saya pon dia tak tengok, die dok bilik die, saya dok kat technician room, kadang kena buat on site, apa yang dia nampak? costumer datang, repair, siap, bayar, apa yang dibuat, die belum tentu, tahu, bila costumer tanya, entah ape2 yang digorengnye… yang penting, siap… dia tak tanya sesuatu benda tu dah mula buat ke belum? die cuma nak tahu benda tu dah siap… tu je…

Kenapa saya cakap tak semua macam yang diceritakan? sebab dulu, pengalaman saya berbeza dengan sekarang, pegawai dulu tak kisah bila masa saya nak buat kerja, macam mana saya nak buat kerja, bila masa saya nak ada, bila masa saya nak keluar dari workstation saya(kalau ikutkan bukan ada workstation tetap pon), yang penting kerjanya beres pada masa yang ditetapkan. Jadi tekanan kerja saya kurang, sebab bila saya spend masa untuk saya siapkan kerja, saya push habis-habisan, bila saya dah stuck, saya take a break, layan kepala gila kejap. tapi sekarang susah, kena duduk je kat opis walaupun dah tak boleh nak buat apa, alat ganti xde, penyelesaian dah sampai tahap tepu. kalau saya pegi release tensen, ada yang kata saya tak buat kerja… sebabnya dia tak nampak saya tengah buat kerja…

persoalannya… dia tau kerja saya apa? macam mana saya buat kerja? apa yang saya perlukan untuk buat kerja? dari mana sumber yang membantu saya untuk menyelesaikan masalah kerja saya? siapa yang boleh bantu saya kat tempat kerja? apa garis panduan yang saya ada? belum tentu mereka boleh jawab.

work hard, itu yang dipandang rajin, bukan work smart, kalau work smart, orang tak nampak korang buat kerja. sebab korang tak buat-buat sibuk.

bukanlah nak membangga diri, tapi pernah ke orang-orang ni tau saya selalu datang tempat kerja pada waktu weekend untuk buat kerja? saya tak claim OT, kenapa saya buat kerja pada waktu weekend? sampai wife saya marah saya pergi buat kerja time weekend, dia kata nanti orang tak nampak saya buat kerja, orang kata saya tak buat kerja, nak buat macam mana, time tu la waktu yang saya selesa buat kerja, sebab takde orang ganggu, tulah waktu yang saya boleh buat kerja tanpa diganggu. mereka tau ke skop kerja saya? yang mana yang betul2 tugas saya, yang mana yang saya tolong2?

bos lama saya pernah sound saya… “awak ni buat kerja sorang2, ajak la orang lain skali”… bukan nak menyombong, even technician sendiri ada style atau skill kerja masing2, tak semua orang sama, tak semua orang boleh bantu. so bila saya saya boleh sendiri… saya buat sendiri..

Bukan la niat saya nak menghasut, tapi macam yang saya cakapkan tadi, bukan semua macam tu, kalau berani, masukla sektor kerajaan ni, tengokla sendiri, kat level mana yang jadi punca macam ni.

Sepanjang saya bekerja dalam sektor ni, saya paling suka bila kena kerja luar, bengkel ke kursus ke… sbb kebanyakkannya rakan kerja adalah geng technician, yang masih muda, pangkat sama… style kitorg, kitorg dibagi masa, kadang2 2 hari, kadang2 2 minggu, bergantung pada jenis kerja… sepanjang masa tu, kitorang ada timingnya, waktu mana nak keluar minum, waktu mana nak berehenti makan, waktu mana berhenti untuk hari tu. selain dpd tu, memang kitorg berkumpul, buat kerja dengan tekun, sape yang curi tulang time orang keje, walaupun dia duduk sekali ngan kitorang, tapi kerja tak jalan, next time dah tak panggil dah dia untuk join bengkel atau projek tu. Sambil kerja gelak2 jugak, usik-mengusik, kerja enjoy, tapi sampai masa, kerja kena siap!!! SOLID!!!

4 tahun dok dalam sektor ni, saya dan kawan2 yang lama dah kenal dah jenis2 orang dalam sektor ni… kadang2 kitorg guna perkataan “dia tu jenis kakitangan kerajaan” so mana yang dah lama kerja tu, dah tau dah..

Rasa macam dah cukup panjang saya membebel ni… macam saya cakap sendiri tadi, saya bukan nak menghasut, just kesian pada rakan2 yang kerja bagai nak gila… time nak rehat pon orang kacau, kena buat kerja, weekend pon orang kacau, disebabkan orang lain yang konon2 sibuk ni, tak sempat la konon nak siapkan kerja, orang lain yang kena cover die, kalau nak mintak bukti memang susah saya nak tunjuk… tapi, kalau tak percaya, masuklah sektor ni, dan tengok sendiri. adakah semuanya macam tu? orang yang macam mana yang macam tu? ditahap manakah yang jadi macam tu?

Saya harap korang tak jadi gila la bila nak menilai semua tu… hahahaha…

(Visited 6,994 times, 4,598,699)
(Visited 71 times, 4,598,699)