Kenapa kita kena bayar?

Kenapa kita kena bayar?

Ini tak ada kena mengena dengan gst atau cukai-cukai yang lain. Ini cuma… mungkin satu perkongsian pemikiran tentang sesuatu isu.

Kadang-kadang ada yang pertikaikan, dulu saya pun pernah pertikaikan juga, tapi itulah yang dikatakan pengalaman, satu ilmu dalam hidup.

Macam sesuatu perkhidmatan, barang kita kena bayar, upah pun kita kena bayar, macam saya pernah kongsikan dalam entri kenapa upah mahal sangat?

kenapa kita kena bayar Continue reading

Hasil carian :

(Visited 104 times, 4,595,031)

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Saya pun tak faham kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Sebab saya pun tak faham. Hahaha…

Hari tu saya dah cerita kenapa lelaki susah nak minta maaf, hari ni saya nak cerita kenapa lelaki susah nak faham perempuan.

lelaki susah nak faham perempuan

Well… Pada fitrahnya, memang lelaki tak akan faham akan perempuan. Macam saya cakap haritu la… Lelaki dan perempuan tak akan sama.

Lelaki tak akan faham kenapa perempuan sama perempuan mesti nak peluk-peluk… Laga-laga pipi, cium-cium pipi, cium-cium mulut (eh ada ke?).

Lelaki tak akan faham kenapa bila lelaki sama lelaki bila pegang tangan nak melintas jalan, orang akan kata gay. Tapi bila perempuan sama perempuan pegang tangan nak lintas jalan, tak ada pula orang kata lesbian.

Korang(perempuan) pernah terfikir tak kenapa? kalau korang dapat huraikan kenapa lelaki tak boleh buat macam tu, bagus. Korang dah tak perlu baca lagi dah entri ni. Korang pergi tengok link-link menarik kat bawah ni pulak.

Dan kalau korang (perempuan) tak boleh nak huraikan sebab kenapa lelaki tak buat benda macam tu. Korang yang sebenarnya tak faham lelaki. Isu kenapa lelaki tak faham perempuan adalah kerana perempuan tak faham lelaki.

Sebenarnya korang yang tak faham lelaki tu dan korang sebenarnya nak lelaki tu yang ikut kehendak korang. Korang nak lelaki tu mengucapkan ayat-ayat cinta padahal lelaki sebenar tak ucap ayat-ayat cinta, diorg luahkan melalui perbuatan, diorg ambil berat pasal korang, diorg jaga korang. Bagi apa yang korang perlu mengikut keperluan korang dan kemampuan diorg.

Lelaki yang mudah luahkan ayat-ayat cinta ni yang korang kena elakkan. Sebab apa? Sebab diorg ni bak kata orang “menanam tebu dipinggir bibir” ayat dia manis je. Entah ikhlas dan jujur entah tidak.

Instead korang merungut kenapa lelaki susah nak faham korang, baik korang fahami perangai lelaki tu sendiri. Dan benda tu akan patah balik kat korang, lelaki tu akan cuba belajar untuk faham korang pulak.

Hasil carian :

(Visited 980 times, 4,595,031)

kenapa lelaki susah nak minta maaf ?

kenapa lelaki susah nak minta maaf ?

Aku tau, gerenti ada orang tanya kenapa lelaki susah nak minta maaf, walaupun dah buat salah. Biasanya soalan ni ditanya oleh awek-awek yang baru dapat tengok cerita 18 tahun ke atas sahaja. hehehehe… tapi tu zaman aku muda. Zaman sekarang ni, budak baru nak ambil upsr pon dah pandai dah nak buat status macam tu.

Tambah-tambah zaman sekarang ni, media sosial dah belambak, tempat nak tepek status dah merata, kat facebook lah, kat wechat la, kat twitter la, kat linkedin la, waimah(amende tu? aku pon tak tahu) kat instagram pun diorang dah boleh buat dah.

kenapa lelaki susah nak minta maaf

Ok, kenapa lelaki susah sangat nak minta maaf? sebenarnya… korang tak tahu ke kenapa lelaki susah nak minta maaf? sebabnya… sebenarnya… Continue reading

Hasil carian :

(Visited 290 times, 4,595,031)

kenapa korang berpasangan atau bercouple

sebenarnya… kadang-kadang timbul persoalan tujuan orang sekarang berpasangan atau bercouple. ada yg serius, ada yg buat macam hobi. so hari ni saya nak buat kajian kenapa orang bercouple… harap pembaca blog ni boleh sharekan entri ni supaya lebih banyak jawapan yang diterima.

couple berpasangan

[polldaddy poll=6438088]

 

Hasil carian :

(Visited 62 times, 4,595,031)