Penawar Gula Berlebihan Dalam Badan Anda

Penawar Gula Berlebihan Dalam Badan Anda

Dapatkah korang bayangkan penawar gula berlebihan dalam badan anda tu macam mana? Ibarat kalau korang biasanya buat air teh o, kalau biasa korang letak satu sudu, cuba letak 3 sudu, tak terminum kan?

Kalau tak ada gula pun tak sedap kan? kalau terlebih gula pun tak sedap, betul? Samalah gula dalam darah kita, kalau kurang pun tak boleh, telebih lagilah tak boleh.

Rakyat malaysia ni jaranglah ada masalah kurang gula, kecuali yang dah berpenyakit, telebih gula tu memang biasa, tak percaya tanya boboiboy hehehe.

Gula perlu dalam badan kita untuk ditukar kepada tenaga, tapi kalau gaya hidup kita jenis yang kurang mengeluarkan tenaga, kita perlulah cari penawar gula bagi mengawal gula berlebihan dalam badan kita.

Tahukah anda?

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 161 times, 4,597,341)

Terjebak dengan Best Mobile pulak dah.

Terjebak dengan Best Mobile pulak dah.

Terjebak dengan Best Mobile pulak dah… hari tu terjebak dengan perempuan ini, lepas tu terjebak dengan clash of clans. Lepas ni terjebak dengan apa pula?

Macam mana saya boleh terjebak dengan Best Mobile ni? apa yang menarik sangat dengan best mobile ni sampai saya boleh terjebak?

Berpunca dari 1 sebab, diikuti dengan bebebebebebebeberapa sebab lagi.

best mobile bisnes prepaid terbaru

Saya bukan jenis mudah terpedaya dengan beribu janji politik menteri-menteri, inikan pula janji syarikat Best Mobile melalui ejen-ejen BM (Best Mobile) ni.

Habis tu apa yang buat saya terjebak dengan best mobile ni? Continue reading

Hasil carian :

(Visited 105 times, 4,597,341)

Kedai runcit online

Terfikir pasal kedai runcit online ni bila saya keluar kejap pergi kedai depan tu time kerja, terfikir kenapalah kedai tu tak buat kedai runcit online sekali? Kalaulah semua kedai runcit yang ada kat malaysia ni ada perkhidmatan beli online kan bagus.

Jadi orang tak perlu nak susah payah beratur pergi bank nak ambil duit semata-mata nak beli benda kat kedai runcit.

Contoh situasinya macam ni lah… andai kata seorang suri rumah yang ada anak berumur 6 bulan nak masak. Tiba-tiba baru perasan santan habis. Nak pergi beli, duit tak cukup pulak, kena ambil duit dulu kat bank.

Jarak kedai runcit dengan rumah dalam kurang 1 kilometer, tapi jarak bank dengan rumah dalam 5 kilometer. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 206 times, 4,597,341)

Bisnes online – apa yang perlu?

bisnes online

Sekarang ni ramai yang dah mula buat bisnes online, tapi banyak gak yang membuatkan perniagaan yang mudah tu jadi susah. Kerja yang memerlukan 3-4 langkah je dah jadi sampai 10 langkah. silap-silap perniagaan kena tutup, atau peniaga kena tahan pihak berkuasa. contoh berita yang saya ambil ari blog sebelah

 2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Nampak tak betapa bahayanya? haha… takut tak? so langkah yang perlu korang buat untuk mula berniaga online ni, korang mestilah mendaftarkan syarikat, saya tak pasti kalau boleh daftar syarikat tu secara online, tapi saya try search daftar ssm online tadi, hasil yang saya dapat mengatakan sistem tu ditutup sementara. kali terakhir saya dengar member saya yang kata nak daftar syarikat melalui internet pon akhirnya buat secara offline.

Ok, sambung balik topik bisnes online ni, entri ni sebenarnya saya buat sebab saya dimintak tolong(tapi ada upah la hehe) setupkan website e-commerce, kerja tu boleh jadi senang, dan tuan punya website pon akan jadi senang nanti bila semua benda yang diperlukan lengkap. apa yang perlu?

