Terbantut di tengah jalan

Terbantut di tengah jalan

Masa saya try search keyword terbantut di tengah jalan seperti yang disarankan dalam kitab seo merah jambu, inilah hasil yang saya jumpa.

terbantut di tengah jalanNampak tak? hehehehe… yang lebih menarik, bila klik pada butang images yang membawa kepada hasil carian gambar terbantut di tengah jalan, memberikan macam-macam hasil. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 121 times, 4,597,335)

Pengalaman berblogging Alongxp

Ok, hari ni saya nak cerita pengalaman berblogging saya, saya mula cipta sebuah blog dari tahun 2006, menggunakan platform blogger atau orang biasa sebut blogspot. Masa tu tengah belajar kat politeknik muadzam shah, pahang.  Masa tu duduk-duduk kat cc, dah siap buat assignment, masa tu nak tunggu member yang lain siap, dan masa yang saya booking pon ada lagi, saya cuba-cuba lah godek blogspot, tak ingat pulak memang dari mula ke blog tu saya guna alongxp atau saya pernah tukar, sebab nama alongxp pon muncul masa saya kat politeknik lagi.

Macam mana pulak saya boleh terjebak dengan wordpress? macam mana pulak saya boleh guna webhosting atau selfhosting? Ceritanya lebih kurang macam nilah, masa awal-awal saya masuk kerja, bos saya tak tahu nak bagi kerja apa kat saya, memandangkan jawatan saya tu masih baru di daerah tu. saya antara yang terawal ditempatkan kat daerah ni. sampai sekarang, saya yang paling lama dok kat daerah ni dengan jawatan ni, kawan-kawan yang lain majoritinya dah pindah ke daerah lain.

Bos saya masa tu tanya saya, kalau saya boleh manage laman web, dan kasi kemas sikit. Saya ni lulusan sijil teknologi maklumat politeknik je. Masa saya belajar dulu, kalau bab laman web,kitorang belajar setakat html ngan css je… tu pon cam pengenalan. Lagi satu, web server(kot), IIS dengan APACHE. tu pon memasing blur-blur. saya yang pakar ‘goreng’ dalam kelas tu pon tak tau nak goreng apa pasal apache tu.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,335)

So bila bos suruh saya buat apa yang patut, saya buat-buat lah apa yang patut, laman web tu guna joomla… apa benda joomla ni? saya tertanya-tanya, beberapa hari gak la saya try godek benda alah joomla tu. alah bisa tegal biasa, memula susah, pastu dah faham, dah senang dah. saya try pulak godek-godek theme, dia guna php, apa benda pulak php ni? itulah yang timbul bila mula-mula ternampak php tu. Tapi, yelah, php dalam koding html, cuma extension dia kenalah php. jadi saya godek mana yang saya faham jelah, jadi jugak.

Masalah saya, saya cepat bosan, bila dah pandai buat sesuatu, saya akan bosan, dan saya akan cuba dogek lebih mendalam lagi. Lagi saya godek, lagi banyak saya nak tahu. Guna shared hosting, lepastu duduk subdomain bawah orang lain pulak tu, buatkan saya jadi lagi tak puas nak menjelajah joomla ni, saya korek sana, saya korek sini. Saya jumpa tutorial, dia ajar pasal webhosting, dan saya cuba dengan 000webhost, ok… saya nekad nak beli 1 webhosting. saya beli dengan datakl dan domain kakicandid.com.

Memula saya ada la masukkan dan try macam-macam dengan kakicandid.com tu, saya masukkan joomla, tapi saya masih lagi guna blog yang blogspot tu, sampailah satu hari saya ternampak blog kawan saya ni, dia guna wordpress, jadi saya install wordpress dalam satu direktori dalam kakicandid.com dan jadilah kakicandid.com/blog , masa tu tak pandai lagi pasal subdomain ape jadah ni semua.

kakicandid.com/blog yang patutnya jadi benda yang ke dua penting, dah jadi benda utama dah, kakicandid.com yang patutnya jadi utama makin lama makin ke laut.

Antara tahun yang paling saya pasif dalam dunia blogging adalah pada tahun 2007, rasa macam tak ada post, 2008, saya ingat, saya ada post, yang paling saya ingat saya post, adalah post saya jatuh motor, sebab tu lah pertama kali saya jatuh motor.

