Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu diharamkan

SAN FRANCISCO: Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple.

Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.
 
Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’. – AP

galaxy s 4gdroid chargeGalaxy-PrevailSamsung-Showcase-Galaxy-S

suke2 je nak haramkan.. hahaha… suke hati diorg la… yg penting samsung galaxy note best Smile with tongue out

sumber

Hasil carian :

(Visited 29 times, 4,597,465)