Gasket head terbakar, hari raya dah dekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca alongxp.com. Yup, itulah yang terjadi, gasket head terbakar dikala hari raya dah dekat.

Kali terakhir saya rasa nak menangis sangat bila mengenangkan raya dah dekat adalah pada tahun 2009. Siapa yang kenal saya dengan sangat rapat, dia tahu lah kenapa.

Tapi selepas 7 tahun, sekali lagi saya nak menangis bila mengenangkan gasket head terbakar.

Ok, ni cerita pasal enjin kereta la, kot sape yang tak faham hujung pangkal amende gasket head tu kan? Gasket head ni kira macam pelapik yang sangat penting antara head dan block macam ditunjukkan dalam rajah kat bawah ni.

gasket headSebagai seorang juruteknik komputer, saya tak tahu fungsi gasket head ni yang sebenar-benarnya. Saya cuma tahu, antara simptom gasket head terbakar adalah termperature akan rajin naik.

Tapi hasil bacaan saya dan lepas berbual dengan sorang jiran yang pernah kerja sebagai foreman atau mekanik, ada beberapa akibat yang akan berlaku. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 204 times, 4,593,160)