Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan

Ok, kita sambung tips photoshop buat tulisan di permukaan tadi yang kita buat melalui entri sebelum ni.

kita dah sampai ke langkah kita paste, lepas tu kita hilangkan dia dengan menekan tanda mata kat kotak sebelah layer teks tu… macam ni kan?

hilangkan layer dalam photoshop

Dan apa yang jadi kat papan tanda tu kosong macam ni kan?

papan tanda kayu kosong

Habis tu mana tulisan di permukaan tu? kenapa tak nampak tulisan di permukaan kayu tu? hehehe… macam ni cara nak kasi nampak, macam yang saya cakap kat entri sebelum ni.

Tulisan tu ada lagi… cuma sebab dia sama warna dan corak kayu tu, tu yang kita tak nampak tu…

Tulisan tu ada di layer yang bernama layer 1 tu, tapi tadi kan kita ada buat langkah copy paste tadi kan? kita copy permukaan kayu tu, supaya nampak sebijik rupa kayu tu.

Ok, sekarang langkah nak buat tulisan kat permukaan tu, yang ni saya tunjuk tulisan tu timbul menggunakan photoshop ni.

1) Pada layer 1 tadi tu, klik kanan dan pilih Blending Options macam dalam gambar ni,

blending option

lepas tu dia akan keluar macam ni.

dialog blending options

2) Untuk buat tulisan tu nampak timbul di permukaan, saya pilih Drop shadow

Drop shadow photoshop

Bila saya klik je Drop Shadow tu, terus nampak tulisan di permukaan kayu tu.

buat tulisan timbul photoshop

Kalau korang rasa ini dah ok, boleh terus lompat kat langkah 4 (tekan ok), tapi kalau kalau rasa macam belum ok, boleh adjust lagi.

Macam saya, saya tengok bayang tu macam tak kena je. Kalau perhatikan betul-betul papan tanda ni, bahagian kiri atas tu nampak lebih cerah berbanding bahagian kanan bawah.

3) Jadi kita akan adjust sudut bayang-bayang tu. klik je pada angle dalam bulat macam dalam gambar kat bawah ni.

set sudut cahaya bayang photoshop

Ini seting yang saya buat pada drop shadow untuk buat tulisan tu nampak timbul

seting drop shadow tulisan timbul

4) Setelah rasa puas hati, klik butang OK.

tekan butang ok

Dan inilah hasilnya.

hasil buat tulisan timbul

Kerja ni akan lebih mudah kalau kita guna dua monitor, dan guna mouse yang ada scroll kat tengah-tengah, satu untuk untuk adjust kat blending options, satu untuk tengok hasil.

Esok saya sambung dengan tips photoshop nak buat seolah-olah ada ukiran pada permukaan kayu tu ok?

p/s: kalau nak download papan tanda kayu kat atas tu klik sini ok?

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,177)

Hasil carian :

(Visited 304 times, 4,600,177)