2009, saya ada gak update blog masa guna domain kakicandid.com/blog. Tapi masa tu tak reti lagi blogwalking.

2010 dah mula pandai nak blogwalking, tapi banyak kat shoutbox, sebab kat situ je senang nak droplink tanpa baca entri orang.masa tu tak tau pon pasal page rank la alexa ape semua ni. SEO? memang sangat ke laut.

Oleh kerana saya banyak menggunakan Alongxp bila blogwalking ke apa semua, satu hari saya nekad nak guna domain alongxp.com ni, saya terus aktif berblogging menggunakan nama alongxp.com ni.Sepanjang pengalaman berblogging saya, pencapaian tertinggi bagi trafik blog ni yang dapat direkodkan adalah 16,498 pageviews sehari.

pageview tertinggi alongxp

macam yang saya nyatakan, yang dapat direkodkan,  sebelum pembekal hosting mintak saya disablekan beberapa plugin termasuk plugin stat tu sebab trafik mencanak sangat sampai hampir-hampir buat server diorang crash hahaha… kalau tak salah saya trafik masa tu mencecah 32 ribu uv gakla… punca utama trafik naik mendadak masa tu salah satunya kerana entri ni rnr seremban

2011 dan 2012, dah mula blogwalking, tapi jarang-jarang, seo masih lagi ke laut.

domain murah

(Visited 140,867 times, 4,597,335)

2013 dah mula nak serius gile dengan blogging, pengalaman berblogging saya makin menebal, seo dah mula pandai nak tackle, alhamdulillah, saya dikurniakan dengan kebolehan fast learner, dalam masa beberapa bulan, trafik dari enjin carian atau search enjin dah masuk mencanak, kiranya… kalau tak update blog pon, trafik masih agak melegakan

Dulu nak buat satu entri dengan 300 patah perkataan tu cukup susah, cukup hazab siksa, tapi bila dah banyak kali cuba, banyakkan membaca, banyakkan blogwalking, setakat 300 patah perkataan tu macam makan kerepek je (banting ni popular ngan kerepek tau?)

Masa lapang? orang lain masa lapang ada yang main game, saya main game bila saya dah stuck, penat, otak dah tepu. Saya tak ada banyak masa lapang, tidur pon tak cukup, kebanyakkan masa saya adalah untuk cari duit… minyak baru je naik 20 sen lagi, sakit disebabkan kenaikan yang sebelum ni pon belum baik lagi, tambah sakit lagi. Masa lapang yang tak berapa nak lapang saya hanyalah untuk keluarga saya.

Walaupun sekarang ni minyak dah turun, tapi harga barang tak turun, ni tak lama lagi nak gst, gerenti ramai akan ambil kesempatan. tapi kita tengok jelah…

So, walaupun secara kasarnya, pengalaman berblogging hampir 10 tahun, saya rasa saya masih lagi blogger picisan, 2015 ni saya target nak menambah baik blog saya ni terutama bahagian seo. sebab tu, nak kumpul duit nak beli kitab soe merah jambu ni.

Hasil carian :

(Visited 27 times, 4,597,335)

Bulan blogwalking

Bulan 11 atau bulan november ni saya nak jadikan bulan ni bulan blogwalking. Saya nak blogwalking kaw-kaw bulan ni. Nak tengok ada perbezaan trafik tak kalau buat blogwalking kaw2…

Dah bertahun sebenarnya tak buat aktiviti blogwalking ni, tambah-tambah ke blog yang saya tak pernah singgah, biasanya saya cuma membalas lawatan blogger yang komen kat blog saya ni.

Tapi entah macam mana entah, tengah mandi, tiba-tiba terfikir pasal alexa, jadi saya pon bukak lah website alexa dan check ranking saya kat alexa, dah lama dah rasanya tak check ranking alexa ni. Bila check mula-mula tu, saya belek la laman web alexa tu, lepas tu saya buat beberapa perkara, lepas dah buat barulah saya baca tips yang saya buat tu dah pernah diajar oleh blogger lelaki dan mohd rasul kat entri cara meningkatkan ranking alexa blog baru, tips dapatkan ranking alexa yang baik dan cara dapatkan verification alexa.

