Ingat… Adab… Tertib…

Ingat… Adab… Tertib…

Ingat… Adab… Tertib… itulah kata-kata terakhir yang saya pesan kepada seorang agen one xox prepaid, yang telah menganggu waktu petang jumaat saya minggu lepas.

Kisahnya berlaku bila tiba-tiba saya dapat mesej whatsapp dari nombor yang tak dikenali beserta dengan beberapa gambar speedtest.

mesej whatsapp dari orang yang tak dikenali

Ni lah mesej beliau, atas dasar kemanusiaan, dan beberapa aspek yang lain, saya tutup nombor dia dan beberapa perkara lain.

Tapi ada sesetengah perkara sengaja saya dedahkan supaya menjadi peringatan dan pengajaran kepada mereka yang lain.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,552 times, 4,595,148)

Bila saya tunjukkan gambar ni kepada sorang rakan, dia cakap, die block je orang macam ni, padan muka dia…

Itu jugaklah yang saya nak buat mula-mula. Tapi dek kerana hati panas, saya nak maki dia, tapi saya ingat, entri saya sebelum ni. marah dan kesannya.

Jadi saya ‘sound dia sikit’ saya tunjuk yang saya marah, tapi menggunakan bahasa yang agak lembut.

layan orang tak dikenali

Bila dia cakap bukan nak promosi, nak kongsi kebaikan, lagilah menggelegak, “ayat orang MLM, huh” tu yang terdetik dalam hati saya, dan saya terus teringat kepada sorang rakan sekerja ni.

Owh… ni dah kira salah guna data ni, jadi saya mengadu kepada pihak laman web yang saya kaburkan tu, mamat ni mendaftar ke laman web yang saya kaburkan tu untuk kutip nombor telefon dan “berkongsi kebaikan” kepada semua pengguna telco di malaysia.

Memang marah sangatlah masa ni, tapi saya tenung mesej yang saya anggap spam tu, memang kata-kata maki hamun dah terkumpul dalam otak ni.

Tapi saya tenang, saya ingat balik entri marah dan kesannya tu, dan saya ingat balik, umur saya dah makin banyak, sepatutnya saya lebih matang.

Saya fikir, saya sebagai orang yang matang, patut bimbing budak macam ni. Jadi saya “sekolah” kan dia sikit.

adab promosikan barang

Masa taip ni betul tengah tahan marah, andai kata dia tak nak mengalah, memang lebih kasarlah kata-kata yang akan diterima.

Walaupun dia insist dengan bukan nak promosi tapi nak berkongsi, tapi dia akhiri dengan minta maaf, so kuranglah sikit panasnye…

Bukan apa,masa ni saya tengah tunggu whatsapp dari orang yang penting, tiba-tiba masuk whatsapp berderet, kalau saya guna handphone percuma yang saya dapat dulu tu,mau ‘hang’ dah handphone saya tu.

Lepas tu  saya bayangkan keadaan sebenar, cubalah anda tengah menikmati nasi putih, kari kambing, papadom dengan teh o ais limau diwaktu rehat tengah hari anda. Tiba-tiba datang orang macam ni.

Salam, bla… bla… bla… ape sume… tak perkenalkan diri, tak ada mintak maaf mengganggu masa abang, takde mintak izin nak “berkongsi” maklumat, terus je tabur. Masa tu mungkin nasi kari kambing dah penuh dimuka beliau, dibilas dengan teh o ais limau.

Kalau saya betul nak bertukar ke onexox ni, saya roger jela bro anarm nih. ape ade hal kan? nombo die saya dh save siap-siap dah

domain murah

(Visited 140,857 times, 4,595,148)

Ingat… adab… tertib mesti mau ada..

Adab, apa yang saya maksudkan dengan adab, bagi salam, mohon menggangu masa orang tu,perkenalkan diri, mintak izin nak berkongsi info, dan sebagainya.

Tertib, dalam islam kan tertib tu penting, dalam rukun solat, pon ada tertib, iaitu mengikut turutan, bukannya dah kena lempang baru nak bagi tahu nama, bagi salam, perkenalkan diri, dan benda-benda yang beradab lah.

Harap entri ni memberi panduan dan sempadan kepada semua

 

Hasil carian :

(Visited 481 times, 4,595,148)

10 pencipta teknologi internet yang kurang dikenali

Mungkin ramai yang mengenali beberapa orang yang menjayakan teknologi internet, beberapa pilihan-pilihan yang nyata akan termasuk Vint Cerf and BobKahn untuk TCP / IP, Vannevar Bush untuk kebanyakan fikiran kontekstual tentang Internet, Ted Nelson untuk penciptaan perkataan hiperteks, Tim Berners-Lee untuk Jaringan Sejagat(World Wide Web/WWW), dan ramai lagi.

Tapi macam mana pula dengan mereka yang memberi impak besar dalam penggunaan internet hari ini,tapi tak dapat sanjungan sehebat orang2 lain? tanpa mereka ni, website hari ini takkan ceria, kalau korang tengok website tahun 80’an dan 90’an dulu, plain je… kalau web hari ni macam website dulu2… snang2 je kena hack. ok jom kenal orang2 penting/ pencipta yang korang mungkin tak kenal.

GIF – Steve Wilhite

Graphics Interchange Format atau GIF telah menjadi format gambar bagi internet untuk sekian lama. Alaaa, gambar lampu kelip2, binatang gerak2, dan macam2 lagi gamba gerak2 yang kite selalu tengok tu, selalunya dia dlm format GIF la tu. Format grafik ni dicipta Steve Wilhite pada tahun 1987 masa die kerja kat Compuserve. Walaupun GIF telah diambil alih hampir sepenuhnya oleh JPG dan PNG, ramai yang mencadangkan kebangkitan semula GIF.

