Isu boikot low yat

Isu boikot low yat tengah hangat time aku buat entri ni…

Asalnya aku nak buat status kat facebook, tapi dek kerana status dah panjang sangat tahap entri, baik aku buat entri terus.

Tulah padahnya bila dah terlalu amalkan ilmu dari buku seo, terhebat sangat buat ayat.

Berbalik kepada isu boikot low yat, pejam celik, dh 7 tahun rasenya aku tak kekalkan kaki kat sana… satunya sbb jauh,  dan aku rasa tak berbaloi sangat aku nk meredah jam, atau menghabiskan masa dan tenaga naik public transport, lagipun aku dah lama tak assemble pc, kalau repair pon, kebanyakkan kedai kat sini ada spare part, mahal pun taklah jauh sangat dari harga kat low yat tu. Tambahan pula, online shop pn dh byk jual barang rare.
Kalau ada org yg nak sangat ajak aku g cari barang, aku selalunya ajak g digital mall je, kat situ pn Kire mcm mini low yat gak.
Sblm ni, kalau aku nak barang, ngan arwah kamal jela aku order.
Sebenarnya pilihan tu byk, boleh sgt kalau korg nk boikot law yat tu, bukan kat situ je tmpt yg murah Tp mindset korg yg pilih tmpt tu.
Plus, skop fikiran nk brand yg popular je. Padahal ada banyak lagi brand yg popular yg berkualiti dan jauh lebih murah.
Rajin-rajin sikit buat research, tu antara kelebihan aku sbg Blogger, banyak blog aku g, banyak aku baca pasal brand-bran dan model-model telefon, review yang di kongsikan pun dari pelbagai jenis user.
Dari yang noob, standard user dan advance user.
Dari yang sengkek sampai yang duit melimpah.
Ok, entri ni simple, kalau aku rajin esok aku update balik. Bye

Hasil carian :

(Visited 119 times, 4,595,035)

Hari ini dalam sejarah : 3 Januari 1967 – PELANCARAN KEMPEN TAHUN PELANCONG ANTARABANGSA

Tarikh Peristiwa : 03.01.1967 (sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1967, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Dr. Lim Swee Aun telah melancarkan kempen tahun Pelancong Antarabangsa. Dalam ucapan pelancaran kempen tahun Pelancong Antarabangsa itu Dr. Lim Swee Aun menyatakan bahawa kerajaan berusaha mengeluarkan perbelanjaan bagi menggalakkan perusahaan pelancongan di negara ini bagi menambah pendapatan negara. Beliau juga menyeru pihak swasta agar bekerjasama dengan pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk menjadikan pelancongan sebagai industri yang menguntungkan. Sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan untuk mengendalikan hal-hal berkaitan industri pelancongan di negara ini. Kempen tahun pelancong antarabangsa ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negara. 
(Visited 18 times, 4,595,035)