Hari ini dalam sejarah : 31 Disember 1958 – JOHOR DIISYTIHARKAN SEBAGAI ‘KAWASAN PUTIH’

Tarikh peristiwa : 31.12.1958(sumber)

askar lama

Pada hari ini dalam tahun 1958, seluruh negeri Johor telah diisytiharkan sebagai ‘Kawasan Putih’. Pengisytiharan ini telah dibuat oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, yang mewakili Sultan Johor di satu upacara perbarisan pasukan-pasukan keselamatan di Johor Bharu. ‘Kawasan Hitam’ yang terakhir di negeri Johor yang diisytiharkan sebagai kawasan putih ialah Daerah Kota Tinggi. Pasukan-pasukan keselamatan yang mengambil bahagian diperbarisan ialah pasukan polis, homeguard, pasukan gurkah dan juga pasukan Angkatan Laut Diraja Malaya. Pada masa darurat diisytiharkan, terdapat lebih 1200 orang pengganas komunis mengancam keselamatan di beberapa daerah di Johor. Satu operasi yang dipanggil ‘Operasi Badak’ telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan. Operasi ini telah berjaya menghapuskan sebahagian besar pengganas komunis. Ramai daripada mereka telah keluar menyerah diri terutama di kawasan Johor Utara dan tengah. Penyerahan diri yang besar telah berlaku berikutan dengan penyerahan diri seorang pemimpin kanan pengganas persekutuan Tanah Melayu iaitu Hor Long di Segamat. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Operasi Badak, Ungku Mohsin bin Mohamad telah mengalu-alukan pengisytiharan Johor sebagai kawasan putih bersih daripada ancaman dan keganasan pengganas komunis. Beliau menganggap pengisytiharan tersebut sebagai berita yang menggembirakan menjelang tahun baru. Ianya juga memberi makna yang besar kepada negeri Johor yang telah mengalami keadaan darurat yang begitu panjang dan menerima ancaman yang buruk sekali di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pengisytiharan ini, Undang-Undang Darurat seperti sekatan-sekatan keatas bahan-bahan makanan, bekalan-bekalan penting dan perintah berkurung dihapuskan. Sebelum Johor diisytiharkan ‘Kawasan Putih’ beberapa kawasan dan negeri di Persekutuan Tanah Melayu telahpun diisytiharkan sebagai ‘Kawasan Putih’ seperti Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sabak Bernam.

Hasil carian :

(Visited 154 times, 4,598,612)

Status2 di facebook berkaitan Malaysia vs Indonesia

Aku bukan org yg minat tgk bole, tak kira la sape pon main, wife aku je yang minat tgk bola… hahaha pelik kan? bukan pelik sbb pompuan minat tgk bola,tp pelik sbb suami tak minat, isteri yang minat… dulu masa Piala Dunia, dia siap bwk jadual perlawanan bola dlm handbag die, siap die tulis keputusan setiap perlawan masa tu… aku?tgk bola pon ngantuk.. hahaha… tgk status2 kawan2(friends) aku kat fb…

agak2 berapa keputusan Malaysia vs Indonesia sebentar lagi Continue reading

Hasil carian :

(Visited 117 times, 4,598,612)