Ada apa dengan Bersih 3.0 ni?

Ada apa dengan Bersih 3.0 ni? tengok banyak blog dok cerita pasal benda ni.. ada yang join skali. ada yg share gambar, ada yang share video, ada yang bagi pendapat pasal bersih 3.0 ni.

bersih 3.0

Semalam, sorang kawan mintak tolong saya untuk menyiapkan blog atau portal untuk visitkualalangat.com yang akan dilancarkan mungkin esok atau lusa sempena bulan melawat kuala langat, mei ni. bincang2 lebih kurang sejam lebih, then dia tanya pendapat saya pasal bersih. 1 je saya cakap kat semua orang yang tanya saya, apa yang buat saya tak suka pasal bersih, sebab tahun lepas, pakcik saya tak dapat datang ke majlis perkahwinan saya sbb dia stuck dalam jam masa perhimpunan bersih tu.Then dia tanya, apa yang diperjuangkan oleh bersih ape semua ni macam mana? apa pendapat saya? Owh… kalau bab yang tu saya tak amik port sangat pon… sbb saya tak berapa nak follow ngan politik, tak berapa minat. Banyak lagi perkara n tempat yang boleh saya gunakan untuk mengusutkan kepala daripada nak kusutkan kepala ngan propaganda, cerita panas politik Malaysia nih.

Then sorang lagi dok chating ngan saya pasal bersih, dia tanya saya, saya jawab dengan jawapan yang lebih kurang sama gak. Then oleh kerana yang bertanya kali ni seorang blogger dan suami kepada blogger juga, so dia cakap sebagai blogger, saya kenalah amek tau n share pasal berita terkini. Well… pada saya, apa yang dia cakap tu memang betul, sebab tu akan menaikkan traffik blog, tapi pada saya, tak semestinya kena share pasal politik je. Pasal kenaikkan harga minyak, pasal kenaikkan harga barang, pasal konsep 1Malaysia ape semua tu je… antara berita terkini yang saya share, pasal Marco simoncelli, pasal Steve Jobs, adelah naikkan sikit peratus traffik blog saya.

 


 

Tapi tu tak kekal lama… so far, entri yang membuatkan traffik blog saya menceceah 60 ribu UV(Unique Visitor) sehari adalah traffik R&R seremban. yang buatkan sampai bandwith saya habis, sampai saya terpaksa bertukar ke VPS.

Ape sebab saya tak suka share berita yang orang lain banyak share, antara sebabnya, nanti friend facebook saya jadi bosan bila bukak home dia, semua dok cerita benda yang sama, saya pon bosan bila bukak home, semua cerita pasal benda yang sama. Lagi satu, saya punya perangai ni agak pelik sikit. saya tak suka apa yang orang ramai suka… contohnya, team bola sepak Mancehster United, saya tak suka team Manchester United, bukanlah sampai tahap benci, just, kurang berminat, sebabnya ramai sangat orang minat, tu je… cam tak ekslusif je… hahaha… tapi orang akan lebih menyirap bila tanya “abes klu ko tak minat MU, ko minat ape?” ngan selamba saya jawab “Johor FC” sambil gelak. hahaha… saya tak minat mana2 pon… klu bab bola ni, wife saya yang minat, saya ni kaki bangku, minat tengok pon takde.

Antara sebab kenapa saya tak suka politik, sebab saya agak hebat dalam berdebat, bila saya nak berdebat, saya akan pastikan saya akan menang. Saya akan menang sebab saya pandai menghuraikan hujah sampai pihak lawan akan pening dengan hujah tu. Tapi apa guna saya nak berdebat kalau saya tak tahu pihak yang saya wakili tu betul2 baik atau tak baik? so mencegah lebih baik dari mengubati. Dan salah satu sebab lain, sebab politik yang telah memutuskan persahabatan saya dengan sorg kawan. Macam mana boleh jadi macam tu? biarlah rahsia.

Pada saya, dari saya dok sibukkan diri nak buat entri pasal bersih 3.0 ni, baik saya makan buah mangga yang wife saya dah potong tu… hehehe…

(Visited 22 times, 4,598,700)