Lepas beberapa hari dah buat benda-benda tu, barulah saya terfikir nak buat screenshot atau print screen ranking alexa blog saya.

ranking alexa 13 november

 

ranking alexa oktober

ranking alexa alongxp 13 oktober

 

ranking alexa november

ranking alexa 13 november

Masih main juta lagi ranking,tapi takpe… saya nak jadikan ianya benchmark, kalau tak lupa, setahun kemudian saya nak check balik perbezaan ranking blog ni.

Berbalik kepada tajuk blogwalking kaw-kaw ni tadi, selain melalui senarai blogger yang pernah komen diblog ni, saya juga melawat blog dalam post bloglist saya ni. Lepas tu saya tengok blog-blog dalam bloglist dan ruangan komen kat blog mereka tu.

Banyak juga blog yang saya tak pernah masuk, saya masuk… ada yang best ada yang tak best, tak sangka ada lagi rupanya orang yang pasang muzik di blog diorang. Terkejut saya tiba-tiba ada muzik. Dan ada juga mereka yang macam tak mengalukan kami, pengguna wordpress nak komen kat blog diorang T_T.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,335)

Jadi kepada blogger, sila lah komen di blog saya ni, kalau tak tahu nak komen apa kat blog, bagi salam ke hai ke, pon dah cukup. Sebab… saya ada perancangan untuk bekerjasama dengan blogger yang selalu komen di blog saya ni. hehehehe

Hasil carian :

(Visited 32 times, 4,597,335)

Blogwalking kaw-kaw

Apa benda blogwalking tu? blogwalking adalah satu perbuatan yang biasanya dilakukan oleh blogger iaitu, berjalan-jalan ke blog-blog blogger lain. Dan biasanya blogger yang berblogwalking ke blog blogger lain akan meninggalkan jejak dengan meninggalkan komen atau jerit kat shoutbox.

Cara saya blogwalking biasanya melalui komenlah.mm saya akan balas kunjungan mereka yang pernah komen di blog saya. Sebab tu kalau tengok kat atas kotak komen saya cakap saya akan gembira kalau korang komen, antara sebabnye tulah… supaya saya ada peluang nak balas budi orang yang dah singgah blog saya. Jadi sila tinggalkan komen bila baca entri kat blog saya ye.

blog walking

Perlu ke blogwalking? Tak perlu sangat pon kalau anda  ni kaya. Jika anda tak nak atau tak mampu nak bayar servis seo atau apa-apa servis untuk menaikkan trafik ke blog anda, maka anda perlu blogwalking, selain dari mengundang owner blog yg diblogwalking dan pembaca blognya untuk ke blog kita, blogwalking sambil meninggalkan link blog kita juga akan membantu supaya blog kita di indeks di laman enjin carian macam google ke yahoo ke bing dan sebagainya. Dalam erti kata lain, menjadikan blog lebih mesra SEO. Dan ini juga sekaligus membantu meningkatkan ranking di alexa. Dan antara kriteria yang diambil kira apabila blog kita hendak dinilai ialah brapa banyak web/blog yang link ke blog kita

Adalah satu bonus bila blog yang kita blogwalking tu ada pasang commentluv, entri kita pon terpampang sekali.. Tapi motivasi saya down bila nak tinggalkan komen, tapi tiada ruang untuk masukkan nama dan url, lebih teruk lagi bila pilihan yang ada cuma komen menggunakan akaun google atau blogspot. Rugi 1 backlink kat situ.

blogwalking

Selain dari meningkatkan link, blogwalking juga adalah cara untuk menambah ilmu dan menambah idea. macam mana tu?bila anda berblogwalking, anda akan jumpa macam-macam jenis blog, jadi anda boleh belajar, macam mana dia menyusun ayat, macam mana dia nak menarik minat pengunjung untuk membaca, sedut tips-tips blogging dan macam-macam lagi. anda mungkin akan dapat idea untuk tulis entri di blog anda bila terjumpa blog atau entri yang mungkin berkaitan dengan anda dan anda mungkin boleh buat ulasan mengikut pandangan tersendiri di blog, letak sekali link ke entri blog yang anda baca tadi. link building tu, ada outbound link

Banyak lagi tips-tips blogging yang saya nak kongsikan, tapi adalah lebih mudah kalau korang baca kat kategori blogging dalam blog ni

Hasil carian :

(Visited 68 times, 4,597,335)