apa itu hacker

Apa itu hacker ye? macam biasa dengar, hacker biasanya dilabelkan sebagai orang jahat yang curi maklumat orang melalui komputer… tapi apa itu hacker sebenarnya? makcik-makcik yang rajin bukak facebookk tu mesti tertanya-tanya apa itu hacker? biskut ke? hehehehe…

apa itu hacker

meh saya cerita sikit secara umum sikit apa itu hacker ye… hacker mengikut kamus wikitionary, yang telah saya terjemahkan ke dalam bahasa melayunya… mengikut istilah pengkomputerannya adalah orang yang pakar dalam pemprograman dan menyelesaikan masalah menggunakan komputer, orang yang menggunakan komputer untuk mengakses data tanpa kebenaran, orang yang pakar keselamatan komputer. ok, hacker ni dia ada 3 kategori utama,
Topi Putih (White Hat)
Topi Kelabu (Grey Hat)
 Topi Hitam (Black Hat)
kat link ni, ada dia tunjuk perbezaan antara white hat hacker dengan black hat hacker
ok, taknak guna istilah komputer sangat… saya pon kadang2 nak muntah gak bile baca nota,artikel atau entri yang komputer sangat, walaupun saya ni berlatar belakangkan IT, sampaikan semua ahli keluarga saya dah celik IT, even mak saya kat kampung pon pakai Blackberry… “bluetooth? lambat… whatsapp lagi cepat” kata mak saya kepada adik saya hehehehe…
white hacker
ok berbalik kepada 3 kategori utama tadi… Si Topi Putih, ataupun White Hat Hacker ni tadi selalunya orang yang bertanggung jawab dalam membina, menambahbaik sistem keselamatan komputer, program dan yang sama waktu denganyya.. Keje diorang ni kalau nak lebih jelas lagi, diorang cari kecacatan, diorg betulkan atau bantu betulkan… diorg cuba ceroboh, diorang cari jalan macam mana nak elakkan orang boleh ceroboh. Antara White Hat hacker yang popular kat dunia ni adalah Steve Wozniak, co-founder Apple atau orang yang sama-sama membantu mencipta Apple(alaaa.. company yg gamba apple kena gigit tu) dan Linus Torvalds, orang yang membuatkan ramai orang menggunakan sistem Operasi Linux hari ni… Diorang ni biasanya ada pengiktirafan untuk hacking, dan biasanya dibayar bila diminta untuk hacking
grey hacker
Si Topi kelabu lak… ok, kebanyakkan orang yang expert komputer hari ni boleh jadi Si Topi kelabu ataupun Grey Hat Hacker, sebabnye kadang2 diorg mencuri software orang, atau download software, crack software yang berbayar tu (ceroboh software) dan jadikan software tu macam dah dibayar sedangkan diorg tak bayar tapi gunakan untuk membantu orang lain, cam dapatkan balik data dari pendrive atau hard disk yang dah terformat ke… terdelete data ke… ataupun hack website orang, lepastu bagitau owner website yang si grey hat hacker ni dah hack website orang tu… siap tunjuk contoh… bagitau kelemahan keselamatan website owner tu(nak membantu asalnya), tapi owner website kata diorg ni jahat… snang cerita macam jahat, tapi macam baik… tu yg menjadikan diorg ni dilabelkan greyhat atau topi kelabu. Tapi grey hat ni selalunya tak popular, sebab diorang sendiri pon tak tau nak labelkan diri diorang sendiri sebagai white hat hacker ke grey hat hacker ke black hat hacker. samela cam masa kite sekolah dulu, selalunya budak2 yang popular ni antara 2, antara die ni sangat baik ataupon sangat terejal… sama ada dapat award sebab pandai, rajin, ataupun dapat award rotan, gantung sekolah dan sebagainya… kalau jenis yang periksa dapat nombo 4, 5, 6, 7 pastu sukan pon simpanan je memang orang tak berapa nak kenal la kan?
black hacker
Si Topi Hitam ataupun Black Hat Hacker. Haaa… yang ni memang jahatla… diorg hack komputer korang untuk dapatkan password facebook korang… diorg hantar emel kat korang konon-kononnya diorg dari bank yang korang guna, dan korang kena masukkan username dan password untuk kemaskini data akaun… tau2 je duit dari akaun korang dah lesap.. ada gak blackhat hacker ni sekadar suka-suka ataupun kire macam hobi la… saje nak test ilmu… klu zaman dulu kire bomoh ilmu hitam nak test ilmu la ni… Diorang ni biasanya low profile, g keje cam biasa, bawak keta biasa2, berenti kat lampu trafik, pakai tali pinggang keledar, bayar GST. pakai seluar bundle, pakai selipar g klcc. tapi bila dah dok depan komputer… itulah dunia sebenar diorang
white black hacker
dipendekkan cerita atau rumusannya… hacker ni macam pengubat tradisional… ada yang betul… ada yang perogol… ada yang macam ustaz,tapi sbnrnye macam cerita mantera tu… ada yang nampak cam perogol.. tapi ustaz sbnrnye… entri ni bukanla nk suruh korang bersangka baik kat hacker tu… cuma bile korang dapat tau seseorang tu hacker… check dulu die tu jenis topi mana… mana tau diorang boleh menolong korang ke kan?

Hasil carian :

(Visited 159 times, 4,595,398)