Download cerita baru

” Bro, download cerita baru “, “Apa cerita baru yang ada? dah download?”, “jap g aku dtg nak sedut movie baru-baru”.

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat blog alongxp.com, well… dialog-dialog kat atas tu adalah dialog atau pertanyaan kawan-kawan saya kepada saya.

Mereka mengharapkan yang saya ni rajin download cerita baru je. Bukan nak kata mereka membebankan saya, tidak sama sekali, cuma… saya ni bukan jenis yang follow cerita baru, terutama sekali cerita melayu. hehehehe.

Saya bukan jenis yang rajin tengok tv, bila remote ditangan saya, dan wife saya tengah tak fokus pada rancangan di tv, maka saya akan buka channel HBO, cinemax atau Fox. dan kebanyakkan cerita dalam tu semuanya bukanlah cerita baru, paling baru pun mungkin dah keluar 6 bulan sebelum tu.

Download cerita baru

download cerita baru

Selalu ko download cerita baru kat mana? Continue reading

Hasil carian :

(Visited 359 times, 4,600,384)

Terjebak dengan coc (clash of clans)

Terjebak dengan coc (clash of clans)

Terjebak dengan coc (clash of clans) juga saya akhirnya. Dari tahun lepas lagi ramai yang dah menghasut saya untuk main coc ni.

Tapi saya jenis orang yang tak suka sangat main game sebab pada saya ia sesuatu yang membuang masa saya,terutama game yang memerlukan komitmen macam clash of clans ni.

terjebak dengan coc

Sebab saya tak ada banyak masa, sebagai seorang blogger tegar,merangkap pembuat dan penyelenggara laman web, masa saya adalah untuk mencari idea untuk blog dan mencari ilmu yang boleh digunapakai dalam dunia webmastering.

Macam mana saya boleh terjebak dengan coc (clash of clans) ni? Continue reading

Hasil carian :

(Visited 697 times, 4,600,384)

Kawal komputer dari jauh guna teamviewer

Kawal komputer dari jauh guna teamviewer

Kawal komputer dari jauh guna teamviewer adalah satu cara yang paling efektif untuk menyelesaikan masalah komputer dari jauh.

Banyak orang yang tanya masalah komputer kepada saya, saya cadangkan mereka install teamviewer. Sangat ramai yang tak tahu apa benda teamviewer ni.

kawal komputer dari jauh guna teamviewer

Teamviewer ni adalah satu aplikasi untuk kita kawal komputer dari jauh, tak kiralah komputer tu guna sistem operasi windows, mac atau ubuntu.

Software teamviewer ni free je untuk pengguna biasa. Untuk pengguna windows, anda boleh download di sini, dan anda boleh pilih sama ada nak install atau runkan teamviewer tanpa perlu install.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,384)

Contohnya anda tak tahu nak masukkan kod iklan di blog, anda kurang faham dengan wordpress, atau baru berpindah dari blogspot ke wordpress.

Atau macam kes kebanyakkan klien saya sebelum ni, mereka dah beli domain dan tak tahu macam mana nak gunakan domain tu di blogspot mereka.

Biasanya saya minta mereka guna teamviewer supaya saya boleh kawal komputer dari jauh. Tanpa perlu tahu password mereka.

Ada seorang kawan saya, saya ajar dia format, dan setiap kali dia format komputer dia, teamviewer adalah benda awal yang dia akan install di laptop dia, supaya kalau ada apa masalah di laptop dia, akan minta saya kawal komputer dia tu dari jauh supaya dia nampak apa yang saya buat dan dia boleh belajar dari apa yang saya buat.

Dengan teamviewer ni, selain dari kawal komputer dari jauh, ada juga fungsi lain juga macam mesyuarat jarak jauh, tapi saya tak pernah pulak cuba guna sebab tak ada keperluan untuk buat mesyuarat jarak jauh lagi.

Kawal komputer dari jauh menggunakan teamviewer ni banyak sangat membantu saya, walaupun bunyi macam 1 fungsi je. Tapi macam-macam saya boleh buat dengan teamviewer tu.

Kadang-kadang masalah komputer yang ditanya tu taklah susah sangat nak diselesaikan, tapi dek kerana masalah komunikasi dan pemahaman teknikal yang berbeza membuatkan benda yang senang boleh jadi susah.

