Kenapa orang suka cerita korea

Dulu aku tak faham apsal orang suke sangat dengan cerita korea ni… masa aku blaja kat poli la start tau pasal cerita korea ni… sorang classmate aku ni suka sangat cerita korea la cerita jepunla.. aku tak amek port sangatla benda-benda tu semua… pastu masa aku lepas bercerai.. aku rapat ngan geng2 ft17 kuala langat yang aku kenal atau mula rapat masa kursus induksi kat pangkor, sorang mamat ni suke sangat layan cerita – cerita korea.. dia kata selalunya dia akan layan bila nak g jumpe awek dia(sekarang dah jadi bini dia), dia kata cerita korea tu akan menaikkan rasa sayang dia kat awek dia… tp masa tu aku still tak layan lagi cerita korea ni.

induksi pangkor
lepas beberapa bulan geng2 ft17 kuala langat jadi aktif, selalu ada khidmat bantu… so aku makin rapatla ngan geng2 ft17 kuala langat ni… dan aku kenal sorg minah ni… dia pon kaki layan cerita korea n cerita jepun… masa tu selalu la tengok status ym die… die tengah download cerita korea ataupun download cerita jepun. Dia kata tetengah malam selalu kalau nak download cerita korea atau jepun… time tu laju mencanak-canak. Wlaupun aku agak minat ngan minah tu… tapi aku tak terjebak la nak tengok cerita korea ni… baik filem korea ke drama korea ke… download drama korea ke download filem korea ke download cerita jepun ke memang jauh sekali la… aku bukan jenis yang mudah terpengaruh hehe

ft17 kuala langat

p/s: awek tu xde lak dalam ni huhu

Tapi bila dah kawin ngan bini aku… lepas hampir setahun rasenye… dah mula terjebak dah… sebabnya aku ni bukan jenis tengok tv sangat. Apa yang dah terbukak… itulah yang aku hadap. Bini aku la yang suka sangat ngadap cerita-cerita orang mata sepet macam cerita cina(mandarin, hokkien, kantonis), cerita korea, cerita jepun… masa dia mengandungla yang bukan main rancak lagi… sekali dapat anak pon mata sepet

 baby harith

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,893)

Apa yang aku nampakla… apa yang buatkan orang suka sangat ngan cerita korea ni sebab cerita-cerita korea ni penuh ngan kasih sayang… cerita die adventure macam mana pon mesti penuh ngan perasaan kasih sayang… tak kira sama ada antara kekasih ke, suami isteri, adik beradik, mak bapak, anak beranak… even kasih sayang dan kesetiaan antara sahabat… tu yang paling menyerlah la aku tengok… mungkin sebab budak-budak zaman sekarang kurang dapat kasih sayang la aku rasa. Hero cerita korea ni pon kacak boleh tahan… aku yang lelaki hensem ni pon akui yang hero cerita korea ni hensem belaka. Heroin takyah cerita la… comel-comel… dah la aku suke benda yang comel-comel nih hehehe

pelakon korea

Antara perkara lain yang uniknya rancangan atau cerita korea ni adalah bab makan… makanan die nampak cam sedap-sedap je… diorang pon suka mendedahkan makanan-makanan diorang dalam rancangan-rancangan diorang. Paling popular adalah kimchi… berdasarkan info yang aku tau… diorang ada lebih 400 jenis kimchi. Sehari makan 1 jenis kimchi selama setahun pon tak habis lagi semua jenis kimchi nih…

banyak kimchi
Satu perkara yang menarik minat aku ngan cerita korea ni… diorg selamba je buat benda pelik-pelik… takdela pelik mana pon… tinggal lagi kat malaysia jarang ada benda-benda macam tu… contohnya cam rancangan human condition… misi-misi yang dibagi pada saya cukup bagus.. kite sedar benda tu tapi kita tak pernah nak ambil berat… contohnya misi dia kena hidup dengan hanya beberapa liter air… bila kena buat macam tu.. barulah diorg sedar yang selama ni banyak air dibazirkan macam tu je. Lagi satu misi kena hidup atas ehsan jiran-jiran… barula diorg perasan yang selama ni diorg tak pernah kenal pun jiran-jiran diorg. Barulah diorg tau siapa jiran-jiran diorang tu.

human condition
Banyak sebenarnya yang menarik pada cerita korea yang kita boleh guna tapi… satu masalah kita… kite terlalu risaukan pandangan orang… walhal benda tu bukan jadi satu kesalahan pon

Bukan blog tutorial – sekadar berkongsi pengalaman

(Visited 6,994 times, 4,598,893)

Hasil carian :

(Visited 857 times, 4,598,893)