Blogger tutup periuk nasi orang?

Blogger tutup periuk nasi orang? Macam mana pulak blogger boleh tutup periuk nasi orang? Tapi camtu lah yang sesetengah orang senang-senang je cop blogger ni… aku pon pernah gak dikatakan tutup periuk nasi orang atau menutup rezeki atau menutup pendapatan, menutup segala yang berkaitan lah senang cerita masa entri pasal RnR seremban bagi trafik mencanak-canak kat blog ni sampai server hampir crash haha…

tutup periuk nasi

Ni komen yang mengatakan entri atau blog aku ni menutup periuk nasi orang

assalam… mungkin ada betul nya citer2 di atas & kita diminta berhati2.. tapi kalo ada 100,000 org yg baca & terus buat keputusan utk tak nak berenti kat r&r seremban, tak ke mcm kita menutup periuk nasi mereka yg berniaga kat sana tu..? sian pulak diorg, tu lah pendapatan nak sara famili.. bukan nak salah kn sesapa, cuma sekadar memberi pendapat..

dan ini

Point cite kat atas tu bukan la RnR Seremban,point sekarang berhati hati ketika berhenti rehat di kawasan rehat lebuhraya,mak mertua saya ada gerai kat rnr seremban,awak punya entri ni buat org takut nak singgah kat situ,perlakuan awak ni boleh menjejaskan perniagaan para pengendali gerai di kawasan rehat seremban,dah la kena bayar sewa yg agak mahal……

Bacalah entri tu… tajuknye pon sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban bukan AWAS!! JANGAN BERHENTI DI RNR SEREMBAN!! bukan cerita pasal kedai makan kat RnR seremban tu ke… pekerjanya ke.. cerita mintak berhati-hati, terutama sekali letak kenderaan. baca lah sendiri entri tu sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban

bengkel menipu

Tapi cerita tu bukan cerita utama dalam entri ni, cerita utama nya pasal satu entri oleh seorang blogger yang dipost pada 2012 yang dikatakan menutup periuk nasi atau menggangu mereka cari rezeki. Aku ada nampak bro hasrul hassan ada post status mintak pendapat bila blogger dimintak buang atau padam entri yang dikatakan menutup periuk nasi atau menggangu mereka mencari rezeki. Tapi tak tau entri mana, tak tahu hujung pangkal, so tak berani la nak komen ape-ape. Tapi semalam aku ternampak perndekar berkuda post kat fb link entri bertajuk Kolej Unifield panas punggung so aku bacalah, owh baru aku tau… rupenye pasal entri bertajuk Kolej Unifield bagus ke? Tajuk tu macam mengancam ke? pada aku tak… abes tu ape yang dikatakan menutup periuk nasi atau menggangu diorang tutup rezeki?

3 ke 4 kali gak la aku baca entri tu, ntah kat mana entah yang dikatakan menggangu diorang cari rezeki, JAAKECHIK (penulis blog tu) cuma nyatakan nama PA tu pon encik Z, bukan nama betul pon.. melainkan nama betul PA tu memang Z la kan? ade ke nama orang Z? tapi ada la anonymous post komen

Aku salah sorng dari PA dekat Unifield.. Aku fhm perasaan ko.. Aku pn xsetuju dgn cara memaksa, tp aku nk perbetulkan beberapa yg ko xfhm.. Ape yg PA tu ckp confirm dpt program UiTM tu betul sebb Unifield adalah KKB(kampus2 bersekutu), kkb mmg jln kn program IPTA.. Mmg Diploma yg ditawarkan setaraf dgn UiTM induk(klu xpercaya, boleh cek sendiri).. Tp bg aku ni kesilapan bro Z tu sbb memaksa.. Tp skrang blog yg ko tulis ni dh menjdi merosakkan imege UNIFIELD.. Sebb yg buat taik bro Z je,kami PA yg lain xpernah memaksa, kami keje dgn terangkn betul2 ape harge & prosuder dari management.. Harap boleh pdm yg ni sbb mengganggu kami nak cari rezeki.. Sedangkn yg salah cume bro Z tu.. Kami yg buat dgn btul terpakse jadi mangsa..sedgkn Unifield sekarang dh buat pembaharuan contoh student baru msuk byr hostel RM170=6bulan.. Ni pembaharuan yg ketara utk tdk menindas pelajar.. Harap fhm..

disebabkan kesalahan encik z tu sorg ko post cmni kat blog ko. ko xpk ke PA2 lain yg keje dgn cara betul tu cmne dgn rezeki dowg? ko wat cmni same la cam tutup periuk nasi org. ko xpenah jd PA ko xkan tau keje dowg mcm mana. ko egt semua PA kat unifield tu xde keje len selain menipu? ramai je yg masuk kat situ da bjaya. siap smbg degree kat kampus induk lg. xyah la nak post2 bnda yg bleh mjatuhkan imej kolej lain disebabkan encik Z tu. dah2 la tu.. padam2 la ko nye post ni wlpn blog ni ko punya. bygkan ko keje sbgai PA utk satu kolej tu. org buat cmni kat ko. ape ko rasa?? pk la baik2..

utk yg penah dpt call dr PA unifield. ape salah PA2 tu smpai korg nak tolak peluang blaja dlm program ipta? rmai yg xdpt upu n result mmg xbgus tp nak tgu jgk rayuan. sedangkan yg dpt 5 6 7 8A pn xdpt upu. lg la korg? result teruk dpt D E F G tp blagak nk tgu upu. xpn sanggup nak blaja kt kolej swasta. xpk lak nt sshkan mak bapak nak byr yuran yg lg mahal dr tu? nak tnye la antara nama kolej ngan sijil yg korg dpt mne lg pntg? cuba korg g check kat MQA. diploma usahama uitm/utm tu mmg diiktiraf tau. jgn disebabkan unifield adlh KKB, korg tolak peluang yg diberikan utk korg. tgk la kemampuan masing2 macam mana.. manusia2…”

Pada pendapat aku… Jaakechik tak memburukkan kolej tu pon, die cerita pasal pengalaman dapat call dari encik Z dan dipaksa, dah nama pon personal blog, standard ar… aku dulu masa selalu cerita pasal peribadi, pasal aku bercerai, pasal aku eksiden, pasal anak, pasal kerja, pasal perasaan semua aku himpun dalam blog ni, yang memburukkan kolej PA kolej unifield tu adalah komen-komen yang agak belagak dari anonymous yang mendakwa diri diorang sebagai PA kolej tu, bukan JAAKECHIK yang post. Kalau dah komen yang boleh difikirkan dulu sebelum taip dan boleh dipadam sebelum post pon dan macam tu, bayangkanlah yang terkeluar dari mulut diorang? Salah siapa? salah blogger tu ke?

Hasil carian :

(Visited 1,034 times, 4,600,381)