Beza WordPress.com dan WordPress.org

Beza WordPress.com dan WordPress.org

Apa beza WordPress.com dan WordPress.org ? Nampak macam sama, wordpress juga, tapi ada beza antara wordpress.com dengan wordpress.org yang kebanyakkan orang tak tahu. Terutama pengguna blog wordpress.com sendiri.

beza wordpress.com dan wordpress.org

Alah, saya dulu pon tak tahu juga beza wordpress.com dan wordpress.org, agak lama saya guna wordpress, tapi saya tak tahu yang wordpress ada 2 identiti berbeza iaiatu wordpress.org dan wordpress.com.

Biar saya terangkan sikit apa itu wordpress.com dan apa itu wordpress.org. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 78 times, 4,595,401)

Pengalaman berblogging Alongxp

Ok, hari ni saya nak cerita pengalaman berblogging saya, saya mula cipta sebuah blog dari tahun 2006, menggunakan platform blogger atau orang biasa sebut blogspot. Masa tu tengah belajar kat politeknik muadzam shah, pahang.  Masa tu duduk-duduk kat cc, dah siap buat assignment, masa tu nak tunggu member yang lain siap, dan masa yang saya booking pon ada lagi, saya cuba-cuba lah godek blogspot, tak ingat pulak memang dari mula ke blog tu saya guna alongxp atau saya pernah tukar, sebab nama alongxp pon muncul masa saya kat politeknik lagi.

Macam mana pulak saya boleh terjebak dengan wordpress? macam mana pulak saya boleh guna webhosting atau selfhosting? Ceritanya lebih kurang macam nilah, masa awal-awal saya masuk kerja, bos saya tak tahu nak bagi kerja apa kat saya, memandangkan jawatan saya tu masih baru di daerah tu. saya antara yang terawal ditempatkan kat daerah ni. sampai sekarang, saya yang paling lama dok kat daerah ni dengan jawatan ni, kawan-kawan yang lain majoritinya dah pindah ke daerah lain.

Bos saya masa tu tanya saya, kalau saya boleh manage laman web, dan kasi kemas sikit. Saya ni lulusan sijil teknologi maklumat politeknik je. Masa saya belajar dulu, kalau bab laman web,kitorang belajar setakat html ngan css je… tu pon cam pengenalan. Lagi satu, web server(kot), IIS dengan APACHE. tu pon memasing blur-blur. saya yang pakar ‘goreng’ dalam kelas tu pon tak tau nak goreng apa pasal apache tu.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,553 times, 4,595,401)

So bila bos suruh saya buat apa yang patut, saya buat-buat lah apa yang patut, laman web tu guna joomla… apa benda joomla ni? saya tertanya-tanya, beberapa hari gak la saya try godek benda alah joomla tu. alah bisa tegal biasa, memula susah, pastu dah faham, dah senang dah. saya try pulak godek-godek theme, dia guna php, apa benda pulak php ni? itulah yang timbul bila mula-mula ternampak php tu. Tapi, yelah, php dalam koding html, cuma extension dia kenalah php. jadi saya godek mana yang saya faham jelah, jadi jugak.

Masalah saya, saya cepat bosan, bila dah pandai buat sesuatu, saya akan bosan, dan saya akan cuba dogek lebih mendalam lagi. Lagi saya godek, lagi banyak saya nak tahu. Guna shared hosting, lepastu duduk subdomain bawah orang lain pulak tu, buatkan saya jadi lagi tak puas nak menjelajah joomla ni, saya korek sana, saya korek sini. Saya jumpa tutorial, dia ajar pasal webhosting, dan saya cuba dengan 000webhost, ok… saya nekad nak beli 1 webhosting. saya beli dengan datakl dan domain kakicandid.com.

Memula saya ada la masukkan dan try macam-macam dengan kakicandid.com tu, saya masukkan joomla, tapi saya masih lagi guna blog yang blogspot tu, sampailah satu hari saya ternampak blog kawan saya ni, dia guna wordpress, jadi saya install wordpress dalam satu direktori dalam kakicandid.com dan jadilah kakicandid.com/blog , masa tu tak pandai lagi pasal subdomain ape jadah ni semua.

kakicandid.com/blog yang patutnya jadi benda yang ke dua penting, dah jadi benda utama dah, kakicandid.com yang patutnya jadi utama makin lama makin ke laut.

Antara tahun yang paling saya pasif dalam dunia blogging adalah pada tahun 2007, rasa macam tak ada post, 2008, saya ingat, saya ada post, yang paling saya ingat saya post, adalah post saya jatuh motor, sebab tu lah pertama kali saya jatuh motor.

2009, saya ada gak update blog masa guna domain kakicandid.com/blog. Tapi masa tu tak reti lagi blogwalking.

2010 dah mula pandai nak blogwalking, tapi banyak kat shoutbox, sebab kat situ je senang nak droplink tanpa baca entri orang.masa tu tak tau pon pasal page rank la alexa ape semua ni. SEO? memang sangat ke laut.

