mahal dan bagus

Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal – iklan sabun

Hasil carian :

(Visited 91 times, 4,593,914)

Antivirus apa yang paling bagus ?

Kerja fulltime saya adalah juruteknik komputer, jadi saya selalu diajukan soalan ” Antivirus apa yang paling bagus ?” Secara jujurnya la kan… itu adalah soalan yang saya paling susah nak jawab. Kenapa pulak? “Bukan ke antivirus ni yg paling bagus?” tanya z, ” eh taklah, antivirus yg tu yg bagus, betul tak? ” balas s kepada z sambil tanya kepada saya.

antivirus apa yang paling bagus
Jawapan saya “no komen” sebab apa? sebab tak ada syarikat antivirus yang nak sponsor saya… hahahaha… sebenarnya, saya pon tak tahu antivirus apa yang paling bagus, saya tak guna antivirus pada kebanyakkan pc / laptop peribadi saya, sebabnya, saya biasanya guna item operasi ubuntu.

Dan kalau saya guna windows sekali pon, adalah amalan-amalan yang saya guna. Takdelah main hentam aje… contohnya kalau nak install apa-apa aplikasi, saya hanya download aplikasi yang dikenali betul je, bukan gooogle, download, install dengan tak baca apa pon, main next-next je. Banyak masalah pc bukan masalah virus pon, tapi komplikasi / konflik driver, komplikasi / konflik program, hingga mengganggu fail-fail utama windows.

Tambahan, bila cucuk pendrive, kalau dia keluar autoplay macam dalam gambar kat bawah ni, pilihlah open folder to view files, janganlah ditutup dialog box tu, lepastu bukak kat my computer, main double klik je icon pendrive tu, kalau ada skrip autorun untuk runkan virus dalam tu, dan anda double klik. TAHNIAH!!! anda telah menyebarkan virus ke dalam komputer yang anda guna, ada antivirus pon tak guna kalau anda lebih laju dari antivirus, antivirus baru ‘ke garisan…’ anda dah sampai ke garisan penamat. Jadi antivirus apa yang paling bagus sekali pon tak guna kalau anda lebih laju dari antivirus.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,549 times, 4,593,914)

Kalau pc tu ada antivirus, masa kat my computer tu, klik kanan pada ikon pendrive tu, klik scan guna antivirus.

Tu yang lepastu macam macam la masalah yang timbul, antaranya folder dalam pendrive semua jadi shortcut macam post saya sebelum ni.

Windows_7_AutoPlay_USB

tapi kalau ada keluar autoplay, tolonglah baca dan bezakan antara open folder using windows explorer dengan yang macam kat bawah ni.

autoplay-usb untuk run virusTengok dan BACA tulisan warna kelabu bawah Open folder to view files tu, sepatutnya anda pilih yang tulis using Windows Explorer, bukan yang Publisher not specified. Yang tu adalah skrip autorun yang akan runkan virus, ayat pendek nya, anda runkan virus.

Banyak cara nak elakkan virus sebenarnya, tak payahlah nak install banyak sangat aplikasi yang kononnya nak bagi komputer laju, laju lajulah komputer anda dijangkiti masalah dan lebih teruk lagi, mungkin data anda akan disedut oleh mereka yang tak bertanggung jawab.

Bukanlah saya nak kata antivirus tak penting, agak penting sebenarnya, tapi janganlah obses sangat sampai instal 2-3 antivirus dalam 1 komputer, 1 antivirus dah cukup. Kalau install lebih dari 1 antivirus, diorang gaduh dalam tu, last-last satu pon tak delete virus tu.

Hasil carian :

(Visited 112 times, 4,593,914)

Betul ke altel bagus ?

Banyak review, desas desus tentang altel ni, tak kurang juga kontroversi pasal altel ni. Orang kata altel bagus, line dia cantik, dok kat kampung yang ceruk pon boleh dapat, walaupun dia guna line celcom(orang kata bukan aku kata) tapi line dia cantik.

Tapi aku tak dapat tengok bukti depan mata, betul ke altel bagus? Ada 2 org yg aku jumpa depan mata dah beli, tapi bila aku tanya, memasing blum test lagi… camne tu?

Sebab aku nk cari 1 backup internet yang tak cekik darah, yang berbaloi dengan penggunaan aku yang agak melampau walaupun aku bukan kaki torrent, tapi aku rajin guna atau rajin bukak youtube untuk rujukan.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,549 times, 4,593,914)

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 399 times, 4,593,914)

