10 orang yang memberi inspirasi kepada dunia

Handsome, kacak, kaya, bergaya, mutu, keunggulan, tegap, sihat, lawa, comel, manis, potongan tubuh badan yang lawa tak berguna dan tak menjanjikan masa depan yang cerah kalau kita malas dan tak berusaha, pekak, bisu, buta, kudung kaki dan tangan, lumpuh, menghidapi penyakit kronik bukanlah satu halangan kalau kita benar-benar nak berusaha untuk berjaya. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau mereka taknak berusaha mengubah nasib mereka. kan? Mereka kat bawah ni punya masalah tersendiri yang pada orang lain mungkin tak mampu nak berjaya, tapi mereka buktikan yang mereka boleh berjaya.

1. Patrick Henry Hughes

Patrick henry hughes

Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988.

Seorang pesakit anophthalmia dua hala dandisplasia pinggul dari lahir ini sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry Hughes dengan piano pada usia seawal 9 bulan.

Pada 2006, Hughes telah menjadi tumpuan media apabila dia memainkan trumpet dalam Louisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di Universiti of Louisville dimana bapanya telah membantu menolaknya diatas kerusi roda.

Apabila bakat luarbiasanya didedahkan, beliau sering dijemput untuk membuat persembahan diseluruh negara.

2. Liz Murray:

Liz Murray

Ketepikan halangan, buang aje… terus maju ke hadapan, bila baca pasal Liz Murray ni, saya teringat entri muhasabah diri saya dulu, Elizabeth Murray adalah anak pasangan yang menagih dadah,dilahirkan pada 23 September 1980 disebuah apartment yang kotor. Pada umur 15 tahun, beliau merempat apabila ibunya mati akibat AIDS dan bapanya berpindah ke tempat perlindungan untuk yang tiada rumah. Ada kalanya Liz Murray tidur dikerusi di taman, ada kalanya dia menghabiskan masa atau berlindung dibawah jambatan diselubungi persekitaran yang kotor, tapi Liz tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca encyclopedia yang dikutip dari tong sampah. Didorong oleh katabahan dan kerja keras, tidak pernah mengaku kalah dan berusaha dengan cara tersendiri, Liz Murray akhirnya disenaraikan di Universiti Havard. Kini Elizabeth Murray menjadi penceramah terkenal yang memberikan inspirasi kepada ramai orang, dan sebagai seorang pengarah sebuah syarikat, beliau memberi dorongan kepada anak muda untuk membuat sesuatu yang inovatif dalam hidup mereka.

3. Jessica Cox :

Jessica Cox

Jessica Cox dikenali sebagai juruterbang pertama menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan KAKI SAHAJA kerana beliau dilahirkan tanpa tangan, tetapi itu bukanlah satu halangan untuk wanita ini mencapai matlamatnya. Seorang graduan dalam psikologi, pemegang tali pinggang hitam taekwondo, dan seorang yang suka memandu laju. Jessica juga boleh menaip(bukan copy paste ok…) 25 patah perkataan seminit menggunakan kakinya… dan paling menakjubkan, dia boleh pasang contact lens di mata menggunakan kakinya. Bekerja sebagai penceramah motivasi dan menggalakkan morang kurang upaya mengubah mentaliti mereka.
rawatan cegah kanser b17 apricot

4. Sudha Chandran:

sudha-chandran

Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India,  dan pemegang ijazah sarjana dalam Ekonomi. Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran kerana Gangren. Tapi itu tidak membuat azamnya pudar, dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2 tahun, dia kembali kedalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh seluruh dunia. Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana persembahan mengagumkan dalam filem2 dan siri televisyen india.