Jadi untuk memudahkan kedua-dua belah pihak, kawal komputer dari jauh guna teamviewer adalah antara cara yang paling baik.

Cara menggunakan teamviewer:

Tanpa install:

Setelah anda download software Teamviewer ni tadi, double click fail yang anda dah download tadi. Bila ianya dah dibuka, akan ada 2 pilihan, install atau run, pilih run dan tekan next

run teamviewer tanpa install

akan keluar kotak macam ni, tekan je yes

tekan yes

seterusnya keluar kotak licence agreement macam ni, tick pada kotak ” I accept the terms of the License Agreement ” dan tekan next. tunggu sekejap wahai kawan… kenara lepastu paparan macam ni akan keluar.

id dan password teamviewer

Nampak kan ID dan password tu? ok, yang tulah yang anda akan beri pada orang yang mintak id dan password untuk bantu anda menyelesaikan masalah pada komputer anda.

Bila anda dah bagi id dan password tu barulah mereka boleh kawal komputer dari jauh.

Cara kedua adalah install teamviewer di komputer anda:

Cara yang sama macam diatas, download dan double click fail yang anda dah download tadi. Bila ianya dah dibuka, akan ada 2 pilihan, install atau run, pilih install dan tekan next

install teamviewer

 

akan keluar kotak macam ni, tekan je yes

tekan yes

Paparan seterusnya adalah seperti ini

teamviewer personal use

 

Dimana kita akan pilih personal / non-commercial use.

license aggreement

Bila keluar kotak macam ni, klik kotak kosong supaya ada tanda tick menandakan kita telah setuju dengan terma yang ditetapkan dan bersetuju untuk menggunakan teamviewer hanya untuk penggunaan peribadi bukan untuk penggunaan komersil. Seterusnya tekan next.

Bila keluar paparan ni, anda ada pilihan sama ada untuk install dan tetapkan teamviewer terus start apabila windows start atau tidak.

setup teamviewer windows start

Kalau anda orang yang teramat sibuk dan pelupa macam saya, saya cadangkan pilih start automatically with windows. Tapi kalau anda bukan yang jenis pelupa, pilih je normal installation.

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,384)

Beza antara 2 pilihan ni adalah:

Normal installation: install perisian seperti biasa, seperti anda install perisian lain, anda akan runkan teamviewer hanya apabila anda perlukan. Anda akan copy dan paste dan berikan ID dan password teamviewer anda kepada orang yang akan mengawal komputer anda dari jauh.

Start automatically with windows: anda akan menetapkan dahulu password teamviewer anda, dan apabila windows start, anda boleh terus remote komputer anda dari mana sahaja anda berada, walaupun sebelum login.

Contoh yang saya pernah buat, oleh kerana tempat yang saya pergi mempunyai internet yang sangat slow dan banyak block, saya kawal komputer dirumah saya untuk meneruskan kerja saya yang hampir siap.

Nasib baik saya telah setkan supaya komputer tu on secara automatik tepat jam 8 pagi, jadi apabila jam loceng bunyi je pukul 8 pagi, komputer saya pon on. siap boot, sampai ke page kena masukkan password, saya yang berada beratus kilometer dari komputer tu tetap boleh masukkan password yang saya nak melalui teamviewer.

Part yang paling best adalah menakutkan orang, kalau orang tak tahu, mesti ingat diorang jumpa hantu guna komputer.

Mau tak? tetiba komputer hidup sendiri, tak ada orang depan komputer, tiba-tiba boleh masukkan password, bukak aplikasi pada komputer segala bagai.

Dengan teamviewer, kita boleh ambil fail dari komputer yang jauh tu masuk ke peranti yang kita guna untuk kawal komputer dari jauh tu.

Sambung balik proses tadi tu, yang mana pon anda pilih, tekan je next untuk paparan seterusnya.

set permission teamviewer

Kalau anda boleh nampak tanda macam ni di sebelah bawah, dalam dialog box teamviewer anda

teamviewer ready to connect

Maknanya komputer anda bersedia untuk di kawal dari jauh oleh mereka yang anda telah berikan ID dan password teamviewer anda.

Jadi kita anda memang bekerja dengan komputer, saya galakkan install natang teamviewer ni

Hasil carian :

(Visited 257 times, 4,600,384)