Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension

Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension

Pergh… gile seram cerita Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension ni, akan keluar pada 29 oktober 2015 ni, kalau tengok kat trailer dia lah.

Paranormal Activity 5 The Ghost Dimension (2015)

Dulu saya pon suka juga tengok cerita hantu macam cerita Paranormal Activity ni, tapi bila dah makin banyak umur ni, rasa cam tak best pulak, adrenalin yang terhasil tu rasa macam overdose pulak.

Elok-elok tak sakit jantung kang, jadi sakit jantung pulak. Cukuplah dengan penyakit yang dah ada ni.

Kalau korang nak tengok Trailer Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension ni, korang boleh klik SINI

Hasil carian :

(Visited 160 times, 4,593,914)

Pengalaman jumpa hantu seumur hidup

Pengalaman jumpa hantu seumur hidup

Pengalaman jumpa hantu seumur hidup siapa? saya ke? saya terasa nak buat entri jumpa hantu seumur hidup ni bila baca satu entri kat blog diana rashid.

Tajuk entri dia mitos 5 cara melihat hantu, kalau saya nak komen betul-betul dalam tu nanti panjang berjela pulak, jadi saya buat satu entri pasal pengalaman jumpa hantu seumur hidup ni.

kalau nak cerita pengalaman jumpa hantu seumur hidup saya,sekali je la kot, tu pun kalau nak di definasikan benda tu sebagai hantu, sebab pada saya, saya tak sanggup panggil benda tu hantu.

Sebab pada saya, kalau hantu, saya bayangkan rupa dia menakutkan, macam cerita-cerita hantu dalam filem atau drama. Tak kisahlah cerita hantu jepun ke, cerita hantu melayu ke, cerita hantu korea ke, cerita hantu indon atau cerita hantu omputih.

Ok… Jap lagi saya sambung cerita pengalaman saya jumpa hantu tu. Saya nak cerita kisah kawan-kawan saya yang jumpa hantu yang ada kaitan sikit dengan saya.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,549 times, 4,593,914)

Cerita pertama, cerita bekas housemate saya masa saya tinggal di bandar sri damansara. Nama kawan saya tu raiz, budak penang.

Ceritanya, kami tinggil di apartment tingkat 11, apartment tu pulak atas bukit, selama setahun kami tinggal kat rumah tu, tak pernah ada nyamuk, ubat nyamuk yang saya beli di kluang tu tak pernah diusik sebab rumah tu tak ada nyamuk. Tapi malam tu nyamuk banyak pulak.

Malam tu saya terjaga, saya rasa nyamuk banyak, saya bangun dari tilam yang saya baring di ruang tamu tu(orang bujang kan biasa tidur ramai-ramai kat ruang tamu). Pergi kebilik,cari ubat nyamuk… Jumpa…

Cari lighter dalam bilik, tak jumpa… Saya pergi ke ruang tamu,cari lighter kat meja komputer,jumpa…
Masa tu saya tak perasan kedudukan kerusi yang dekat dengan meja komputer tu. Lepas bakar ubat nyamuk,saya sambung tidur, tapi di bilik.

Esoknya si raiz mula buka cerita.

Raiz: beb… Malam tadi aku jumpa hantu.

Saya: kat mana?

Raiz: kat sini, kat ruang tamu ni la.. Ko perasan tak malam td banyak nyamuk?

Saya: aah… Padahal selama ni takde kan?

Raiz:tula pasal… Malam tadi banyak nyamuk, pastu aku tersedar, tengok ada pompuan dok kat kerusi tu(dia tunjuk kerusi untuk meja komputer yang masa tu terletak sebelah tingkap,mengahadap ke katil si raiz).

Saya:masa tu aku ada kat sini lagi tak?(sambil tunjuk ke arah tilam saya yang terletak atas lantai tu)

Raiz: adee… ko tidur sebelah dia. (maknanya kerusi yang hantu tu duduk terletak sebelah tilam yang saya tidur, bukan saya meniduri hantu tu ok…)

Saya:ko nampak rupa hantu tu?

Raiz: tak nampak muka dia, sebab dia tunduk sikit, rambut dia panjang, tutup muka dia

Saya: hantu tu rambut panjang,tunduk,rambut tutup muka, baju panjang warna putih sampai bawah lutut e? pastu tangan dia letak kat lutut e?

Raiz: aah… macam mana ko tau?

Saya: owh… hantu tu popular, banyak filem, buku, gambar rupa hantu macam tu…

domain murah

(Visited 140,855 times, 4,593,914)

Tu cerita pengalaman jumpa hantu pertama, cerita kedua pula , pasal kawan saya si andi abdul ghani a.k.a adul yang saya selalu cerita dalam entri yang berkaitan dengan sabah sebelum ni.

Pada suatu malam yang tak berapa seram, saya dan raiz dapat tahu yang si adul ni dapat duit tunggakan loan dia. Jadi kami nak suruh dia belanja kami makan malam tu.

Dek kerana itu, dia sengaja main menyorok-menyorokla dengan kami, dia menyorok kat tangga, kebetulan, masa dia jengah nak tengok kami ni dah blah ke belum, saya ternampak dia, maka dapatlah kami tangkap dia.

