kes diseret 100 meter dalam tu!!

dari Harian metro 7 jun 2011:

SUNGAI PETANI: Akibat terlalu marah, kira-kira 100 lelaki menghalang polis menunda sebuah treler selepas kenderaan itu menggilis dan menyeret seorang wanita hingga hancur sebahagian tubuhnya dalam kemalangan berhampiran pekan Sungai Lalang dekat sini, malam kelmarin.

Kekalutan itu bermula apabila sepasang suami isteri yang menaiki motosikal dipercayai bergesel dengan sebuah treler dari arah belakang ketika keluar dari stesen minyak di Jalan Sungai Petani-Alor Setar, jam 7.15 malam.
Kejadian itu menyebabkan motosikal yang dibonceng mangsa, V Muniammah, 44, dan suami, R Selvaraju, 46, terbalik dan wanita itu tercampak ke bawah treler sebelum diseret hampir 100 meter menyebabkan sebahagian tubuhnya hancur sebelum treler itu berhenti, manakala suaminya hanya cedera ringan. Pasangan suami isteri dari Ladang Sungai Getah Division 1, Jalan Bukit Selambau, itu dalam perjalanan ke rumah anak saudara mereka di Taman Desa Ria untuk meraikan sambutan hari lahir.
Saksi yang mahu dikenali sebagai Jat berkata, ketika kejadian, motosikal dinaiki pasangan itu tidak berhenti di persimpangan menyebabkannya bergesel dengan treler sebelum terbalik dan wanita berkenaan terjatuh di bawah kenderaan berat itu.

– berita penuh –

nota kukukaki : sblm ni, depan mate sorg cikgu sekolah aku, sorg lelaki india, main melulu keluar simpang,tak berhenti cam berita ni dan terus dirempuh lori trelar sampai terputus perut die dan mati ditempat kejadian. takkan nak salahkan pemandu lori tu? dah itu jalan die, even kalau memandu 40km/j sekali pon, kalau tibe2 moto tu kelua melulu, dengan tak dijangka, mmg tak sempat brek.  Continue reading

Hasil carian :

(Visited 60 times, 4,595,029)