Kembali berfungsi SEPENUHNYA

Alhamdulillah syukur… blog ni kembali berfungsi sepenuhnya dengan bantuan beberapa rakan, antaranya izam vespa, code master dan Garfield Yew, saya ceritakan sikit pasal rakan-rakan yang membantu saya, bermula dengan izam vespa, dia ni founder dan webmaster komuniti juruteknik komputer malaysia(sekarang tgh maintenance) dia ni pon macam saya jugak, juruteknik komputer yang bertugas di sekolah, al-kisahnya.. dia ni lapor diri saing dengan saya, tapi kitorg tak pernah kenal pon, sampailah satu hari saya nampak post dia kat  forum putera.com pasal dia dah setup satu forum untuk technician komputer yang berkhidmat dalam sektor awam(FT17) so saya pon join forum yang dia setup, saya org kelima kalau tak salah, yang pastinya saya antara 10 terawal lah, masa tu die pakai web yang menyediakan forum secara percuma, tapi ada problem, so dia berpindah, dipendekkan cerita macam2 rintangan dan pengalaman yang dilalui sampailah wujudnya satu forum yang mantap, iaitu kjkm.org yang sekarang ni sedang diselenggara, dalam kjkm.org tu saya adalah salah seorang admin, tapi saya dikira sebagai guru disiplin lah, mana yang selalu buat spam, bergaduh, dan mempunyai masalah disiplin, akan berdepan dengan saya, memang saya suatu masa dulu agak tegas yang melampau, berdebat adalah satu kekuatan yang ada pada diri saya, user keluar dari forum disebabkan saya tu memang ramai lah, tiba2 kena maki kat ym tu satu benda yang biasa dulu… sapa yang rajin berforum di kjkm masa tahun 2008 dulu tau lah cerita2 camtu… sampai satu masa saya dah slowkan diri, pernah mintak nak letak jawatan dari jadi admin, tapi izam vespa tak bagi. haha…

OK, sekarang cerita pasal Code Master, saya lupa pulak nak tanya url web dia… hehehe… tapi boleh la add dia kat facebook, die ni pakar bab linux dan open source.. dan juga server… so die lah yang banyak tolong setingkan VPS yang saya beli ni… sebab saya beli pakej yang unattended, maksudnya pihak hoting atau VPS tak setup dan jaga, pembeli yang kena buat sendiri, oleh kerana saya agak rabun dalam hal ni,so cede master nilah yang tolong buat macam2, dns, domain seting, sume dan yang tolong. Nak dijadikan cerita, dia ni sekarang moderator kat kjkm tu, dulu sebelum die jadi moderator, kami pernah berdebat, fuh.. die ni saingan sengit saya dalam debat, pernah dia mempertikankan pihak pengurusan kjkm nih, berhari2 jugak kitorg berdebat, akhirnya izam vespa decide nak masukkan dia dalam pengurusan jugak. Haaaa… bila dia masuk, die tengok sendiri penbincangan tertutup pengurusan kjkm,die tengok sistem kjkm, die tengok songel beribu user tu… barulah dia faham apa yang kami rasa… hahaha… skrg dah jd membe baik lak… kalau sapa2 nak belajar pasal linux, boleh add code master tu…

hosting malaysia

Last but not least, Garfield Yew(jangan tanya saya kenapa garfield lak ok?) die ni mungkin owner cs-squad.net, ok, macam yang saya cakap tadi, saya beli VPS yang pakejnye unmanaged, so kalau nak ikutkan saya tak boleh la nk mintak tolong die, tapi bila codemaster menemui jalan buntu dalam handle plugin wordpress, Garfield Yew ni lah yang tolong, mesti ada yang kata “tadi kata codemaster teror dalam server,tapi boleh buntu plak” ye… codemaster memang otai dalam server, tapi oleh kerana die bukan seorang blogger, so die tak familiar dengan sistem yang dijalankan oleh wordpress ni… si Garfield Yew ni pulak dah tentu seorang blogger, dia ada beberapa blogger, even wife die pun fulltime blogger, so Server dan wordpess ni mainan dia setiap hari, so bila saya ajukan masalah plugin tak jalan, dalam masa 2 minit je Garfield Yew ni setlekan, dia cakap, benda senang, die pon WordPress user, so dia tau lah apa masalahnya… dia memang sorg yang baik.. tak rugi la beli VPS ngan dia… sebab, tak semua hosting provider tahu untuk handle masalah blog diserver mereka. 

Kalau korang nak beli hosting, saya suggest beli ngan die, sebab die pon blogger, so kalau korang serius dalam dunia blogging ni, beli hosting dengan cs-squad.net ni, pakailah wordpress, kenapa wordpress? sebab kalau korang pakai wordpress, blog tu memang sah2 korang yang punya, blog korang takkan kena remove ngan google macam ramai blogger kena… kelebihan wordpress banyak, antaranya, SEO, tak payah nk edit2 html nak pasang plugin, just klik install je… sorang sahabat saya, nak cari plugin yang saya guna di blog ni untuk digunakan di blog blogspot dia, hasilnya, dia kecewa, die merungut “semua untuk wordpress je” yup, berdasarkan pengalaman saya, apa yang kite boleh jumpa untuk blogspot, wordpress pon ada, apa yang ada diwordpress, susah nak jumpa untuk blogspot. Sistem wordpress lebih teratur. Banyak lagi kelebihannya. Nanti ada masa, saya buat entri bertajuk kenapa wordpess pulak ye… Layarilah cs-squad.net

hosting terbaik

Update : Blog ini telah berpindah server lagi ke server KLBYTES. Nak hostkan blog anda di klbytes? contact sama saya… nnt saya pujuk tauke hosting kasi diskaun hehe

hosting blogger malaysia

Hasil carian :

(Visited 46 times, 4,593,914)