Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Kali ni saya nak share persediaan menyambut hari raya aidilfitri yang saya buat untuk tahun ini. Tahun ni macam beberapa tahun yang sebelum ni, saya balik ke negeri johor, tak kiralah giliran belah saya atau belah isteri saya, kami tetap akan balik ke johor.

Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Kami balik ke johor sebab isteri saya memang anak jati johor, dari lahir, sekolah rendah, sekolah menengah semua kat johor, dah habis sekolah baru dia keluar merantau ke kuala lumpur dan selangor.

Macam saya pula, ibu bapa saya memang anak jati johor, walaupun saya ni merantau dari dalam perut lagi, lahir di sarawak, banyak membesar di selangor dan kuala lumpur, tapi lepas bapa saya bersara tentera, mereka kekal menetap di johor manakala saya tetap terus merantau di selangor.

Merantau jauh-jauh, akhirnya dapat jodoh orang senegeri walaupun berkenalan di selangor. sweet tak kisah percintaan saya dan isteri saya? ngahahaha. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 200 times, 4,598,698)

Hari ini dalam sejarah : 3 Januari 1946 – PENUBUHAN PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG DI JOHOR

Tarikh Peristiwa:  3.1.1946(sumber)

malayan union

 

Pada hari ini dalam tahun 1946, sebuah Kesatuan Melayu telah ditubuhkan dengan nama Pergerakan Melayu Semenangjung di Johor. Penubuhan pergerakan itu adalah hasil dari persetujuan yang telah dicapai oleh 8 buah Persatuan Melayu di seluruh negeri Johor.  Pergerakan Melayu Semenanjung itu dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar dengan tujuan untuk menggerakkan seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dalam usaha menentang Malayan Union.Ekoran itu, satu perhimpunan Kongres Melayu Se Tanah Melayu (Se Malaya) yang dihadiri oleh para wakil 41 buah Pertubuhan Melayu seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah  persatuan yang lebih besar yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ‘United Malays National Organization’ (UMNO) di persidangan kongres ke 3 iaitu pada 11 dan 12 Mei 1946, di Istana Besar, Johor Baharu. 

Hasil carian :

(Visited 92 times, 4,598,698)

Hari ini dalam sejarah : 31 Disember 1958 – JOHOR DIISYTIHARKAN SEBAGAI ‘KAWASAN PUTIH’

Tarikh peristiwa : 31.12.1958(sumber)

askar lama

Pada hari ini dalam tahun 1958, seluruh negeri Johor telah diisytiharkan sebagai ‘Kawasan Putih’. Pengisytiharan ini telah dibuat oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, yang mewakili Sultan Johor di satu upacara perbarisan pasukan-pasukan keselamatan di Johor Bharu. ‘Kawasan Hitam’ yang terakhir di negeri Johor yang diisytiharkan sebagai kawasan putih ialah Daerah Kota Tinggi. Pasukan-pasukan keselamatan yang mengambil bahagian diperbarisan ialah pasukan polis, homeguard, pasukan gurkah dan juga pasukan Angkatan Laut Diraja Malaya. Pada masa darurat diisytiharkan, terdapat lebih 1200 orang pengganas komunis mengancam keselamatan di beberapa daerah di Johor. Satu operasi yang dipanggil ‘Operasi Badak’ telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan. Operasi ini telah berjaya menghapuskan sebahagian besar pengganas komunis. Ramai daripada mereka telah keluar menyerah diri terutama di kawasan Johor Utara dan tengah. Penyerahan diri yang besar telah berlaku berikutan dengan penyerahan diri seorang pemimpin kanan pengganas persekutuan Tanah Melayu iaitu Hor Long di Segamat. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Operasi Badak, Ungku Mohsin bin Mohamad telah mengalu-alukan pengisytiharan Johor sebagai kawasan putih bersih daripada ancaman dan keganasan pengganas komunis. Beliau menganggap pengisytiharan tersebut sebagai berita yang menggembirakan menjelang tahun baru. Ianya juga memberi makna yang besar kepada negeri Johor yang telah mengalami keadaan darurat yang begitu panjang dan menerima ancaman yang buruk sekali di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pengisytiharan ini, Undang-Undang Darurat seperti sekatan-sekatan keatas bahan-bahan makanan, bekalan-bekalan penting dan perintah berkurung dihapuskan. Sebelum Johor diisytiharkan ‘Kawasan Putih’ beberapa kawasan dan negeri di Persekutuan Tanah Melayu telahpun diisytiharkan sebagai ‘Kawasan Putih’ seperti Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sabak Bernam.

Hasil carian :

(Visited 154 times, 4,598,698)

Hari ini dalam sejarah – 30 Disember 1963

Pada hari ini 30.12.1963, Menteri Pelajaran Kapten Abdul Hamid Khan mengumumkan rancangan-rancangan baru bagi Kementerian Pelajaran.

Rancangan-rancangan itu bertujuan untuk memaju dan meninggikan taraf pelajaran di seluruh Malaysia. Di antara rancangan-rancangan yang diumumkan ialah:-

1.     Akan memulakan sebuah Maktab Perguruan di Johor bagi menggantikan Maktab Brinsford Lodge di United Kingdom. Langkah itu diambil berikutan dengan penutupan maktab tersebut yang selama ini menampung keperluan pelajar-pelajar Malaysia dalam latihan perguruan.

2.     Menubuhkan sebuah bilik gerakan Bahasa Kebangsaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tindakan itu adalah untuk menentukan sejauh manakah Bahasa Kebangsaan digunakan dalam urusan rasmi semua jabatan kerajaan dan juga orang awam. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan Bahasa Kebangsaan di negara ini.

3.     Kementerian juga merancang untuk mendirikan sekolah ‘Lanjutan Kampung’ untuk semua murid di tiap-tiap negeri. Untuk pertama kalinya empat buah sekolah seumpama itu akan dibuka pada permulaan tahun 1964.

Sesungguhnya rancangan-rancangan yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran pada hari ini dalam tahun 1963, ini adalah selaras dengan usaha memajukan perkembangan pelajaran di negara ini.

(Visited 29 times, 4,598,698)