arak dan ganja menghancurkan hidup the golden radio voice

Entri kali ni saya nak kongsikan macam mana arak dan ganja menghancurkan hidup the golden radio voice ni… Cerita ni mungkin dah lama… dah lapuk.. orang ni pun entah ada lagi ke tidak… 1st time saya tengok video mamat the golden radio voice ni pon entah berapa tahun yang lepas… tapi masa tu tengok, setakat tengok jelah… tapi hari ni… dok mencari gambar lama SAM Unwanus Saadah. terjumpa la blog chedin ni…

Ted Williams

Nama owner suara emas ni adalah Ted Williams… memetik dari blog chedin Kelebihan Ted Williams ialah beliau memiliki suara bariton iaitu suara yang mempunyai range yang lebih tinggi daripada bass dan lebih rendah berbanding tenor. Beliau memiliki suara yang dalam dan tegas yang amat enak didengar ketika ia berbicara dengan intonasi pembawa berita. Maka, tidak hairanlah beliau mendapat jolokan ‘The Golden Radio Voice’. Perkataan Bariton (baritone atau barytone) ini berasal daripada istilah Greek βαρυτονος, yang bermaksud “suara yang dalam”. Muzik untuk suara ini biasanya ditulis dalam lingkungan A kedua di bawah C tengah hingga ke F di atas C tengah (A2-F4), namun bergantung kepada sesetengah keadaan, nota itu boleh dilanjutkan hingga ke akhir.

 

 

Sedap kan suara dia? dia ni pernah jadi dj, masa tu teknologi takde la canggih sangat, adjust suara tu bukan suatu benda yang mudah… tak macam skrg… so suara camni memang satu bonus besar… dia pernah merasa zaman kegemilangan. tapi tulah… arak dan ganja ni… layan benda ni.. hancur segala2nya… dari seorang yang kaya, jadi homeless.

 

 

Banyak cerita menarik dalam blog chedin tu… tapi tak ramai follower.. kenapa? sebab dia tak buat GA kot, sbb die tak join segmen kot, sebab dia tak follow balik follower die kot… walaupun entri dia banyak yang menarik… aaahhh.. ada apa dengan follower? follower blog saya setakat 30 lebih je pon.. tapi boleh gakla dapat trafik beratus2 sehari.. bolehla cecah 15 ke 20k uv sebulan… biarlah tu… saya lebih suka melepak lama kat blog camni dpd blog yg tunjuk muka bontot itik, muka penyek, muka kembang apa semua tu… nanti2 kalau nk cari apa2 info, kat blog cam blog chedin tula yang kita akan jumpa info, bukan kat blog yg ada muka penyek. biarlah…

Hasil carian :

(Visited 33 times, 4,600,177)