kehilangan mh370 – kemunculan pakar mengarut

orang pertama yang saya nampak post status facebook berkaitan dengan kehilangan mh370 ni adalah kak kujie, die post status die call kawan(kalau tak salah) die yang selalu ke beijing, die lega dengar suara diorang, mula la saya jd courius ape kah semua ini(baca dalam nada suara papazola).

papazola

mula la scroll news feed fb, saya jarang dok browsing news feed facebook, sebab ia akan mengurangkan produktiviti saya. so barula tahu berita pasal kehilangan mh370 tu, facebook kat lubuk informasi, tinggal lagi sahih ke tak la… syukurlah friends saya baru seribu lebih…  kuranglah sikit berita mengarut yang saya terima.

 

Tapi… walaupun seribu lebih tu je pon, banyak yang saya dah setkan taknak muncul kat newsfeed facebook saya, tu pon masih banyak lagi pakar-pakar mengarut yang muncul, tapi taklah banyak sangat-sangat.

cuma dalam reramai tu, adalah yang share benda yang diwujudkan oleh pakar mengarut ni. antaranya semalam, kawan yang agak rapat dengan saya masa dia tinggal disini dulu, dia share satu gambar dari satu page ni, page ni kononnye die screenshot dari lamanweb astro awani, berita kata mh370 ni terhempas. puas la saya browse website astro awani tu, tak jumpe pon post/entry tu. Rajin betul diorang edit entri tu.Disitu kita boleh lihat munculnya pakar editing.

Tak kurang juga pakar komunikasi yang muncul dalam kekecohan kehilangan mh370 ni, menimbulkan persoalan, dalam ramai-ramai yang naik flight tu takkan takde yang guna handphone, tak contact family ke? hadoila… takkanla korang tak tau yang kat fligh tak dibenarkan guna handphone? agak-agak nye la kan? kat atas sana boleh dapat line ke? even telefon pon menggunakan istilah airplane mode untuk disable line telefon dan data.

Kehilangan mh370 ni jugak menimbulkan pakar-pakar agama, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah. Banyakla ayat-ayat yang diterjemah dan dimanipulasikan agar bersesuaian dengan keadaan kehilangan mh370 ni. part yang ni saya tak berani la saya nak komen lebih-lebih.

Pakar jurutera kapal terbang. “Perampas dah matikan suis radar”. Dek… ko ingat ni kapal terbang ikan pari tu ke leh suka-suka hati nak on off dari radar? Radar banyak jenis dik… nak cakap lelebih kang tersalah informasi atau terbuat spekulasi. so better baca kat sini

kapal terbang ikan pari

Yang ni tak tau la pakar tang mana… “Malaysia ada kapal selam, beli mahal-mahal kenapa tak guna? kenapa singapore boleh guna?”yang ni saya….hmmm… tak taulah nak cakap apa…  Kapal selam malaysia, scorpene, rupa dia macam ni.

kapal selam malaysia - scorpenescorpenekapal ni(mengikut rujukan beberapa laman web) adalah kapal selam SEARCH AND DESTROY atau MENCARI DAN MEMUSNAH. senang cerita kapal selam perang la. sebab tu die bewarna gelap, tiada cermin. sebelum anda bertanya macam mana kapal selam ni nak tengok jalan, sila google. kalau saya nak cerita, panjang cerita dalam ni. lagipun saya bukanlah tahu sangat, bapak saya, abang ipar, kawan rapat saya semuanya tentera darat. Info yang saya tau cuma dari internet(yang saya was-was) dan hasil interview dengan sorang bekas pegawai kapal selam yang sekarang ni dijadikan muzium duduk kat melaka tu je. Boleh tahan gakla penerangan yang dia bagi, siap dia terangkan beza kapal Ouessant Agosta 70 tu dengan kapal scorpene kita.

ok, yang kat bawah ni pulak kapal SEARCH AND RESCUE atau kapal MENCARI DAN MENYELAMAT yang singapore guna, MV Swift Rescue Naval.

kapal selam singapore

Jauh beza tak? diibaratkan macam ni la senang, kenapa tak guna kereta F1 untuk pergi pasar? atau, kereta kebal untuk membajak… sesuai tak?

ada jugak cerita pasal kehilangan kapal terbang 35 tahun, yang tiba-tiba muncul balik, ada yang kata mengarut, 35 tahun tak makan tak minum. Beb, ashabul kahfi ditidurkan selama 300/309 tahun beb. Tak makan tak minum gak, siap tidur kejap mengiring kekiri ,kejap kekanan, Inikan pulak 35 tahun,dok situ diam-diam.Kuasa Allah, nak pertikai lagi ke? segala dalam dunia ni milik Allah. Hasil carian saya ke merata laman web dan blog, bila dibuka pintu kapal terbang tu, kesemua krew dan penumpangnya dah kering, tapi masih dikerusi masing-masing seolah-olah diorang tak rasa apa yang tengah terjadi. yang tambah menghairankan bila tiada siapa tahu siapa yang kemudi kapal terbang tu sampai mendarat.

ada gak yang kata mengarut, tahun 1945 dah ada boeing ke? saya rasa takde lak dengar pemberita tu sebut boeing, die sebut pesawat. Dek, “kapal terbang” pertama terhasil tahun 1903 oleh adik beradik Wright.

ada gak lagi tu yang kata berita indon penipu, abes tu, yang ko dok share benda yang tak pasti kesahihannye tu ko tak kira lak? orang negara ko sendiri pon ada gak yang nak nipu ko. memasing ambik kesempatan gak. Kalau tak puas hati, search la kat internet, internet ni kan tanpa sempadan. dah macam perpustakaan dah… carik silang semua sumber. sahih ke tak.

ni yang terbaru saya jumpa, satu ni kata gambar lokasi mh370(tak nampak cam kapal terbang pon)

gambar mh370 ke

gambar asal boleh didownload disini

ada lagi 1… ini diorang kat fb la share… soh MAS kaji. haish…

gambar kapal terbanglokasi gambar ni kat sini

Banyak lagi benda yang tak masuk akal yang ditimbulkan pakar mengarut terutama kat facebook pasal kehilangan mh370 ni. sambil tu baca entri dari amanz.my ni.. lebih berinformasi dan boleh menjawab banyak persoalan

tapi yang lebih misterinye, pc saya hang 3 kali dalam usaha nak menyiapkan entri ni.

Hasil carian :

(Visited 157 times, 4,598,696)