Hari kanak-kanak Jepun

Hari Kanak-kanak (こどもの日 Kodomo no hi) adalah salah satu hari cuti rasmi di Jepun yang jatuh pada 5 Mei. Hari cuti ini adalah satu siri hari cuti pada akhir April dan awal Mei yang disebut sebagai Golden Week (Minggu Emas) di Jepun
Hari Kanak-anak diraikan sejak tahun 1948 dan ditetapkan oleh undang2 hari cuti jepun (Shukujitsu-hō) untuk “menghormati keperibadian anak, merancang kebahagiaan anak sambil berterima kasih kepada ibu. ”

hari kanak-kanak

Asal-usul
Hari Kanak-kanak dulunya disebut Hari Anak Lelaki, jadi telah menjadi amalan tradisi setiap kali tibanya hari cuti ini untuk meraikan kanak-kanak lelaki. Perayaan khusus bagi kanak-kanak perempuan pula dipanggil Hina Matsuri yang jatuh pada 3 March tetapi tidak diisytiharkan sebagai cuti. Tradisi kuno China mengenal perayaan yang berkaitan dengan musim yang disebut di Jepun sebagai sekku . Sejak zaman dulu, bulan ke-5 kalender Cina diisi dengan kegiatan mengusir roh-roh jahat. Tarikh 5 bulan 5 dikenali sebagai Tango no sekku ( 端午の節句 ) dan merupakan hari untuk merayakan kesihatan dan pertumbuhan anak laki-laki.

Sepanjang musim perayaan hari kanak-kanak, keluarga yang mempunyai anak lelaki didalam rumah tersebut harus mempamerkan replika yoroi (kesatria zaman dahulu) dan kabuto (helmet samurai, bukannya kabuto dalam cerita naruto).

gusoku_yoroi samurai-sword-shingen-kabuto

Keluarga yang mempunyai anak lelaki yang masih kecil  juga memasang koinobori (bendera berbentuk ikan mas ). Pada bendera ikan mas yang paling besar digambarkan kanak-kanak lelaki yang sangat kuat, Kintarō sedang menunggang ikan emas. Kabuto, Yoroi, dan tokoh Kintarō digunakan sebagai simbol harapan anak lelaki yang sihat dan kuat. Kuih yang dimakan selama perayaan adalah kuih chimaki dan kashiwamochi

kintaro flagkintaro

Hasil carian :

(Visited 213 times, 4,595,401)