  • Nama syarikat
  • nombor pendaftaran syarikat
  • pengenalan tentang syarikat
  • contact
  • lokasi
  • servis yang disediakan
  • produk
  • saluran pembayaran
  • cara penghataran

 

ok, sedikit penerangan tentang perkara2 kat atas tu, nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat tu maknanya benda2 yang korang guna masa daftar syarikat tu, contohnya alongxp network sdn.bhd nombor pendaftaran syarikat  3422fdz12-v (contoh je)

pengenalan tentang syarikat : contoh : alongxp network adalah satu syarikat rangkaian org2 yang suke duduk depan komputer mencari bahan dan upload ke website alongxp.com. kumpulan kami terdiri dari 15 orang yang sentiasa ada online, sebab dunia kami semua depan pc, kadang2 mak atau isteri kami sampai  tarik telinga kami ajak pegi makan.

Contact : contoh : hubungi kami di

alamat : no 55, jalan seri,

taman landak,

tampin,

negeri sembilan

tel : 0129753123 (contoh)

email : admin@alongxp.com

twitter http://twitter.com/alongxp

http://fb.com/blogalongxp

Lokasi : sama dengan alamat

 

servis yang disediakan : servis yang disediakan ni maksudnya perkidmatan yang anda tawarkan kepada pengguna. contoh : menjual kain pelekat gajah bertimpuh, kain batik cap kaki palsu, menjual baju kanak-kanak berumur dari 3 bulan hingga 12 tahun.

Produk : bila anda mengupah seseorang untuk membuat web e-commerce untuk anda memulakan bisnes online anda tu, jika anda mengharapkan yang anda terus boleh memulakan perniagaan melalui internet dari web e-commerce anda, tolong bagi detail tentang produk2 anda, seperti gambar, harga, berat, saiz, kualiti, buatan, dan kalau perlu, jumlah stok. ini akan memudahkan anda dan pembina laman web anda. so tak perlu nak habis kredit atau membuatkan bil telefon anda melambung untuk membincangkan perkara-perkara ni.

saluran pembayaran : bagi detail cara pembayaran yang anda tawarkan kepada pengguna, nombor akaun bank, akaun paypal, kalau anda membenarkan cod, bagi detail area mana yang anda cover. so anda tak perlu dah nak usik2 bahagian setting tu, belajar je macam mana nak tambah produk.

cara penghantaran : jelaskan cara penghataran yang anda gunakan, guna courier ke, cod ke pos ekspress ke, so detail ni boleh dimasukkan dalam laman web e-commerce anda, sebab mungkin ada sesetengah orang yang serik dengan beberapa jenis penghataran atau syarikat penghantaran, contoh paling jelas, saya sendiri, cukup serik dengan pos ekspress, 2 kali dah terkena, benda tak sampai, 1st time masa saya belajar, hantar borang kat orang, borang tak sampai2, lagi sekali, tahun lepas, OP(Offical Photographer) saya hantar album gambar persandingan saya, tak sampai2… dan anda mungkin boleh menyatakan jumlah cas yang dikenakan bagi setiap jenis penghantaran.

 

bisnes online dari rumah

gambar sekadar hiasan

 

notakaki: ada sesetangah orang mengadu, kenapa kos nak buat web terlalu tinggi yang webprogrammer kenakan? well.. pada saya, memang patutla diorg kenakan nilai yang tinggi, nak costumize cms je pon dah memerlukan ilmu programming, ilmu tu bukan boleh dapat senang2… even kalau webmaster tu belajar sendiri pon, masa yang digunakan tu, tinggi nilainya, nak servis komputer lagi, bill elektrik,bill internet, bayaran plugin,theme, banyak lagi la… so jangan berkira sangatla kan? 🙂 Penerangan lebih lanjut kenapa upahnya mahal sangat disini Kenapa upah mahal sangat

 Panduan lengkap bisnes online

 

Hasil carian :

(Visited 170 times, 4,597,341)