10 kata-kata hikmah steve jobs

10 kata-kata hikmah steve jobs

steve-jobs-appleSteve jobs, (pengasas apple) a.k.a “The Podfather” akan sentiasa dikenang kerana telah memperkenalkan teknologi digital yang telah banyak mengubah kehidupan manusia pada hari ini menjadi lebih bijak dan mudah. Dia mungkin tidak boleh menjadi teknokrat terhebat dalam generasinya  tetapi beliau adalah antara salah satu pengguna teknologi terhebat sepanjang masa. Disini saya memaparkan Top 10 kata-kata hikmah steve jobs yang memberikan sentuhan emas.

1. Reka bentuk bukan hanya pada rupa dan rasa semata-mata. Reka bentuk adalah bagimana ianya berfungsi

2. Saya nak letak satu ding(bunyi) pada alam semesta

3. Inovasi membezakan antara ketua dan pengikut

4. Kadang-kadang bila kamu mencipta sesuatu yang baru, kamu buat silap. Adalah baik jika kamu segera akui kesilapan itu dan terus memperbaiki kesilapan itu pada rekaan lain.

5. Berada ditanah kubur sebagai orang paling kaya tidak penting pada saya. Masuk tidur pada waktu malam dan berkata “Kamu telah melakukan sesuatu yang menakjubkan”… itu yang penting pada saya.

steve jobs iphone

6. Kenapa nak jadi tentera laut bila korang boleh jadi lanun?

7. Saya selalu ingin memiliki dan mengawal teknologi utama dalam segala yang kitalakukan.

 

8. Kita tak selalu berpeluang untuk buat banyak benda, jadi setiap benda perlulah jadi yang terbaik. Hidup ni singkat, lepas tu kita mati. Kita yang memilih untuk melakukan semua ini dalam hidup kita. Jadi, lebih baik ianya jadi yang terbaik. Ianya berbaloi.

9. Ianya dah jadi salah satu mantera saya – fokus dan mudah/sederhana. Mudah/sederhana boleh jadi lebih susah dari rumit. Anda perlu bekerja keras untuk membuatkan fikiran anda jadi mudah. Tapi ianya berbaloi akhirnya, sebab bila anda dah dapat mencapainya, banyak lagi yang dapat dicapai.

10. Saya rasa jika kamu boleh buat sesuatu dan menjadikannya bagus, maka kamu patut pergi buat benda lain yang menakjubkan. Jangan buang masa dengan benda itu terlalu lama. Fikirkan apa seterusnya

Hasil carian :

(Visited 222 times, 4,600,290)