 

RSS: Dave Winer

RSS ni yang digunakan oleh RSS grafiti,networkblog, dan bloglist dlm blogspot tu.. byk lagi aplikasi yg guna rss… Terdapat kekeliruan pasal Really Simple Syndication(RSS) ada sumber mengakatakan benda ni asalnya RDF dan versi pertama RSS direka oleh  Dan Libby dan Ramanathan V. Guha di Netscape pada tahun 1999. Bagaimanapun, rasanya xde org yg lebih mempopularkan RSS selain Dave Winer, jadi… die la yg lebih sesuai untuk diperkenalkan…hehehe…

Ping: Mike Muuss

Ping satu ‘tool’ yang selalunya digunakan oleh network admin dicipta oleh Mike Muuss pada tahun 1983, secara kasarnya ia hanya mempunyai 1000 baris kod sahaja. Ianya telah diaplikasikan ke dalam hampir semua Sistem Operasi.

 

Internet Explorer 1.0: Thomas Reardon

Seperti banyak produk Microsoft lain Internet Explorer tidak berasal syarikat ini sendiri. Versi 1.0 pelayar web ini adalah versi rekaan semula Spyglass Mosaic, yang Microsoft telah diberi lesen oleh Spyglass dalam 1994. Thomas Reardon di Microsoft mengambil kod Spyglass dan membangunkannya ke dalam Internet Explorer 1.0, dan dikeluarkan pada 1995. Walaupun Internet Explorer telah jatuh dalam statistik kebelakangan ini, ia masih digunakan lebihdaripada 40% dari browser komputer-komputer diseluruh dunia,menurut catatan Statcounter.

 

Tanda @ : Ray Tomlinson

Dalam 1971 Ray Tomlinson memerlukan satu huruf untuk memisahkan host dari pengguna dalam satu alamat e-mel dan memandang pada papan kekuncinya. Dia mendapati tanda @ dan memberi pilihannya “jelas.” Hari ini di tanda telah merebak melebihi e-mel dan boleh dijumpai di media sosial, chat, forum perbincangan , dan lebih banyak.

 

Smiley: Scott Fahlman

Kita mungkin sepatutnya panggil benda ni smiley emoticon tapi smiley je dah jadi pegangan kuat dalam budaya kita hari ni dan dah jadi amalan kita. Scott Fahlman menghantar post di papan pesanan di University Carnegie Mellon 19 september 1982 mencadangkan “:-)” untuk digunakan kepada sesuatu yang lawak, dan “:-(” bagi sesuatu yang tak lawak. Bertitik mula dari situ(pergh ayat…) hari ini,kita menggunakan smiley2 ini dlm ape2 yang berkaitan dengan komunikasi teks

 

Smartmodem: Dale Heatherington

Mesti ada yang cakap “macam penah dgr benda ni” kan? penah dgr bunyi ni? mana yang penah pakai tu mesti ingat, dengar bunyi tu walaupun speaker dah off, pastu tunggu sampai die login, xde cara lain selain daripada guna benda tu kan? wlaupun sekarang kebanyakan org dah guna broadband,wifi,atau LAN, masih ada lagi user yang guna dial up ni(teringat kat sorg costumer yg guna komputer dengan processor intel pentium ram 32mb huhu). kredit kepada smartmodem,dilancarkan pada 1981 dan beroperasi dengan 1 bit per saat oleh Dale Heatherington yg bekerja di Hayes Microcomputer Products

 

BIND: Terry, Painter, Riggle and Zhou

BIND (Berkeley Internet Name Domain) adalah salah satu bahagian penting dalam perisisan yang korang mungkin xtau yang korang guna setiap hari. Ia berfungi secara majoriti dalam DNS(Domain Name Servers). Dalam tinjauan terbaru yang dilakukan oleh Measurement Factory dari bulan Oktober 2010, BIND digunakan sebanyak 34.2% dari hampir 800,000 host yang memberi reply semasa ujian tersebut. BIND dibangunkan oleh Douglas Terry, Mark Painter, David Riggle dan Songnian Zhou di University of California, Berkeley pada awal 1980’an.

 

PHP: Rasmus Lerdorf

PHP kini mendapat tempat di tempat kelima dalam TIOBE Programming Community Index tetapi tanpa mengira pangkat tidak dapat dinafikan yang ia satu yang sangat popular, menguasai satu bahagian sangat besar hari ini laman-laman web. Lerdorf ialah pencipta asal PHP dalam 1995 dan juga juga menulis versi kedua.

 

Intel 4004: Faggin, Hoff, Mazor and Shima

Ia tidak berkaitan dengan Internet secara langsung, Intel 4004 telah dipertikaikan mempunyai satu impak sangat besar di pembangunan . Sebagai mikropemproses cip tunggal pertama dunia, hari ini kita boleh mencari keturunan langsung dan tidak langsung 4004 dalam komputer, telefon pintar dan tablet di mana-mana.

Cip telah direka bentuk oleh Federico Faggin, Ted Hoff dan Stanley Mazor dari Intel , dan Masatoshi Shima dari Busicom. 4004 telah diperkenalkan dalam 1971 dan memegang 2,300 transistor. Dalam perbandingan, Intel berbincang ingin memperkenalkan Ivy Bridge,pemproses generasi baru , pada 2012, dengan 1.4 bilion transistor.

 

ok,jom kita g jengah blog APi, keyyah dan anggun ni pulak ye…

masukkan e-mail address anda disini (REGISTER), dan pelbagai cerita baru yang menarik dan tips2 akan dihantar kepada anda. like facebook Alongxp, Follow twitter Alongxp

Hasil carian :

(Visited 127 times, 4,595,148)