apa itu sex?

Apa itu sex?
HANYA UNTUK SANTAI:

apa itu sex

Alkisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..
Mummy, mummy? sex itu apa mi??.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akan arus kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dengan konsep pendidikan seksual yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan
diselitkan juga dengan kisah percintaan antara dirinya dan suaminya dari zaman universiti lagi sehinggalah kepada kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu..

Selepas begitu panjang lebar dan teliti memberikan jawapan, secara tiba-tiba si anak menangis teresak-esk.. Si ibu kehairanan dan bertanya mengapa dia bersikap seperti itu.

Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni?seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME: ………………..
SEX: ………………..
Class: ………………..
Subject: ………………..

(Visited 63 times, 4,595,150)