Oleh kerana saya banyak menggunakan Alongxp bila blogwalking ke apa semua, satu hari saya nekad nak guna domain alongxp.com ni, saya terus aktif berblogging menggunakan nama alongxp.com ni.Sepanjang pengalaman berblogging saya, pencapaian tertinggi bagi trafik blog ni yang dapat direkodkan adalah 16,498 pageviews sehari.

pageview tertinggi alongxp

macam yang saya nyatakan, yang dapat direkodkan,  sebelum pembekal hosting mintak saya disablekan beberapa plugin termasuk plugin stat tu sebab trafik mencanak sangat sampai hampir-hampir buat server diorang crash hahaha… kalau tak salah saya trafik masa tu mencecah 32 ribu uv gakla… punca utama trafik naik mendadak masa tu salah satunya kerana entri ni rnr seremban

2011 dan 2012, dah mula blogwalking, tapi jarang-jarang, seo masih lagi ke laut.

domain murah

(Visited 140,858 times, 4,595,401)

2013 dah mula nak serius gile dengan blogging, pengalaman berblogging saya makin menebal, seo dah mula pandai nak tackle, alhamdulillah, saya dikurniakan dengan kebolehan fast learner, dalam masa beberapa bulan, trafik dari enjin carian atau search enjin dah masuk mencanak, kiranya… kalau tak update blog pon, trafik masih agak melegakan

Dulu nak buat satu entri dengan 300 patah perkataan tu cukup susah, cukup hazab siksa, tapi bila dah banyak kali cuba, banyakkan membaca, banyakkan blogwalking, setakat 300 patah perkataan tu macam makan kerepek je (banting ni popular ngan kerepek tau?)

Masa lapang? orang lain masa lapang ada yang main game, saya main game bila saya dah stuck, penat, otak dah tepu. Saya tak ada banyak masa lapang, tidur pon tak cukup, kebanyakkan masa saya adalah untuk cari duit… minyak baru je naik 20 sen lagi, sakit disebabkan kenaikan yang sebelum ni pon belum baik lagi, tambah sakit lagi. Masa lapang yang tak berapa nak lapang saya hanyalah untuk keluarga saya.

Walaupun sekarang ni minyak dah turun, tapi harga barang tak turun, ni tak lama lagi nak gst, gerenti ramai akan ambil kesempatan. tapi kita tengok jelah…

So, walaupun secara kasarnya, pengalaman berblogging hampir 10 tahun, saya rasa saya masih lagi blogger picisan, 2015 ni saya target nak menambah baik blog saya ni terutama bahagian seo. sebab tu, nak kumpul duit nak beli kitab soe merah jambu ni.

Hasil carian :

(Visited 27 times, 4,595,401)

satu lagi blog baru

kalau siapa yang perasan tu akan perasan lah, kalau siapa yang tak perasan tu saya nak bagi tahu yang saya ada satu lagi blog baru iaitu blog.alongxp.my

sebenarnya bukan satu je blog yang baru saya buat, masa saya setup blog baru ni, saya setup lagi 4 blog, campur blog yang saya nak tonjolkan ni, total saya ada 5 blog baru, menjadikan jumlah blog saya 9 blog saya.

sembilan blog? gila tak? yup… memang gila… macam mana saya uruskan masa nak handle 9 blog, well… kenalah belajar uruskan masa, panduannya kat sini. pengurusan masa secara efektif.

pengurusan masa efektif ni sangat berguna kepada semua orang pada zaman ‘bapak mahal harga barang’ ni. terutama yang buat part time blogger macam saya.

tambah penting benda ni kalau korang ni ibu bapa, macam mana nak didik anak, sambil jana pendapatan dari rumah dengan pengurusan masa yang betul. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 18 times, 4,595,401)

Susah ke buat laman web?

Susah ke buat laman web ? tanya seorang rakan tempat kerja saya kat saya beberapa bulan lepas masa saya cerita saya sibuk dengan beberapa projek nak siapkan laman web. Saya pon tak tahu nak jawab macam mana.

Sebab benda yang susah pada saya, kadang-kadang adalah benda yang senang pada orang lain, kadang-kadang memang susah pada orang lain, tapi yang pasti, yang senang pada saya biasanya susah pada orang lain. haha… sampai ada seorang kakak ni cakap “benda yang susah yang dia reti, buat, kalau benda senang tu yang nanti dia tension”

Kenapa dia cakap camtu? sebab masa tu dia mintak saya tengokkan border dalam word, saya cakap la “akak macam la tak kenal saya ni, microsoft office kan saya fail”, pastu sorg lagi akak bersuara “ai, buat laman web yang susah tu ko pandai, microsoft office ko gagal?” tu yang akak tu jawab “benda yang susah yang dia reti, buat, kalau benda senang tu yang dia tension” Continue reading

Hasil carian :

(Visited 112 times, 4,595,401)