5. Randy Pausch:

Randy Pausch

Ia bukan tentang bagaimana untuk mencapai impian anda, ia adalah tentang bagaimana untuk memimpin hidup anda, … Jika anda menjalani kehidupan anda dengan cara yang betul, karma akan menjaga dirinya, impian akan datang kepada kamu. Profesor sains komputer di Universiti Carnegie Mellon ini disahkan menghidap kanser pankreas pada September 2006 dan meninggal dunia pada 25 Julai 2008. Apa yang membuatkan dia menjadi terkenal adalah kerana ceramahnya, “Really Achieving Your Childhood Dreams” di auditorium CMU pada 18 September 2007. Persembahanya itu menari perhatian berbilion penonton di Internet dan menjadi semakin hangat dan menarik minat media antarabangsa. Ceramahnya itu seterusnya diadaptasi kedalam buku, dan diterjemah dan telah diterjemah kepada 35 bahasa berbeza.

6. Sean Swarner:

Sean Swarner

Boleh dikatakan sebagai keajaiban perubatan, Sean Swarner disahkan mengalami 2 kanser peringkat kematian iaitu penyakit Hodgkin pada umur 13 tahun dan sarcoma Askin pada umur 15 tahun. Beliau membuktikan kemenangan melawan penyakit itu apabila menjadi pesakit kanser pertama yang mendaki Gunung Everest. Bagaimanapun, dia masih berkata, “Sebenarnya.. Saya pun tak tahu kenapa saya masih hidup”, tapi Sean Swarner tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi ceramah dan ekspedisi yang dianjurkan untuk memberi harapan kepada pesakit kanser.

7. Helen Keller:

Helen Keller

Menjadi inspirasi kepada filem “The Miracle Worker”, Helen Keller adalah orang yang bisu dan pekak pertama yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Amerika yang berwibawa, beliau secara terbuka mengkritik dasar Woodrow Wilson. Helen Keller merupakan pengarang bagi 12 buku dan pemenang Pingat Presiden Kebebasan, beliau seterusnya mengabdikan hidupnya untuk bekerja untuk Yayasan Amerika untuk orang buta.

8. Nick Vujicic:

Nick Vujicic

Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia, yang dicirikan sebagai kitiadaan kesemua empat anggota. Nick Vujicic dilahirkan didalam keluarga serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia. Semasa zaman kanak2nya… beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk masyarakat dan pada umur 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”. Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan, Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya.

9. Ludwig van Beethoven:

Ludwig van Beethoven

Korang mesti pernah dengar muzik bertajuk Beethoven, nilah pencipatnya… Ludwig van Beethoven menjadi satu komposer fenomena muzik romantik dan klasik terkenal, dilahirkan dalam keluarga pemuzik di Jerman. Semasa zaman remajanya, pendengarannya semakin berkurang dan akhirnya menjadi pekak. Tapi itu tidak menghalangnya untuk terus mengubah lagu. Beliau memperkenalkan okestra simfoni moden dan memantapkan dirinya sebagai lagenda induk dalam arena Muzik.

10. Stephen Hawking:

staff/ Julie Himes

Stephen Mutha-Fuckin' Hawkings! spoke at Zellerbach at 7:30 Tuesday night.  In case you didn't know.  He probably talked about some really smart guy stuff.

Pesakit neuronmotor yang genius ini telah mengubah dunia menerusi teori revoulisnya. Lumpuh keseluruhan, tangan, kaki dan suara, Stephen Hawking’s berhubung dengan komputer yang beroperasi suis kelipan inframerah, yang disambungkan dengan kerusi rodanya. Seorang ahli kosmologi terkenal dan ahli terhormat Persatuan Diraja Sastera di kagumi dikalangan pakar teknologi kerana karya-karya beliau berkaitan keajaiban graviti,lubang hitam termasuk karya mendapat jualan hangat, A Brief History of Time

tapi pembaca blog alongxp.com ni yang memberikan saya inspirasi untuk terus berblogging, makin lama makin bertambah pembaca blog ni, makin hari makin bertambah jumlah trafik dari search engine… makin sronok saya nak berkongsi info dan ilmu… trima kasih kerana menyokong alongxp.com

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,286)

Hasil carian :

(Visited 3,881 times, 4,600,286)