Masa tu gelak-gelak lagi, dalam lif dia dah mula senyap, sampai kat tingkat bawah, dia senyap, dalam perjalanan ke kedai mamak tu saya tanya dia, dia ok ke tak, dia jawab macam nak tak nak dengan jawapan “ok”.

Sampai kat kedai mamak, mula-mula dia senyap gak. Tapi bila kawan-kawan kami dari rumah lain datang, ada pulak kawan sebelah dengan kampung si adul ni, dia dah mula boleh nak ketawa.

Balik dari kedai mamak, dalam perjalanan balik, dalam nada suara yang rendah, dia mula buka cerita.

Adul: beb, ko ingat tak tadi ko nampak aku kat tangga tadi?

Saya: aah… kenapa?

Adul: Sebelum ko nampak aku tu, aku duduk kat tangga tu sorang-sorang, kat tengah-tengah. Lepas tu macam ada orang buat bunyi pist kat belakang aku, macam bagi signal la dia nak lalu, aku ketepi sikit, lepas tu ada angin lalu kat sebelah aku seolah-olah ada kelibat orang lalu, laju gak la, tapi aku tak nampak pon orang lalu, cuma angin je.

Saya: Ooooo… tu yang ko senyap je dari tadi?

Adul: Aah… aku jadi takut la bila fikir balik.

Saya: Masa benda tu lalu ko tak rasa takut?

Adul: Mula-mula tadi aku tak rasa takut sebab aku tak fikir apa-apa, tapi bila fikir-fikir balik, takut pulak aku.

So cerita si adul ni saya tak tahu nak kata pengalaman jumpa hantu ke macam mana.

Cerita pengalaman jumpa hantu ke tiga pula, cerita si din, kiranya junior kitorang lah sebab dia masuk kolej, lepas kitorang dah masuk sem 2.

Masa dia “jumpa hantu” tu, dia ni baru je lagi masuk ke rumah yang kami sewa tu. tak sampai seminggu pon lagi.

Pada suatu malam yang sunyi, masa tu din duduk kat rumah seorang diri, nak study kononnya, saya, adul dan raiz keluar mencari makanan dan lain-lain.

Rumah yang kami sewa tu ada 3 bilik, bilik din di bilik ketiga, bilik saya, adul dan raiz di bilik ke 2 dan bilik pertama, si raiz letak komputer dia, mungkin lepas tragedi hantu duduk kat kerusi tadi, dia alihkan komputer tu.

Ceritanya, masa si din berjalan ke arah bilik dia dari ruang tamu, dia lalu depan bilik pertama, iaitu bilik komputer, dan kata dia, dia ternampak ada bayang kepala kat tepi tingkap bilik tu. Bila dia patah balik nak conformkan apa yang dia nampak, tak ada apa-apa pulak.

Dalam setiap cerita ni, ada 1 persamaan di sebalik perbazaan yang anda baca tentang pengalaman jumpa hantu mereka bertiga tu. iaitu, setiap dari diorang ni akan cerita pengalaman diorang tu kepada saya secara rahsia, maknanya, raiz cerita dengan saya tentang pengalaman jumpa hantu yang dia lalui, adul tak tahu, adul cerita dengan saya, raiz tak tahu, din cerita dengan saya, raiz dan adul tak tahu.

Saya sambung cerita saya dari perenggan ke 5 tadi. Cerita ni terjadi masa saya tingkatan 3, masa tu ada kem motivasi pmr, di sebuah tempat di kluang, johor.

Masa tu waktu subuh, masa tu saya tengah ambil wuduk di surau tempat tu. Siap ambil wuduk, saya berdiri dan pandang ke arah pokok-pokok di depan saya.

pengalaman jumpa hantu seumur hidup

Harap korang faham lah gambar yang saya tunjuk tu, saya di pandang “seorang” yang pakai jubah putih, serban putih dan ada macam kain di sangkut di belakang leher dia ke depan dada, berjalan… dari pokok yang paling kiri macam yang saya tunjuk dalam rajah di atas, sampailah ke pokok yang paling kanan macam dalam rajah diatas.

Lepas tu saya tak nampak dah, jadi saya andaikan yang dia pergi ke jalan disebalik pokok tu. Tapi lepas tu, saya naik tangga, saya tak nampak kelibat “orang” berjubah putih tu. sedangkan baru tak sampai seminit saya tak nampak dia lalu melepasi pokok tu.

Tapi apa yang lebih menghairankan adalah bila saya google gambar hantu, gambar ni pon ada.

hantu seksi

acaner tu? ape kaitan gambar ni dengan pengalaman jumpa hantu?

 

Hasil carian :

(Visited 873 times, 4,593,914)

Kak Pon…pon pon…

haha…bukan kak PONdan k?ni kak PONti atau nama penuhnya PONtianak…

(image sedut dari google…safesearch moderate,tp elok korg jgn klik la wlaupon da safesearch pon…hahaha)

ok,td aku bace post kat redmummy.com psl pontianak bertenggek yang dihantar nazim, memula aku ingatkan penghantar post tu pompuan,lelaki rupenye…korg leh klik kat pontianak bertenggek tu untuk tau cerita die, ni aku nk cerita psl cerita dpd aku sendiri n kawan aku,tp yg aku punye cerita xla menyeramkan sangat… Continue reading

Hasil carian :

(Visited 100 times, 4,593,914)