Bila Dr.Mahathir dah berkata2…

Pagi ni bila aku sampai tempat keje, aku bukak surat khabar, selak satu persatu, then nampak gamba salah seorang orang yang aku kagumi, gamba Tun Dr.Mahathir, beliau menyampaikan hadiah pertandingan esei Nurturing The Minds Of Future Leader anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan MPH Bookstore Sdn Bhd kepada empat pemenang.

dr.mahathir

Dalam berita tu Tun berkata “Tindakan Amerika Syarikat tidak bertamadun,” apabila beliau mengulas tindakan Amerika tu.

 

Menurutnya, serangan yang dilakukan tentera negara berkenaan ke atas pemimpin kumpulan terbabit lebih bersifat balas dendam terhadap insiden yang berlaku pada 11 September 2001. “Tindakan menghantar satu pasukan (tentera) untuk membunuh orang, bukan cara untuk menguatkuasakan undang-undang. “Malah, masuk ke tempat itu (kediaman Osama) dengan dia pula tanpa sebarang senjata, kemudian mencampakkannya ke dalam laut, itu tindakan yang tidak bertamadun,” katanya.(berita penuh di metro)

Rasa cam terubat rasa panas hati ni bile ada org2 besar cam Tun yang tak menyokong tindakan Amerika, sebab ari tu aku terasa sedih gak la bila pemimpin2 negara Islam ramai yang menyokong atau gembira bila pemimpin Al-Qaeda tu dibunuh.

Bukan SEO yang aku keja, bukan nak cerita psl Osama Bin Laden, tapi aku kesal bila umat islam gembira bila saudara dia dibunuh, dibunuh depan anak sendiri, dengan menggunakan kumpulan paling elite, dalam keadaan tak bersenjata? Diorg gembira ngan keadaan cam tu?

sigh mengeluh sedih letih

{prtm}

(Visited 30 times, 4,597,341)