Antivirus apa yang paling bagus ?

Kerja fulltime saya adalah juruteknik komputer, jadi saya selalu diajukan soalan ” Antivirus apa yang paling bagus ?” Secara jujurnya la kan… itu adalah soalan yang saya paling susah nak jawab. Kenapa pulak? “Bukan ke antivirus ni yg paling bagus?” tanya z, ” eh taklah, antivirus yg tu yg bagus, betul tak? ” balas s kepada z sambil tanya kepada saya.

antivirus apa yang paling bagus
Jawapan saya “no komen” sebab apa? sebab tak ada syarikat antivirus yang nak sponsor saya… hahahaha… sebenarnya, saya pon tak tahu antivirus apa yang paling bagus, saya tak guna antivirus pada kebanyakkan pc / laptop peribadi saya, sebabnya, saya biasanya guna item operasi ubuntu.

Dan kalau saya guna windows sekali pon, adalah amalan-amalan yang saya guna. Takdelah main hentam aje… contohnya kalau nak install apa-apa aplikasi, saya hanya download aplikasi yang dikenali betul je, bukan gooogle, download, install dengan tak baca apa pon, main next-next je. Banyak masalah pc bukan masalah virus pon, tapi komplikasi / konflik driver, komplikasi / konflik program, hingga mengganggu fail-fail utama windows.

Tambahan, bila cucuk pendrive, kalau dia keluar autoplay macam dalam gambar kat bawah ni, pilihlah open folder to view files, janganlah ditutup dialog box tu, lepastu bukak kat my computer, main double klik je icon pendrive tu, kalau ada skrip autorun untuk runkan virus dalam tu, dan anda double klik. TAHNIAH!!! anda telah menyebarkan virus ke dalam komputer yang anda guna, ada antivirus pon tak guna kalau anda lebih laju dari antivirus, antivirus baru ‘ke garisan…’ anda dah sampai ke garisan penamat. Jadi antivirus apa yang paling bagus sekali pon tak guna kalau anda lebih laju dari antivirus.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,549 times, 4,593,914)

Kalau pc tu ada antivirus, masa kat my computer tu, klik kanan pada ikon pendrive tu, klik scan guna antivirus.

Tu yang lepastu macam macam la masalah yang timbul, antaranya folder dalam pendrive semua jadi shortcut macam post saya sebelum ni.

Windows_7_AutoPlay_USB

tapi kalau ada keluar autoplay, tolonglah baca dan bezakan antara open folder using windows explorer dengan yang macam kat bawah ni.

autoplay-usb untuk run virusTengok dan BACA tulisan warna kelabu bawah Open folder to view files tu, sepatutnya anda pilih yang tulis using Windows Explorer, bukan yang Publisher not specified. Yang tu adalah skrip autorun yang akan runkan virus, ayat pendek nya, anda runkan virus.

Banyak cara nak elakkan virus sebenarnya, tak payahlah nak install banyak sangat aplikasi yang kononnya nak bagi komputer laju, laju lajulah komputer anda dijangkiti masalah dan lebih teruk lagi, mungkin data anda akan disedut oleh mereka yang tak bertanggung jawab.

Bukanlah saya nak kata antivirus tak penting, agak penting sebenarnya, tapi janganlah obses sangat sampai instal 2-3 antivirus dalam 1 komputer, 1 antivirus dah cukup. Kalau install lebih dari 1 antivirus, diorang gaduh dalam tu, last-last satu pon tak delete virus tu.

Hasil carian :

(Visited 112 times, 4,593,914)