Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Saya nak mengucapkan Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014 dengan harapan tahun 2015 ni kehidupan saya dan orang disekeliling saya akan jauh lebih baik dari 2014 yang penuh suka dan duka (banyak duka dari suka sebenarnya)

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Gambar kat atas ni saya buat sempena entri Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014 ni, satu hari jugaklah nak buat 3d yang simple ni, nampak macam senang. Tapi tak semudah itu sebab saya belajar sendiri je buat 3d guna photoshop.

domain murah

(Visited 140,855 times, 4,593,912)

Tapi susah tak beerti mustahil, sanggup ke tak sanggup je. Update entri ni adalah perkara yang saya buat sambil saya menyiapkan ebook pertama saya.

Itu pun satu perkara yang susah jugak, patutlah sangat tak banyak orang sanggup buat ebook macam yang saya buat ni. Target nak siapkan menjelang krismas hari tu tak tercapai kerana saya sangat pentingkan isi kandungan ebook ni

Tambah-tambah yang sangat detail macam isi kandungan ebook saya ni. ebook apa? yang tu kenalah rajin singgah ke blog saya ni.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,549 times, 4,593,912)

Apa yang pasti, ebook ni akan banyak membantu ramai orang, terutama orang yang menggunakan komputer dan internet khususnya untuk berniaga atau memaparkan sesuatu.

Antara target orang yang bakal mendapatkan ebook saya ni seperti blogger, mereka yang buat pemasaran internet, peniaga online dan offline, penulis buku, tak kira penulis buku fizikal atau ebook, dan ramai lagi.

Selain dari ebook, dalam pada masa yang sama, saya tengah siapkan blog-blog yang lain.

Dan projek besar yang saya nak siapkan dalam masa terdekat adalah forum jana wang. Forum tu dah dibuka, tapi terlalu banyak nak di tambah baik. terutama sekali nak mencari calon moderator… klu sape nak jawatan tu sila bagitahu saya

forum jana wang

 

Kalau siapa yang ada buat bisnes atau perkhidmatan apa-apa sekali pun, saya jemput masuk ke forum jana wang tu, daftarkan diri, kenalkan diri di kategori yang sesuai dengan korang.

Kalau kategori korang tak ada, korang boleh kenalkan diri di ruangan salam perkenalan, dan gunakan contoh format perkenalkan diri untuk memperkenalkan diri.

Forum janawang ni disasarkan untuk semua jenis perniagaan di malaysia, target saya satu hari nanti, semua peniaga dan usahawan, khususnya bumiputera boleh berkongsi maklumat perniagaan antara satu sama lain.

Dan paling penting sekali, dapat membantu menaikkan perniagaan antara satu sama lain, jadi satu hari, tak hairan kalau orang boleh hantar laptop rosak ke kedai tayar, sebab tokei kedai tayar ada rangkaian perniagaan, dan dia boleh tolong pelanggan dia hantarkan laptop rosak tu ke kedai kawan-kawan dia.

Semoga 2015 akan jadi tahun yang lebih baik dari 2014.

Hasil carian :

(Visited 91 times, 4,593,912)