Menulis jurnal harian

Menulis jurnal harian

Menulis jurnal harian dah menjadi satu kewajipan sejak terjebak dengan perempuan ni dalam keseriusan menulis tangan.

Tambahan pula, dalam nak menyiapkan entri tulisan tangan yang pertama yang saya nak terbitkan dalam blog saya ni, saya dapat maklumat yang orang-orang bijak biasanya menulis jurnal harian.

menulis jurnal harian alongxp

Apa itu jurnal harian? dan apa beza jurnal dengan diari? Itu saya akan kongsikan bila sampai masanya nanti. Buat masa ni saya nak cerita pasal saya menulis jurnal harian.

Apa yang saya nak cerita? Sebelum ni saya pernah cakap yang saya ada banyak blog dan laman web yang saya uruskan. Masa tu cita-cita, harapan, keinginan dan angan-angan saya banyak, besar dan menggunung.

Dan dalam blog tu saya nyatakan tentang blog.alongxp.my, yang saya rancang nak gunakan untuk ekperimen seo. Tapi hakikatnya, kadang-kadang memikirkan tentang seo boleh buat saya jadi stress, seronok tapi stress…

Seronoknya sebab dapat banyak trafik dari search engine, tak seronoknya sebab terlalu memikirkan keyword, struktur, jumlah perkataan, dan sebagainya.

Kadang-kadang saya nak menulis secara santai, seolah-olah saya duduk di tepi padang, duduk termenung, bermonolog, dan menulis jurnal harian tanpa memikirkan perkara-perkara teknikal dan lain-lain.

Jadi fikir-fikir balik, saya nak buat blog tu satu laman web jurnal saya je. Itu pun kalau saya rajin nak taip.

Lepas baca entri teknik meningkatkan IQ yang di kongsikan pendekar laut, dan beberapa sumber tentang kelebihan menulis jurnal harian, saya makin semangat nak menulis setiap hari.

Dan antara kelebihan menulis jurnal harian yang saya nampak adalah, saya dah makin kurang memaksa otak untuk mengingati sesuatu perkara yang dah lepas, seterusnya mengurangkan masalah pelupa yang saya hadapi.

kerana kurangnya beban memori, maksudnya macam ni, untuk mengelakkan saya terlupa sesuatu perkara, saya kena sentiasa mainkan benda tu dalam kepala berulang kali macam dalam cerita labu dan labi dok ulang nak cari kayu… nak cari kayu

nak cari kayu labu dan labiLepastu terlanggar batu terus lupa… hehehe

Jurnal ni juga boleh membantu banyak benda, andai kata terjadi apa-apa, jurnal ni boleh membantu.

Contohnya andai kata tiba-tiba terjadi pada kita, macam tiba-tiba hilang ingatan ke, dibunuh ke apa ke, benda ni boleh membantu banyak.

Boleh membantu diri kita sendiri, pihak berkuasa dan pihak yang boleh membantu kita, macam waris kita ke.

Kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang kan?

 

Hasil carian :

(Visited 89 times, 4,593,911)