Susah ke buat laman web?

Susah ke buat laman web ? tanya seorang rakan tempat kerja saya kat saya beberapa bulan lepas masa saya cerita saya sibuk dengan beberapa projek nak siapkan laman web. Saya pon tak tahu nak jawab macam mana.

Sebab benda yang susah pada saya, kadang-kadang adalah benda yang senang pada orang lain, kadang-kadang memang susah pada orang lain, tapi yang pasti, yang senang pada saya biasanya susah pada orang lain. haha… sampai ada seorang kakak ni cakap “benda yang susah yang dia reti, buat, kalau benda senang tu yang nanti dia tension”

Kenapa dia cakap camtu? sebab masa tu dia mintak saya tengokkan border dalam word, saya cakap la “akak macam la tak kenal saya ni, microsoft office kan saya fail”, pastu sorg lagi akak bersuara “ai, buat laman web yang susah tu ko pandai, microsoft office ko gagal?” tu yang akak tu jawab “benda yang susah yang dia reti, buat, kalau benda senang tu yang dia tension” Continue reading

Hasil carian :

(Visited 113 times, 4,598,611)