Kenduri kahwin dulu dan sekarang

Kenduri kahwin dulu dan sekarang

Bila terbaca entri situasi kenduri kahwin kat blog zool hari tu, terasa nak share jugak cerita beza Kenduri kahwin dulu dan sekarang

tulah kelebihan blogwalking ni, terutama sekali untuk blogger baru dan blogger yang selalu ketandusan idea, tengah buntu tak ada idea, bila blogwalking, kenangan zaman silam terbukak dan boleh dijadikan cerita untuk dikongsikan.

Baru-baru ni adalah berbual dengan kawan-kawan yang sama tempat kerja. Salah sorang tu dah agak tua, muda 3 tahun dari ayah saya. orang banjar jugak hehe.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,176)

Asalnya mereka cerita pasal kenduri kahwin anak kawan diorang, lepas tu mula lah sebut beza kenduri kahwin dulu dan sekarang.

Walaupun saya ni tak lah tua mana, dan taklah muda sangat walaupun orang ingat saya ni baru berumur awal 20-an. hehehe. Tapi saya merasa lah evolusi kenduri kahwin dulu dan sekarang ni.

Kalau tengok sejarah saya membesar, saya ni membesar kat banyak tempat, kebanyakkan tempat saya tinggal, saya tak merasa sangat pergi kenduri kahwin, banyak saya rasa bila balik kampung.

Antara benda yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu, ruang makan tetamu, bukan meja bulat macam kebanyakkan kenduri zaman sekarang ni. Dulu meja panjang macam dewan makan asrama. alas dengan kertas mahjung.

Dulu ada orang rewang macam yang sepah cerita dalam raja lawak tu, banyak beb kenangan pasal rewang ni.

rewang kenduri kahwin

rewang masa majlis perkahwinan saya

 

Antaranya, dulu setiap orang dibahagi-bahagikan tugas, ada yang layan tetamu yang sekaligus menghidangkan makanan, ada yang bahagian penyediaan bahan masakan, bahagian memasak, bahagian mencuci, bahagian buat air (dulu orang yang malas suka dok kat bahagian buat air hehehe) dan beberapa bahagian kecil.

Semua orang terlibat dengan rewang ni tak kira umur, dari yang baru masuk sekolah, sampai yang dah pencen. Orang kampung, saudara mara semua terlibat, masa nilah nak kenal saudara mara, masa ni juga lah nak test market.

domain murah

(Visited 140,883 times, 4,600,176)

Saya ingat lagi masa kecik-kecik dulu, tolong angkat bakul bawak bunga telur, bawak air, bawak cawan pergi ke meja panjang tu, sebab dulu goodie bag tu bagi kat meja masa orang tengah makan, makan dulu dihidang, bukan buffet, tetamu yang datang tunggu orang tuang air, cedok nasi, hidang lauk, zaman sekarang buffet je, tu yang beza kenduri kahwin dulu dan sekarang

Zaman dulu, kalau kenduri kahwin, ada kugiran, ada live band yang main lagu, banyak penyanyi zaman dulu bermula dari kugiran orang kahwin, naik main kat fun fair, main kat kelab, baru jadi artis, sebab tu diorang bertahan lama, pengalaman pahit manis diorang banyak.

Lepas tu ada joget lambak, yang ni saya sendiri rasanya macam tak pernah jumpa.

 

kenduri kahwin dulu dan sekarang

imej hasil carian google di http://fotomempelai.blogspot.com

Lepastu macam-macam lah adat dan kepercayaan orang zaman dulu, antara yang benda yang ada lagi orang pakai, campak pakaian dalam pengantin atas bumbung supaya tak hujan(WTF?), lepas tu nanti panggil ‘pakcik‘ mintak jauhkan segala balalah ape semua, saya ni jenis orang yang ‘adat tolak tepi sikit’, kalau saya tak nampak logiknya sesuatu adat tu, saya tak akan terima.

Sebab saya orang yang jenis logik, dan saya takut kepercayaan tu boleh membawa kepada syirik.

Satu lagi benda yang makin pupus sekarang ni, silat pengantin.

silat pengantin

yang tengah bersilat tu adalah adik saya

Adik saya ni belajar silat, dan kata dia, siapa yang ada belajar silat, terutama silat pengantin, boleh masuk bila ada orang bersilat. Saya tahu tu bila tengok tiba-tiba dia masuk bersilat untuk pengantin di rumah sepupu saya, padahal dia tak kenal pon orang yangbersilat kat situ.

Kenapa adik saya dia pakai pakaian biasa je? sebab dia orang kuat rewang untuk majlis perkahwinan saya. Kalau tak ada dia, mungkin huru hara gak kot majlis saya tu hehe.

Tapi apa pon, kenduri kahwin dulu dan sekarang memang banyak berbeza, yang pasti dulu punya majlis memang betul-betul meraikan.

Tak kira kenduri kahwin dulu dan sekaranng, at the end of the day, pengantin penat… hahahaha

Hasil carian :

(Visited 594 times, 4,600,176)