Rasa macam nak belajar jawi pulak

Perasaan macam nak belajar jawi semula ni saya rasa patutnya dah lama saya rasa, patutnya dah lebih 4 tahun dah saya belajar balik, lepas satu insiden bila saya dan kawan-kawan cuba-cuba la baca satu ayat ni, yang jadi kelakar bila baca perkataan jawi untuk standard, macam-macam bunyi lah yang keluar, yang paling kelakar, dari standard boleh jadi setan dari… dari lebih kurang 5 orang tu, sorang pon tak dapat perkataan tu adalah standard. Datang sorang ustaz, memasing tanya apa perkataan tu… dengan pantas ustaz tu jawab “standard”

Itu satu insiden pertama tentang jawi ni.. ada lagi dua insiden pasal tulisan jawi ni… tapi tak sedar-sedar gak yang nak kena belajar jawi ni. Insiden pertama lepas insiden kat atas tadi adalah masa nak isi borang nikah, masa saya nikah dengan isteri saya sekarang ni, isteri saya ni orang johor, saya pon… kire asal johor jugak (konfius dengan asal usul diri sendiri). so kalau nak kahwin dengan orang johor, kat johor mestilah isi borang nikah johor kan? tahukah anda bahawa borang permohonan nikah johor jawi sepenuhnya? ah sudah, saya sekolah agama dari darjah 4 sampai darjah 6 je… kat kolumpo… sebab saya membesar banyak kat selangor ngan kolumpo… so saya mintak isteri saya yang isikan borang saya tu.. sebab mestilah dia lebih pandai jawi ni, sebab die membesar kat johor, sekolah agama pon sampai darjah khas, sekolah agama kat johor, kalau tak lulus exam, tak naik darjah sekolah agama… pastu lepas darjah 6, dia ada darjah khas

insiden ke dua, pon tak sedar lagi pentingnya belajar jawi ni… adalah lepas nikah… lepas nikah kan kite kena baca lafaz taklik kan? nikah kat johor kan? mestilah pandai jawi(itulah yang diorang expect) die bagi teks lafaz taklik dalam tulisan jawi.. saya pandang muka jurunikah tu… sambil bertanya “jawi ke?” die tanya balik “tak pandai baca jawi ke?” saya jawab “bukan tak pandai…. cuma kaau baca jawi, lambat sikit lah” pastu die jawab, kalau macamtu, baca yang belakang tu… ceh… ada yangrumi rupenye… cis… terkena aku…

Entah macam mana baru-baru ni terfikir nak tulis blog dalam tulisan jawi… masalahnya saya sendiri pon tak berapa bijak jawi… lagipon jawi masa zaman saya belajar dengan yang diorang gunakan sekarang bentuknya agak lain sikt. so saya decide saya nak belajar jawi ni balik.

huruf jawiHaaaa… jumpe pon gambar huruf-huruf jawi ni… siap ada bgtau huruf ape… senangla nak belajar jawi ni semula… cuma kalau orang tak kenal huruf jawi ni mungkin konfius kot… sebab masa sekolah dulu… belajar muqadam ra kat atas tu bunyi macam ro, sad, dad, ta, za tu bunyi cam sod, dod,to,zo… (cam cerita p.ramlee lak hehe)p.ramlee belajar sekolah

takpelah… belajar jelah… mana tau satu hari nanti jadi penting kan? mana tau kot-kot jawi ni jadi huruf rasmi negara lak kan? takdelah kite masuk golongan buta huruf kan?

buta hurufkalau ada rezeki, panjang umur, ada kesempatan, ada bahan, saya ingat nak buat sekurang-kurangnya seminggu sekali ada 1 entri tulisan jawi… boleh kita sama-sama belajar jawi ni kan?

Hasil carian :

(Visited 1,106 times, 4,595,034)