review blog mrhanafi.com

review blog mrhanafi.com

Ye, hari ni adalah giliran untuk saya review blog mrhanafi.com pula selepas saya review blog sensasi2020.com. Blog mrhanafi.com adalah blog nombor 8 dalam senarai blog ahli best blogger network, satu group whatsapp yang banyak memberi kebaikan kepada ramai blogger.

Group whatsapp ni mempunyai ramai blogger-blogger yang otai tapi tak sombong malah tak kedekut ilmu dan rajin membantu ahli group.

Kalau nak join group whatsapp best blogger network ni, boleh klik pada link ini >>best blogger network<< dan contact admin group whatsapp tu untuk di masukkan ke dalam group. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 518 times, 4,591,163)

Review blog sensasi2020.com

Review blog sensasi2020.com

Ok, hari ni saya nak review blog sensasi2020.com, salah satu blog ahli group whatsapp best blogger network,  group whatsapp rakan blogger yang banyak memberi faedah.

Asalnya saya nak dicadangkan supaya review blog mahamahu sebab dia nombor 4 dalam list yang dicipta dalam group whatsapp best blogger network, tapi tuan kamil minta review blog sensasi2020.com sebab dia nak tahu apa kelemahan blog tu. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 287 times, 4,591,163)

Kenapa kita kena bayar?

Kenapa kita kena bayar?

Ini tak ada kena mengena dengan gst atau cukai-cukai yang lain. Ini cuma… mungkin satu perkongsian pemikiran tentang sesuatu isu.

Kadang-kadang ada yang pertikaikan, dulu saya pun pernah pertikaikan juga, tapi itulah yang dikatakan pengalaman, satu ilmu dalam hidup.

Macam sesuatu perkhidmatan, barang kita kena bayar, upah pun kita kena bayar, macam saya pernah kongsikan dalam entri kenapa upah mahal sangat?

kenapa kita kena bayar Continue reading

Hasil carian :

(Visited 101 times, 4,591,163)

Idea untuk menulis blog

Idea untuk menulis blog

Tak ada idea untuk menulis blog bukan benda yang pelik, bukan benda yang luar biasa, bukanlah sesuatu yang jarang dijumpai oleh seorang blogger.

Tak kira blogger baru atau blogger lama, hampir semua blogger akan jumpa masalah tak ada idea untuk menulis blog. Tak ada idea juga salah satu sebab kecil kenapa saya update blog setiap 2 hari.

Disebabkan itu juga, saya biasakan diri saya untuk membawa pen dan kertas ke mana-mana, pergi makan, pergi mandi, pergi buang air besar, masuk tidur, pergi merokok dan lain-lain masa.

Bila dapat idea, tapi masa tak mengizinkan, saya tulis tajuk dan point penting atau keyword yang saya rasa bagus untuk digunakan atau ada potensi orang cari di enjin carian.

Kadang-kadang bila saya tak ada idea untuk menulis blog, saya baca balik entri-entri lama saya.

Bukan setakat dapat idea,  malah saya dapat tengok balik gaya penulisan dan buat pembetulan pada ayat dan ejaan saya.

Ok, saya nak bagi cadangan idea untuk menulis blog, ianya mungkin boleh menghasilkan lebih dari 1 entri.

Saya cadangkan anda tulis tentang perkara-perkara di sekitar tempat tinggal anda, atau tempat kerja anda atau kampung anda.

Nampak macam benda tak popular, tak hot, macam tak ada orang nak baca, tapi ini hakikat yang anda perlu ingat!

Anda menulis di blog, di internet, di sebuah tempat yang tiada sempadan. Jadi, ada macam-macam jenis orang yang mungkin akan masuk ke blog anda melalui enjin carian seperti google, yahoo, bing, bang, boom dan sebagainya.

Mereka, pembaca atau pengguna internet tu mungkin seorang suami kepada seorang isteri yang mengidam makanan yang mungkin hanya ada di tempat anda.

mereka mungkin bakal pengantin yang nak mencari homestay di kawasan anda untuk rombongan keluarga mereka.

Mereka mungkin pengembara yang belum sampai ke tempat anda kerana tak pernah tahu pasal tempat menarik yang anda ceritakan tu.

Mereka mungkin adalah orang yang akan berpindah ke kawasan kejiranan anda?

Mereka mungkin pencinta sejarah yang mencari cerita yang mana, bila anda tulis pasal tempat anda, barulah mereka tahu.

Anda mungkin ada idea untuk menulis blog anda, tapi anda rasa cerita tu sampah semata-mata.

Tapi cerita yang anda sangka sampah tu mungkin emas, intan, berlian pada orang lain. Jadi anda secara tak langsung telah menyebarkan sesuatu yang sangat besar nilainya.

Macam saya katakan dalam entri permulaan dalam dunia blogger dulu, just blog!!

 

Hasil carian :

(Visited 56 times, 4,591,163)